Biskut Raya Ulat Yang Popular Viral 2017

Monday, June 19, 2017

Semangat masing-masing buat kuih raya menjelang beberapa hari nak raya ni. Yang menjual kuih raya tak kurang meriahnya juga. Fiza je yang belum mulakan enjin lagi nak buat kuih raya ke tidak tahun ni. Dalam masih berfikir mencari resepi kuih raya mudah-mudah, jumpalah resepi biskut raya ulat yang sedang viral dan popular tak semena-mena. Ramai yang dah cuba buat biskut ulat ni. Ada yang hijau, ada yang kuning dan yang berwarna warni pun ada.

Disebabkan ramai yang berkongsi gambar dan resepi. Jadi macam bersemangat nak mencuba pula buat biskut ulat ni. Pada mulanya tengok rasa macam geli pun ada. Kali kedua pandang nampak comel pula. Katanya adunan kuih rupa ulat beluncas ni seperti adunan kuih makmur. Jadi, kalau kau orang dah biasa buat kuih makmur, cuba tukar rupa kuih makmur yang biasa jadi rupa kuih ulat ni. Nampak kelainan seperti kuih baru, padahal rasa yang sama je.

Kredit foto : Hannanny Photography

Resepi Mudah Biskut Ulat Viral

Bahan-bahan Biskut Raya Ulat
  • 3 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan buttercup
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1 penutup pewarna (ikut warna apa yang kau orang suka)
  • Chocolate chip 
Cara-cara membuat Biskut Raya Ulat
1. Satukan dan gaul rata tepung jagung, tepung kastard dan buttercup sehingga sebati.
* Perhatian : Jangan gaul terlalu lama sangat nanti dah bakar ulat tu jadi kembang setaman.
2. Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Kemudian gaul lagi untuk lebih sebati.
3. Letakkan  pewarna yang kau orang suka.
4. Uli doh pakai tangan dan buat bentuk jadi ulat. Untuk hasilkan corak bergaris tu, gunakan  pisau tajam atau garpu.Letak hiasan dekat ulat tadi baru berseri.
5. Bakar pada suhu 60-70 degree celcius.Guna api bawah sahaja.

Cara nak buat biskut ulat ni pun mudah je kan. Nanti bolehlah cuba buat. Agak-agak laris ke tidak biskut raya ulat ni nanti? Ada yang geli nak makan? Mungkin geli tengok tapi bila dah makan, confirm nak lagi. Ye tak? Sempat lagi nak buat ni. Selamat mencuba.

Sumber resepi : duniafarisya
With Love,
image

24 comments

  1. hehe macam macam lah.nanti termakan yang betul macam mana hehe (^_^).

    ReplyDelete
  2. Comel tapi macam seram nak makan nanti merayap dalam perut hehehe

    ReplyDelete
  3. Kalau buat mesti anak saya tak makan... hehe.. nice sharing..

    ReplyDelete
  4. Menarik...tp rasaya macam tak dan akak nak buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana sempat kita buat..xsempat memang tak buat lah kan :)

      Delete
  5. senang je buatnya..tapi akak tak boleh nak buat,geli pulak tengok biskut ulat ni

    ReplyDelete
  6. Comel tapi cam sayang pula nak makan. Kalau warna warni lagi comel lg syg nak makan...huhuhu

    ReplyDelete
  7. Color hijau tu yang nampak real macam ulat tu.
    Senang jer nak buat rupanya setakat gaul-gaul aje tak perlu guna mixer pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang senang nak buatnya. cuma kene rajin nak membuat.hihi

      Delete
  8. hehe, sebenarnya geli jugak tgk biskut ni..

    ReplyDelete
  9. nak lagi rare...ulat2 ni membesar jadi rama2 hehehe

    ReplyDelete
  10. memula aida tgk biskut viral ni kat fb, aida ingatkan ulat yg kat sabah sarawak tu tau.
    kan di sana ada yg makan ulat gemok2 putih.
    but kali ni utk raya dikalerkan ijau. tu sangkaan aida.
    rupa nyer biskut raya ! ha ha ha :)
    tipah tertipu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade juga yang versi putih montok² tu kak. lagi tak sanggup nak makan kang..hihi

      Delete
  11. Heee.. tahun ini mem tak sempat buat kuih raya... Terpaksa semua kuih tunjuk. Kesian jugak tengok dia dengan tugas di rumah & business but will try our best for the next Ramadhan/Syawal -- hopefully. Salam Aidilfitri ;)

    ReplyDelete

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu