Dari pagi tak makan apa-apa, terus ke appointment braces. Lepas tu beli barang di Jaya Grocer, balik tu beli aiskrim di gerai luar Jaya Grocer tu buat alas perut. Sebelum balik, beli nasi ayam goreng kunyit di R One Foodie Bazaar Mps.

Masa tengah menunggu makanan siap tu cakap dengan Encik Suami, macam sedap je kalau dapat mencendol kan. Padahal tadi baru lepas makan aiskrim sebekas. Itupun kongsi, buat rasa-rasa. Rosak diet kalau keluar on weekend.

Cerita lah kat Encik Suami pasal Chicken Ball Ball Rice Restaurant ni, cakap kat situ ada cendol dan kedainya Chinese Muslim. Selama ni kita dok ingat kedai tu Chinese punya. Rupanya tak. Itupun  nampak orang share di TikTok dan blogger Ammi pun ada share dia makan kat situ.

Selesai siap bungkus makanan, jomlah kita mencendol di Chicken Ball Ball Rice Restaurant. Saya nak makan cendol, Encik Suami nak makan cakoi. Sini ada juga jual cakoi. Cendol dan Cakoi ni gerai tepi tu je tapi boleh pesan dan makan disini.

Mencendol di Chicken Ball Ball Rice Restaurant

Banyak pula dia punya banner dan signboard. Ambil je lah simpan buat penuh gambar dalam post ni. 

Mencendol di Chicken Ball Ball Rice Restaurant

Baru duduk je ada pekerja hantar kertas pesanan dan juga buka menu. Lama juga Encik Suami membelek mencari cakoinya. Sudahnya tanya pada pekerja tu. Katanya harini cakoi tak ada, gerai tu cuti. Tak ada rezekilah nak makan cakoi.

Jadi, kami mencendol je lah kat sini. Orang lain sibuk makan tengahari, kita sibuk makan cendol. Sebab dah  beli nasi bungkus tadi, takkan nak makan nasi lagi nanti. Punah teruk diet nanti.

Saya pesan cendol biasa je sebab malas nak buka elastic band braces tu. Hirup-hirup je tak payah gigit dan kunyah. Encik suami ambil cendol pulut. Sedap cendolnya tak manis sangat. Just nice. Lega tekak makan cendol cuaca tengah hari panas ni.

Mencendol di Chicken Ball Ball Rice Restaurant

Tengah makan cendol, Encik Suami kata macam nak pesan roasted chicken nak rasa. Beli ayam sahaja tanpa nasi bahagian thigh. Bolehlah makan dengan nasi ayam goreng kunyit yang kami bungkus tadi. Balik rumah makan, ayamnya pun sedap. 

Lain kali lah kita cuba makan nasi ayam dan mi. Kena datang masa lapar ni baru syok makan. 

Harga cendol tu murah dan sangat berbaloi dengan rasa dia. Boleh datang lagi mencendol di sini. Masa kami datang pun waktu tengah hari, ramai orang. Mujurlah ada meja dan kerusi 2 untuk kami berdua.

Mencendol di Chicken Ball Ball Rice Restaurant

Harga set nasi pun berpatutan. Banyak juga menu yang ada di sini. Patutlah ramai orang datang sini. Sedap rupanya ye.

Mencendol di Chicken Ball Ball Rice Restaurant