Menu simple untuk lunch siang tadi cuma masak Ikan Kerisi Goreng Berlada je. First time makan ikan kerisi masa kat rumah MIL terus suka pulak makan ikan kerisi ni. Kalau goreng garing memang sodap. Bak kata goreng pun sodap! Memandangkan sebab nak masak satu menu je so kita goreng berlada je la kan. Mana boleh kalau makan tak rasa pedas. Tak jadi orang nogori lah camtu.

Goreng garing ikan kerisi dan angkat, lepas tu tumis bawang merah bawang putih dan cili api. Jangan lupa masukkan garam dan asam keping 1 keping je. Bila bahan dah garing masukkan ikan yang dah di goreng tadi. Kacau² sikit kemudian angkat. Mudah sangat!


Makan dengan nasi panas memang sedap. Tak payah lauk lain dah...Eh,sayur kena lah ada.. Makan dengan ulam pun best jugak.

T-Shirt Printing Malaysia - FREE Delivery ke Semenanjung

Berbelit lidah nak menyebut nama Pokok Bunga Kalanchoe Blossfeldiana ni. Tergoda dengan gambar Pokok Bunga Kalanchoe Blossfeldiana ni masa Chinese new Year kat page IKEA. Memang cantik pokoknya, terus decide dengan husband nak beli pokok ni.
Kalanchoe blossfeldiana is a herbaceous and commonly cultivated house plant of the genus Kalanchoe native to Madagascar. It is known by the English common names Flaming Katy, Christmas Kalanchoe, Florist Kalanchoe and Madagascar widow's-thrill-wikipedia.

pokok-bunga-kalanchoe-blossfeldiana
Sumber dari IKEA 

Baru this week ada masa nak jejak kaki kat IKEA ni, sebab jauh sebulan sekalilah baru boleh pergi. Nak pergi selalu memang rabaklah poket ni.

Setelah penat berpusing² akhirnya jumpa jugak Pokok Bunga Kalanchoe Blossfeldiana. Tinggal satu je last dengan keadaan pokok macam ni...


Nak amek ke tak nak ni? Lama jugak dok discuss dengan husband. Last² husband amek jugak. Bukan senang nak dapat baka pokok rare ni kan. Harga sebelum ni RM6.90 sekarang dah jadi RM7.90. Okay, amek je la. Harap boleh hidup dengan baik dan dapat macam gambar atas sekali tu.



Rasanya mudah nak jaga..Buat sementara ni letak dalam rumah dulu sebab dia hanya perlukan cahaya matahari yang sederhana bukan direct sun.

Tak sabar nak tengok bunga ni hidup dengan sihat dan cantik.


Kecewa shopping kat IKEA kali ni sebab banyak benda dalam list tak dapat beli..OUT OF STOCK..so KIV untuk next shopping. Sekarang ni pergi shopping weekdays pun ramai orang kan.

T-Shirt Printing Malaysia - FREE Delivery ke Semenanjung

Ini kali kedua Blog Diserang Malware sejak semalam. Dulu disebabkan banner busuk tu. Lepas remove terus okay. Sejak kejadian tu memang tak letak dah banner tu. Pelik pulak kenapa malware menyerang kembali.


Puas dah dok google segala tutorial remove malware ni tapi tak jugak settle. Sudahnya tanya dengan pakar je la Bro Hasrul Hassan ni. Bila dah cuba tak menjadi, kena rujuk pakar lah nampaknya. Sembang punya sembang, katanya dari iklan yang live di blog.

So buat sementara ni kenalah remove iklan yang tidak sepatutnya ada dalam blog. Lepas dah okay bolehlah letak semula. Itulah kan, dalam diam je dia menyerang. Serangan malware ni berpunca dari banyak sebab. Nak ikut tutorial pun kena tahu dulu puncanya dari mana.

Alhamdulillah..lega sikit rasanya. Kalau tak, risau betul kalau malware masih ada.


