Resepi Sambal Ikan Bilis Udang Kering Goreng

Tuesday, January 12, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Sebelum ni resepi ayam sambal bali kak Aisha Shukor dah jadi viral. Dah cuba dah. Memang sedap! Kali ni cuba resepi sambal ikan bilis dan udang kering goreng pulak ikut resepi Kak Aisha jugak! Kalau tengok semua resepi dia memang semua sedap sedap. Siapa yang tak kecur air liur kalau tengok sambal sedap tu kan.


Kebiasaan sambal ikan bilis yang Fiza biasa buat tak letak bawang putih dan udang kering. So cubalah resepi baru ni.

Bahan bahan : Ikan bilis, Asam keping, Cili Api, Udang kering, Bawang merah, bawang putih, garam, gula dan minyak masak.

Semua bahan dibasuh dahulu ye. Untuk udang kering tu cuci bersih dan rendam dengan air panas kemudian toskan. Ikan bilis cuci bersih dan toskan.

Tumbuk dulu cili api, bawang merah dan bawang putih.

Tumbuk agak agak lumat macam ni

Kemudian masukkan udang kering dan ikan bilis.

Untuk ikan bilis dan udang kering tak perlu tumbuk lumat sangat. Tumbuk sikit sikit je sudah.

 Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumbuk tadi.

Masukkan sedikit garam, tak perlu letak banyak sebab ikan bilis dan udang kering dah masin. Masukkan gula 1 sudu dan juga asam keping.

Untuk simpan lama, goreng sampai garing garing warna hitam sikit. Tapi disebabkan Fiza malas nak simpan. Masak sikit, confirm habis sekali makan. Jadinya goreng perang perang gitu. Kemudian dah agak garing tu angkat dan toskan minyak. Untuk simpan lama toskan sampai minyak tu hampir kering ye. Lagi sedap dan tahan lama.

Sedap makan panas panas dengan nasi panas. Nak lagi sedap makan dengan kicap dan goreng telur mata. Memang berasap telinga. Pedas tak hengat! Nak sambal sedap, gunakan cili api kampung yang betul betul pedas tu dan jangan blender pulak ye. Rajin rajinkan diri menumbuk.

Untuk simpan dalam tupperware tu, pastikan minyak kering dan sejuk. Nak makan panaskan je nanti. Agak agak malas masak, makan sambal dengan nasi pun cukup! 

Senang je buat Sambal Ikan Bilis Udang Kering Goreng ni kan. Cubalah! Rugi kalau tak cuba.

Credit resepi : Aisha Shukor


With Love, Sihatimerahjambu

4 comments

  1. perghhh sedapp ini hidang dengan nasi panas . ratah gitu pun sedap jugak.

    ReplyDelete
  2. teliuq ceq... hehehe , sedap d makan bgtu saja... grr

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. sedap nya aii! okay boleh la aina cuba lps ni. =)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.