6 Dan 7 Disember lepas balik kampung Segamat. Bulan November tak berkesempatan balik sebab banyak urusan untuk surgery mata tu. Bila ada kesempatan, mesti balik kampung sebulan sekali. Itu dah jadi rutin kami.


Sistem pesanan di kaunter. Banyak betul menu dia, sampai kami tak tahu nak makan apa. Makanan berat ada, makanan ringan pun ada. Laksa Johor, Nasi lemak dan macam-macam lagilah. Itu je yang saya ingat.
Kupi & Ghuti ni boleh jadi salah satu port ngopi/tempat mengopi best di Kuala Pilah. Tak susah nak cari, tepi jalan besar utama Kuala Pilah-Seremban.
Kadang balik sekejap pun jadilah. Mak pun tengah sakit, jadi ambillah giliran jaga walaupun kita pun belum betul-betul recover lagi. Setakat jaga yang ringan-ringan tu masih boleh lagi. Cuma nak angkat tu belum boleh lagi. Kita buat mana termampu.
Dalam perjalanan balik kampung tu, macam biasa ikut Kuala Pilah. Singgah kejap minum petang di Kupi & Ghuti. Kedai ni dah bertahun-tahun saya nak singgah tapi tak berkesempatan. Bukan apa, kedai ni buka hari Sabtu & Ahad je. Ke buka hari Sabtu je.
Kadang lalu perut dah kenyang, kadang tu tak rasa nak makan. Kebetulan masa lalu sedang elok perutnya rasa macam nak makan something untuk minum petang. Maun tak maun Encik Suami tanya. Nak!!! Laju je menjawab. Patah semulalah kita.

Ni jalan Utama, banyak kereta. Kena hati-hati lah ye kalau nak keluar masuk jalan besar ni. Kedainya tepi jalan je. Masa kami sampai ni tak ada pelanggan lansung. Okay ngam, boleh pilih tempat makan yang mana kita nak.

Sistem pesanan di kaunter. Banyak betul menu dia, sampai kami tak tahu nak makan apa. Makanan berat ada, makanan ringan pun ada. Laksa Johor, Nasi lemak dan macam-macam lagilah. Itu je yang saya ingat.
Buat pesanan dan terus bayar. Kuih muih tradisional pun ado! Ambil je sendiri. Piring pun klasik dengan motif bunga kangkung. Ke?


Ni nak panggil cafe ke kedai makan ek? Tempat makannya luas dan bersih. Cantik! Selesa lah kalau kita makan di sini. Suasana kampung dengan kesibukan jalan raya depan kedai.

Elok je kami duduk di kerusi. Ada 3 biji kereta datang menyinggah. Encik Suami kata, saya ni pembuka rezeki kedai makan. Asal makan kat kedai je mesti tiba-tiba ramai orang datang. Kebetulan je tu kan. Tapi mesti pernah jadi kan.


Saya pesan latte panas. Tapi art dia agak failed. Rasa dia macam bukan latte yang biasa saya minum. Mungkin sebab biji kopi yang digunakan berbeza kot. Ye lah, lain kedai lain biji kopinya kan. Tapi saya enjoy je menghirup any kopi latte.

Encik Suami pesan hazelnut latte sejuk. Macam biasalah pesan minuman panas dan sejuk. Eh eh, kita bukan nak kurangkan gula ke? Rosak diet kalau weekend. Kan! Rasalah sesedut dua. Okay sedap juga.

Saya tak rasa nak makan berat sebab kat rumah dah makan nasi. Ikutkan nak pesan laksa Johor tapi nanti macam tak habis je, malas makan banyak. Jadi, pesan lempeng dan sambal sardin je lah. Lempengnya sekeping je. Agak tebal tapi crispy luarnya. Gebu dan cukup rasa. Cuma saya suka kalau versi nipis sikit.

Sambal sardinnya sedap. Isi sardin dah siap dihancur-hancurkan isinya. Kalau pedas ni lagi sedap. Sambal sardin banyak ngam dengan sekeping lempeng. Kalau dua keping, sambalnya tak cukup.

Encik Suami pilih pulut kuning dengan sambal petai. Pulutnya banyak, macam semangkuk gitu.

Tapi sambal petainya tak cukup untuk Encik Suami makan sebab dia jenis suka sambal lebih. Sambal dah habis, pulut masih banyak lagi bakinya. Saya bagi lebihan sambal sardin tu pada Encik Suami. Saya tak rasa menu pilihan Encik Suami ni sebab tak rasa nak makan. Tapi Encik Suami habis makan tu tandanya sedaplah.