Pokok Kaktus pokok yang senang nak tanam dan jaga sebab tak perlu siram air setiap hari. Selain tanaman orkid, mak Fiza suka jugak tanam kaktus sampai boleh buat kombinasi kaktus dengan bunga biasa. Nampak cantik je jadinya. Next entry Fiza akan tunjukkan. InshaAllah...
Kaktus merupakan sejenis pokok atau tumbuhan daripada famili Cacta­ceae berasal dari Benua Amerika, berbatang hijau, berisi, dan berduri yang biasanya banyak terdapat di kawasan panas dan kering. Hampir semua tumbuhan batang berduri adalah kaktus. Kaktus telah berevolusi bermula dari jenis primitif yang hampir seakan bunga mawar sehinggalah ke yang berbentuk glob dan lajur seperti yang dikenali sekarang-wikipedia
Ini antara hasil tanaman kaktus mak..ada banyak lagi sebenarnya tapi Fiza snap mana yang dekat je. Jenis jenis kaktus ni memang tak tahu so kita layan gambar je la ye.

Ini kaktus yang biasa kita nampak..Tanam dekat² dalam pasu sampai penuh memang cantik jadi camni.
pokok-cactus


Ini pulak jenis berbulu² ada jugak berduri di sebalik bulu² ni..Jangan berani pegang² ye

Ini jenis pokok kaktus tak berduri..Cantik licin je dengan bentuk yang unik. Dah  macam tumbuhan dalam laut pun ada..

Ini jugak yang selalu nampak. Durinya panjang dan rapat. Memang taklah nak pegang pun kan.

Jenis kaktus yang comel sebab duri dia macam star dan membalut pokok tu macam mumia. Tapi duri tetap duri..Awasss


Pokok kaktus pink ni Fiza pernah up entry dulu..Dulu ada satu je besar..Sekarang dan bercambah keliling tu..cantik!

Sebenarnya bawah tu ada pokok kaktus bulat, duri dia jarang² sikit dan atas dia ada bunga putih ni..Unik juga

Seronok betul kalau tanam bunga menjadi dan macam² jenis ada..Penyeri hiasan luar rumah. Duduk kampung memang seronok tanam bunga sebab kawasan rumah luas. Siap boleh buat taman dan landskap lagi. Kat rumah taman ni susah sikit, Tanam pokok dalam pasu je tanah pun beli. 

T-Shirt Printing Malaysia - FREE Delivery ke Semenanjung

DIY Hiasan Paper Lantern ni sangat mudah dan boleh cuba buat sendiri je. Tapi biasalah kalau dah Do It Yourself [DIY] ni memerlukan kerajinan yang tinggi kalau tak memang tak menjadi lah projek DIY tu. Bagi yang suka deko deko rumah, boleh cuba hias paper lantern dengan pelbagai hiasan yang menarik. Pilih je hiasan yang mana korang suka.


Suka style ni..cantik je dengan lace paper ni.

Style ni agak rumit tapi memang cantik kan.

Yang ni mudah je nak buat dan nampak unik 


Okay, selamat mencuba

Sumber dari google
Resepi bergambar oreo cheese cake ni dapat dari anak buah. Kononnya nak buat cheese cake tapi tak tahu bila nak buatnya jadi simpan dulu dalam blog senang nak mencari nanti. Sesiapa nak  mencuba,silakan..


RESEPI OREO CHEESE CAKE

Bahan Base
1 Paket biskut Oreo (di asingkan cream tengahnya)
50g butter

Cara²
1. Biskut di hancurkan sehingga halus.
2. Cairkan butter  dan masukkan biskut. Gaul rata.
3.Tekan adunan ke lantai loyang padat² kemudian simpan dalam peti sejuk. Base kek dah siap!

