Dulu, rasa tak boleh ngam dengan buah  blueberries ni sebab mungkin masa tu makan buah blueberries yang terlalu masam agaknya. Makan tu boleh, cuma tak suka sangat. Sajalah nak cuba makan blueberries semula sebab tengok Mummy Ayu dan Kak Dana selalu makan, teringin lah pula.

Beli lah sebekas buat rasa-rasa. Beli di Mydin harga promosi RM6.90 kalau tak silap. 

Bluberry Masam-Masam Manis

Bali rumah, basuh dan makan sebiji. Eh, sedaplah pula. Manis-manis masam sikit. Terus bedal berbiji-biji. Sehari dua dah habis makan.

Buah Blueberry Masam-Masam Manis

Beli buah berries pun sebab nak makan buah yang kurang gula, GI rendah. Bosan lah juga asyik makan epal hijau dan jambu batu je. So sesekali tukar jenis buah tu. 

Buah blueberries ni kaya dengan antioksidan dan nutrien lain seperti vitamin, serat, dan mineral. Dikenali dengan gelaran 'superfood' kerana banyak manfaat kesihatannya. 

Makan buah blueberries ni yang leceh nak membasuh satu-satu tu hilangkan putih kepuh pada kulit buah. Ada cara yang terbaik tak nak basuh buah blueberries ni? Ke rendam dengan garam je dah okay dah?