Tak lupa juga pesan kuih sopang, kuih kegemaran Encik Suami. Susah nak dapat kuih ni. Bila dah nampak depan mata, haruslah kita pesan sekali. Ada 3 biji dalam satu bekas. Kuih sopangnya lembut dan sedap betul walaupun sejuk beku dan dipanaskan.

Ada juga jual kuih frozen. Dan disediakan air kosong percuma. Boleh ambil sendiri.

Total harganya seperti di bawah. Harga kopi murah dan makanan tu kira standard hargalah kot kan. Akan datang kalau singgah boleh cuba menu lain pula.


Kami pilih duduk di tengah je lah. Cantik pula nampak alas meja ni. Corak kotak-kotak gabungan warna biru gelap dan putih. Adalah aura klasik tu kan.

Ni nak panggil cafe ke kedai makan ek? Tempat makannya luas dan bersih. Cantik! Selesa lah kalau kita makan di sini. Suasana kampung dengan kesibukan jalan raya depan kedai.

Elok je kami duduk di kerusi. Ada 3 biji kereta datang menyinggah. Encik Suami kata, saya ni pembuka rezeki kedai makan. Asal makan kat kedai je mesti tiba-tiba ramai orang datang. Kebetulan je tu kan. Tapi mesti pernah jadi kan.

Macam best pula kalau duduk di kerusi tinggi bar ni sambil menikmati permandangan jalan raya yang sibuk. Cantik pothos/money plant ni dibuat hiasan di situ. Naik seri kedai.



Saya tak rasa nak makan berat sebab kat rumah dah makan nasi. Ikutkan nak pesan laksa Johor tapi nanti macam tak habis je, malas makan banyak. Jadi, pesan lempeng dan sambal sardin je lah. Lempengnya sekeping je. Agak tebal tapi crispy luarnya. Gebu dan cukup rasa. Cuma saya suka kalau versi nipis sikit.

Sambal sardinnya sedap. Isi sardin dah siap dihancur-hancurkan isinya. Kalau pedas ni lagi sedap. Sambal sardin banyak ngam dengan sekeping lempeng. Kalau dua keping, sambalnya tak cukup.

Encik Suami pilih pulut kuning dengan sambal petai. Pulutnya banyak, macam semangkuk gitu.

Tapi sambal petainya tak cukup untuk Encik Suami makan sebab dia jenis suka sambal lebih. Sambal dah habis, pulut masih banyak lagi bakinya. Saya bagi lebihan sambal sardin tu pada Encik Suami. Saya tak rasa menu pilihan Encik Suami ni sebab tak rasa nak makan. Tapi Encik Suami habis makan tu tandanya sedaplah.

Intinya pun tak terlalu manis. Santannya pun berlemak dan sedap. Cuma rasa tak cukup santannya nak makan dengan kuih sopangnya tu. Kira luluslah kuih sopang ni walaupun bukan fresh. Boleh diterima tekak kami.


Total harganya seperti di bawah. Harga kopi murah dan makanan tu kira standard hargalah kot kan. Akan datang kalau singgah boleh cuba menu lain pula.