Bahan Filling
200g whipping cream
250g cream cheese
70 g (1/4 cawan) susu pekat manis
50 g 1/4 cawan) gula castor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar serbuk gelatin ( masukkan gelatin ke dalam 2 sudu besar air panas. Kacau hingga gelatin larut)
1 Paket biskut oreo (dipecah² kan tapi tidak terlalu halus)

Cara²
1. Putar cream cheese, susu dan gula hingga kembang.
2. Masukkan whipping cream,esen vanilla dan gelatin yang telah dilarutkan. Putar hingga sebati.
3. Cream  di bahagian tengah biskut tadi boleh dimasukkan sekali dalam adunan dan diputar sekali.
4. Masukkan biskut yang telah di hancurkan tadi dan gaul rata tanpa menggunakan mixer.
5. Tuangkan filling yang telah siap ke atas base
6. Sejukkan dahulu sekurang²nya 3-4 jam atau semalaman supaya lebih padat berkrim.


posted from Bloggeroid
Roti Telur Cheese menu breakfast paling simple,paling mudah dan sedap! Malam tadi memang dah plan nak masak roti telur cheese sebab nak habiskan roti sebelum expired. Ada pulak stok cheese dalam freeze. Memang beroti telur cheese lah pagi ni.


Tak susah pun. Letakkan 1 keping cheese di atas sekeping roti dan tutup dengan sekeping roti lagi [macam sandwich]. Kemudian potong empat dan salutkan dengan telur yang telah dikacau rata. Panaskan kuali dan goreng roti telur tadi. Minyak letak sikit je ye dalam kuali, nanti banyak minyak pulak diserap. Mudah je pun kan? 

Bolehlah kenyang sampai ke tengahari pun..Buat menu minum petang pun boleh.

T-Shirt Printing Malaysia - FREE Delivery ke Semenanjung

Duit Syiling kalau letak dalam purse memang buat jadi berat dan paling tak bagusnya boleh merosakkan purse. Kenapa? Sebabnya kalau banyak sangat syiling tu sampai nak zip atau butang pun tak boleh jadi koyak purse tu. Oleh sebab tu style Fiza suka kosongkan purse tanpa duit syiling. Kalau lepas shopping ada duit syiling letak dalam kereta sikit untuk bekalan in case kalau emergency untuk bayar parking dan sebagainya.

Kalau tak, lebih suka kumpul duit syiling dalam tabung kat rumah. Tapi sekarang tak guna tabung dah. Lebih suka guna balang kaca simpan duit syiling. Lepas tu boleh jadikan perhiasan sekali dan sumber semangat untuk menabung sebab nak tengok duit tu penuh satu balang tu. Untuk keselamatan boleh masukkan barang lain sekali seperti shredded paper dan letakkan bunga sebagai perhiasan. Cantik juga.


Guna balang ni lebih mudah lah kot pada Fiza untuk ambil dan pantau penambahan duit syling. cewahh.. tapi kalau ada anak janganlah buat camni. Takut anak kecil ambil buat main dan masuk mulut. Bahaya tu. Takpun kalau anak bersekolah nanti ambil duit belanje lebih pulak..hihi..


Ikut masing masing² lah kan cara yang terbaik simpan duit syiling. Lagi satu simpan dalam ni senang nak ambil untuk kira nanti. Kalau dulu menabung syiling je dapat RM3++ lebih. Dalam tak sedar banyak juga jumlahnya kan. So rajin² lah menabung walaupun duit syiling. Sikit² lama² jadi bukit.

T-Shirt Printing Malaysia - FREE Delivery ke Semenanjung

Sambungan dari entry pagi tadi. Lokasi family outing kali ni kat Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Dekat je dari rumah kakak dalam 10 minit macam tu dah sampai. Motif utama nak cari remis. Sambil tu kita layan berkelah di tepi pantai.

