Rasa teringin betul nak makan masakan lemak cili api. Asyik masak singgang, masak sup, masak asam je. Tak kisahlah ikan ke ayam ke atau apa-apa je lah. Asalkan masak lemak cili api.

Untuk potretkan masakan, saya cuma letak sedikit je pucuk ubi. Nanti letak semua penuh pula dalam pinggan tenggelam ikannya.
Nak masak ayam masak lemak cili api macam malas sebab ambil masa lama sikit. Masak ikan tenggiri lah yang baru beli kat pasar Ampangan tu, mesti sedap makan ikan fresh.
Petang tu masaklah ikan tenggiri masak lemak campur pucuk ubi untuk hidangan makan malam. Masak lauk tu satu je. 3 keping potongan ikan tenggiri dan separuh cekak pucuk ubi.
Biasalah kalau beli pucuk ubi bukan semuanya pucuk. Bila dah pilih-pilih sikit je pucuk ubinya, daun ubi je yang lebih. Tapi macam banyak juga dapat. Masak separuh, separuh lagi simpan.

Untuk potretkan masakan, saya cuma letak sedikit je pucuk ubi. Nanti letak semua penuh pula dalam pinggan tenggelam ikannya.
Cara masak ikan tenggiri masak lemak cili api campur pucuk ubi
Senang masak lauk 2 in 1 je, tak renyah nak sediakan lauk lain. Bahan pun mudah je dan leburkan je semua kecuali pucuk ubi tu celur dulu kemudian nak masak tu baru campurkan sekali. Baru kurang rasa pahit pucuk ubi dan kuah pun jadi lebih sedap.
Saya kisar segenggam cili api dengan kunyit hidup. Leburkan je masuk dalam periuk dengan ikan tenggiri, sekotak santan kara, 1 keping asam keping, serai di ketuk, garam bukit kasar dan air secukupnya. Dari awal tu kacau-kacau sikit nak bagi kuah tu elok cantik.
Bila dah mendidih dan nak masak tu barulah letak pucuk ubi yang dah direbus. Siap! Mudah dan sedap je masak lemak cili api ni. Berselera makan masing-masing.
Encik Suami dah merindui masakan isteri. Sedap katanya! Kembang kuncup hidung kita wak! Jangan dipuji sangat. Melambung-lambung perginya nanti. Hihi...
Alhamdulillah. Dapat juga makan masakan lemak cili api. Nak tak nak kenalah masak sendiri baru kena dengan selera. Beli dekat kedai nanti risau kecewa kalau rasa tu tak sama dengan apa yang kita nak.
36 Comments
Alhamdulillah..sedap...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kena dengan selera.
DeleteAlhamdulillah.. nanti boleh cuba resipi:)
ReplyDeleteBoleh cuba.
DeleteCantik kejadian ikan tenggiri masak lemak cili api campur pucuk ubi.
ReplyDeleteTerbayang-bayang kalau ada depan mata, memang nak bubuh kuah banyak-banyak atas nasi... ahaks!
Kalau kuah masak lemak cili api tu sedap dan pedas, letak kuah banyak sikit tu berselera makan kan.
DeleteCantik elok x pekat sangat kuahnya..akak pun suka masak ikan tenggiri campur pucuk ubi...dapnyaa.....pas tu ada sambal belacan or ikan masin goreng..lagi buat bertambah kan...akak x suka masak lemak cili api kat kedai..kuahnya ceroi kalau ada masakan campur pucuk ubi...
ReplyDeleteDia macam cair tak cair, pekat tak pekat gitu. hihi..Sedap lauk combine dua ni. Wah ada sambal belacan dengan ikan masin tu bahaya kak. Bertambah nasi nanti. Betul, saya pun kurang suka sebab kadang kecewa bila rasa. huhu...
Deletesedapnya fiza,saya tengah IF nak tunggu tengahari ni macam2 makanan sedap lalu...tergugat iman haha
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap kena dengan selera. aduh, dugaan sungguh tu. Tapi bolehlah masak menu ni nanti untuk makan lepas habis waktu IF.