Kupi & Ghuti ni boleh jadi salah satu port ngopi/tempat mengopi best di Kuala Pilah. Tak susah nak cari, tepi jalan besar utama Kuala Pilah-Seremban.
34 Comments
menarik lah kedai ni. nama unik, menu pun nmpk sedap.terliur la lempeng tuuu
ReplyDeleteKedai dan menunya menarik. Boleh singgah. Lempeng dia sedap cuma tebal sikit.
DeleteBanyak menu Kupi & Ghuti ni. Namanya pun menarik jugak, Kupi tu kopi, kan.. Ghuti tu Roti ke maksudnya. Tapi bagusnya, makanannya tidak terhad kepada roti sahaja, ada kuih-muih, ada makanan berat dan tradisi jugak tu macam Laksa Johor. Kuih sopang tu kita tak biasa jumpa, tapi macam pernah dengar jugak. Mesti sedap tu pulut kuningnya, makan dengan sambal sardin pun boleh licin. Kita lagi suka lempeng nipis dari tebal, nasib dia garing ek.
ReplyDeleteBanyakkk. Sampai saya tak tahu nak pilih apa dah sebab semuanya nampak sedap. Ye betul, kupi is Kopi dan Ghuti is roti. Dia tulis sebutan orang Nismilan gitu. Itulah tu, macam-macam ada. Sebab sedap semuanya selamat masuk perut. hihi...tapi tulah, kita jenis suka lempeng nipis sikit. Nasib garing, kalau tidak kurang markah sikit.
DeleteKedai cantik, persekitaran cantik santai je makanan pun nampak menarik tu...
ReplyDeleteYa, semuanya menarik kak Dana. Kita pun selesa nak makan kat sini.
DeleteSedapnya lempeng dan sambal sardin. Macam nak kena buat je ni..
ReplyDeleteTengok pulut tu teringin makan yang pulut pulut..
Lempeng dan sambal sardin tu ngam. Cuma lempeng tu agak tebal sikit pada saya. Semuanya pun macam teringin kan.
DeletePernah nampak tapi x pernah singgah..nanti kaalu balik Pilah boleh la singgah
ReplyDeleteKalau balik weekend tu bolehlah singgah mengupi kak.
DeleteGhuti tu mesti roti kan. Unik nama. Kedai pun cantik. Vibes klasik tu ada la jugak.
ReplyDeleteYe betul, ghuti is roti. Vibes dia menarik. Makanan pun sedap.
Deletesaya suka kedai macam ni.. suasana ala-ala kampung. sambil makan sambil tengok kenderaan lalu lalang. terliur tengok lempeng, auto teringat arwah mak..
ReplyDeleteSuasananya tu sangat menarik kan. Menu begini sentiasa mengingatkan kita pada mak kita yang dulu-dulu suka buat lempeng kan.
DeleteTerkejut saya pas baca Bukanya hanya Sabtu Minggu 😅😅😅😅. Ini owner jualan hanya utk mengisi waktu weekend kah 🤣? Biasanya bisnis buka setiap hari, kecuali ada 1 hari off. Ini pula buka cm seminggu 2x ya kak 😅😅.
ReplyDeleteKue Sopang itu intinya kelapa kah? Ada kue yg mirip begitu di sini. Tp saya lupa namanya 😅😅. Cuma kalau benar kelapa, dan makan dengan santan, memang saya sukaaa
Ya, on weekend sahaja. Mungkin weekdays mereka bekerja.
DeleteBetul, kuih sopang inti kelapa dengan kuah santan. Oh ye? Nanti kalau ingat boleh share nama kuihnya.
Menarik sangat menu yang dijual, ada Laksa Johor pulak tu.
ReplyDeleteKuih sopang tu tak pernah makan. Akak suka kedai gini, jual makanan tempatan. Sekarang ni kan banyak kafe fokus jualan makanan barat.
Sangat menarik. Tak rugi singgah makan sini. Betul tu kak Ujie, lebih suka kalau ada kuih muih dan masakan lokal.
Deletecafe hipster.
ReplyDeleteYa.
DeleteMenarik sangat ni. Ingatkan menu Western, rupanya food dia menu tradisional bestnya! Jarang nak jumpa kedai kopi & kuih-muih utk minum petang yg style kafe gini
ReplyDeleteYa, menu lokal dan kampungan. Semua menu menarik. Cafe pun nice sangat.
Deletekiut nama kedaai ni. cam pelik sikit kedai makan camni bukak sabtu n ahad je. ni kira side income owner lah agaknya. kuih sopang tu saya tak pernah makan. inti dalam dia kelapa ke? macam kuih koci tak rasa dia?
ReplyDeleteKann..ejaan sebutan orang lokal, loghat Nismilan. Side income lah kot kan kalau buka weekend je. Ye betul, inti kelapa macam kuih badak berendam atau kuih koci.
Deletenampak menarik. nanti free kami nak try la ke sana
ReplyDeleteMenarik sangat, itu yang singgah. Kot terlimpas sini bolehlah singgah.
Deletemmg skit la sambal tu ..sure abis sambal dlu dr pulut...tkpernh mkn kuih sopang
ReplyDeleteBetul, sikit. Tak cukup kalau jenis makan sambal banyak. Nanti² kalau limpas sini boleh singgah cuba makan kuih sopang.
DeleteComel nama kedai makan pun. Ikut trend.
ReplyDeleteJika saya di sini, ada termenung panjang mikir menu apa yg hendak dipilih.
Kann..Pandai mereka pilih nama. Hihi..itulah tu, ambil masa nak memilih menu pun. Itu belum lagi ambil gambar. Semua sudut menarik.
DeleteSedapnyaa
ReplyDeleteYe
DeleteTerliurnya tengok lempeng dan sambal sardin tu. Banyak dah cafe yang Fiza share molek-molek makanannya dan cafenya. Cuma entah bila nak dapat pergi itu la persoalannya
ReplyDeleteLempeng dan sambal memang ngam habis. Hihi..kalau terlimpas tu bolehlah singgah nanti.
Delete