Seriously suka sangat permandangan kat Bagan Nakhoda Omar ni. Geram tengok macam² jenis kulit kerang,siput dan macam macam ni sampai tak tahu spesis apa lagi. Nak kutip takde aquarium pulak. So buat masa ni abaikan je..huhu


Sebelum mencari remis kita charga energy dulu dengan santapan tengahari. Lepas zohor baru gerak lunch kat sini. Lauk seperti dalam gambar. Memang kenyang makan. Lepas makan rasa macam nak tidur je bawah pokok rasa angin sepoi² bahasa walau cuaca panas tapi rasa best je ditiup angin pantai ni.

Ini menu utama.. Udang Galah Segar.

selesai makan barulah turun ke pantai. Gigih betul mencari remis walau cuaca panas bak hang! Haruslah ade gambar walau sekeping dua..baru boleh tulis entry. aha.

Sesambil melayan anak buah yang macam² karenah ni..Takut air laut pulak dah dak Hannah ni.


Yang dah besar sikit ni kemain excited lagi masing²



Bajet macam mandi pantai pulak ni

Baru turun kejap dah berpeluh..Phew~ Kagum dengan diri sendiri sebab pakai jubah mencari remis..Bajet nak berkelah je pun dan nak turun pantai kejap je. Tapi macam best pulak mencari remis ni. Layankan je la..

Siapa yang tak tergoda kalau semua sibuk mencari remis kan..hehe


Inilah hasil tangkapan hari semalam..Banyak betul remis ni. Ikutkan lama lagi ni tapi anak buah pun dah merengek nak balik dan air pun dah pasang memang kena stop lah. Badan pun berlengas nak balik mandi.



Sesape yang dekat tu bolehlah datang sini nak mencari remis. Fiza tak sempat nak rasa sebab nak balik cepat kan. Tandanya  kena datang lagi ni. Ramai² lagi satu family baru best.

T-Shirt Printing Malaysia - FREE Delivery ke Semenanjung
Bila masak nak cepat malas nak buang masa defrost ayam atau ikan memang fikir masak sambal telur je la jawabnya. Masak telur goreng macam simple sangat pulak,masak telur masak kicap macam biasa je. So kita masak sambal telur bagi sedap sikit. Masak pun takde la susah mana.

Kalau nak sedap lepas rebus tu Fiza akan goreng dulu sebelum masak sambal tu. Lagi sedap ada lapisan luar telur yang rangup tu. Cara buat sambal tu sama je macam buat sambal sotong ke sambal udang ke..Sama je cuma bahan utama je berbeza iaitu telur rebus yang digoreng.

Lagi sedap kalau cukup rasa pedas dan manis tu kan..tapi selalunya memang pedaslah Fiza masak. Dah nama orang Johor, Encik husband pulak Negeri Sembilan..Ngamlah tu kan. Lawan pedas.kikiki

T-Shirt Printing Malaysia - FREE Delivery ke Semenanjung
Ada yang suka manisan ke puding ke? Boleh try resepi puding sagu 3 layer ni. Kengkawan share dekat facebook so Fiza pun share kat blog. Kononnya nak buat tapi tak buat lagi jadinya kita KIV dalam blog dulu.
Sumber dari facebook
  • Rendam sagu 10 mint, masak sehingga kembang kemudian masukkan dalam bekas.
  • Masakkan santan pekat dengan daun pandan dan sedikit garam dengan api perlahan.
  • Masakkan gula melaka dengan sedikit air, tapis dan sejukkan.
  • Dah siap semua bahan dan masukkan satu persatu bahan seperti dalam gambar di atas. Mudah je kan?Bolehlah buat untuk minum petang ke kan?

T-Shirt Printing Malaysia - FREE Delivery ke Semenanjung
Tak lama lagi nak raya kan. Eh dah cerita pasal raya? Puasa pun belum lagi? Semangat nak raya betul ni. Kalau takde baju raya macam tak raya pulak kan. Nak tempah baju raya tu kena tempah awal nampaknya sebab takut ada yang tak nak ambil tempahan jahit nanti. Di sebabkan itu tahun ni bercadang nak tempah baju je. Fesyen Baju Melayu Terkini 2015 manakah jadi pilihan.