DeleteMasyaa Allah sedap , berkenan kak ana tengok pinggan antik Fiza tu lahh :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Pinggan tu saya minta mak saya kat kampung, boleh buat props gambar makanan. hihi...
DeleteNampak pekat likat kuah dia tu... sedap
ReplyDeleteSedang-sedang je kak Dana. Tak pekat, tak cair. Alhamdulillah sedap.
DeleteLangsung lapaaaaar 🤤🤤🤤❤️. Teringat masakan mama kalau lihat menu masak lemak. Tapi kami sebut nya ini, gulai hijau 😄😄. Sedaaap pakai pucuk ubi atau daun paku kan . Tambah petai sekali kak 😄
ReplyDeleteMasakan lemak ni memang kegemaran mak-mak kita dulu. Comel je sebut gulai hijau. Betul, pucuk paku atau pucuk ubi dua-dua sedap. Alamak, petai saya makan kalau masak sambal je. Macam begini saya tak pernah cuba lagi Fanny.
Deletewahhh pekatnya kuahhh
ReplyDeleteterbaiklahhhh
ni judu dgn telur dadar kompemm terangkat
Sedang-sedang je kepekatan kuahnya. Betul betul. Ada telur dadar pun sodap!
DeleteIni adalah menu yang bisa mengundang untuk tambah paling kurang 2 pinggan nasi😅Masak lemak cili api memang senang cuma nak mencari di mana menghilangnya kerajinan itu yang jenuh tuh😅Masak lemak pucuk paku, puck ubi memang KSarie suka
ReplyDeleteLauk sedap sepanjang zaman gitu kan. Kalau dapat makan tu memang boleh buat bertambah nasi. Betul tu, pucuk paku ke atau pucuk ubi ke sedap. Ada kacang panjang atau peria pun sedap juga. Aaaa semua sedaplah!
DeleteAda ikan masin dan sambal belacan lagi betambah ngam tu.
ReplyDeleteItu buat lagi menambah nasi tu. hihi...
DeleteMasak lemak cili api ni memang fave Naniey dan kena pedas. Makan memang menambah nambah.
ReplyDeleteBukan pucuk ubi je, kadang pucuk paku tu pun dapat ciput je pucuk yang lain tu daun paku. Tapi kalau kat kedai orang tetap masak. Kita yang makan ni pula sakit hati sebab batang tu keras dan tak boleh nak telan.
Dia kalau pedas tu lagi sedap. Betul, jenis sayur pucuk memang begitulah caranya orang jugal. Kita kalau masak kena pilih. Daun dan batang keras tu memang tak ambil lah.
DeleteOne pot meal.
ReplyDeleteSenang dan jimat masa.
Betul, jimat masa dan tenaga gitu. Sedap pun sedap.
DeleteSedapnya. Kat rumah saya ada banyak pucuk ubi tapi tak pernah guna untuk masak. 😂
ReplyDeleteNanti bolehlah guna buat masak.
DeleteNampak sungguh sedap ikan tenggiri mlca campur pucuk ubi. Mudah jugak nak masaknya, cepat pun cepat berbanding letak ayam, lagi sedap dapat ikan yang segar. Suami pun rupanya dah lama merindui masakan isteri tu, hihi.
ReplyDeleteYa, tak pernah tak sedap kan. Mudah, cepat dan sedap gitu. Bahan-bahan semua segar kecuali santanlah terpaksa pakai santan kotak. Hihi..itulah, kita rindu. Dia lagilah rindu.
Deletesimple dan sedap! saya tak pernah mkn pucuk ubi heheh fussy sikit2 bab2 ulam
ReplyDeleteKann. sedap lauk macam ni. Mungkin boleh cuba makan. Mana tahu kena dengan selera ke kan. Ke pernah cuba?
DeleteMemang rasa best masak sendiri dan makan hasil masakan kita ya, Fizah. Alhamdulillah. Akak tengok pun nampak sedap, masak lemak Fizah masak. 😋
ReplyDeleteBetul tu Kak Nur. Rasa dia mengikut selera kita. Alhamdulillah...berselera makan.
DeleteNampak kaw2 pekat kuahnya
ReplyDeleteSedang-sedang je uncle kepekatan kuahnya. hihi...
Delete