Walaupun baju ni trend untuk tahun lepas dan mungkin jadi trend fesyen terkini untuk 2015 jugak ni. Nanti kalau terjumpa yang terkini lagi sensasi Fiza update kat sini ye. Suka tengok yang hitam menawan ni. Orang kulit cerah sesuailah kot pakai warna hitam ni. 


Ini pattern lain sikit but still masih smart design dia.

Pattern yang sama tapi warna berbeza. So bolehlah buat warna apa yang lelaki suka.

Takpun fesyen ada berkotak² ni pun menarik. Style bahagian pergelangan tu dan juga bahu.

Ataupun fesyen ada button kat lengan. Nampak style jugak ni.

Rasanya ramai lelaki yang memilih jubah kot untuk raya nanti. Fesyen jubah pun dah cantik² sekarang. 

Pilih jangan tak pilih.

gambar² dari google

Khasiat buah anggur hitam atau black grape ni memang terbaik dari anggur yang lain. Ini disebabkan warnanya yang hitam memberikan pelbagai khasiat untuk penggemar anggur. Salah satu buah favourite Fiza juga ni. Semalam sekali hadap dengan Encik husband terus habis. Beli jenis buah kecil, memang tak puas makan sebab tu boleh sekali habis je. Pulak tu takde biji memang laju makan.

Antara buah yang agak mahal juga ni. Berbaloi beli kalau khasiatnya banyak. Sesekali makan okay juga. Melayan tekak dengan buah buahan segar.
Buah Anggur Hitam

Khasiat Buah Anggur Hitam:
  • Buah anggur dengan warna yang paling pekat memiliki sifat anti-oksidan yang lebih kuat. Ia sangat baik dalam menangkal beberapa penyakit seperti kanker payudara.
  • Anggur hitam mengandungi zat besi yang banyak. Jika Anda merasa lemah letih dan lesu, minumlah jus anggur hitam dan tubuh Anda akan segar kembali.
  • Sama seperti jenis anggur lainnya, anggur hitam memiliki kemampuan untuk melindungi jantung sebab ia mampu menambah kadar oksida nitrat yang baik mencegah serangan jantung.
  • Anggur hitam  membantu organ pancreas dalam mengurangi kadar gula di dalam darah.
  • Pengambilan anggur merah juga bisa mereduksi penyakit migraine.
  • Anggur hitam memiliki sifat anti-bakteri yang lebih kuat berbanding jenis anggur lainnya. Pengambilan anggur hitam juga akan menambah daya tahan tubuh Anda sehingga lebih kebal terhadap serangan bakteria juga virus.
  • Pengambilan anggur hitam yang kerap juga akan menambah baik bagi kesihatan sistem pencernaan Anda.
  • Anggur hitam kaya akan vitamin sehingga sangat baik bagi mereka yang mendambakan kecantikan . 
Lepas ni bolehlah amalkan pengambilan buah anggur hitam ye.


T-Shirt Printing Malaysia - FREE Delivery ke Semenanjung

Kalau pepagi nak buat breakfast paling cepat,mudah dan sedap boleh buat Scrambled Eggs. Boleh makan macam tu je ataupun letakkan dalam roti. Nak buat menu lunch ke dinner pun boleh. Budak budak pun suka makan telur kan. Jemu asik goreng je kita buat Scrambled Eggs lah pulak.

Kalau Fiza buat Scrambled Eggs suka letak mayonis dan black pepper. Memang sedap. Gebu dan ada pedas² black pepper tu yang buat tambah selera. Takdelah semata² telur je.



Tak susah pun..pecahkan telur campurkan mayonis dan pepper. Lepas tu kacau je adunan tu. Panaskan minyak dan masukkan adunan lepas tu kacau je sampai pecah² dan biarkan masak kejap. Dah siap! Cicah dengan sos lagi sedap kan?