Sejak selera menjauhkan diri ni, kadang pening tak tahu nak makan apa. Teringin makan makanan nak ringkas-ringkas je. Rasa macam nak makan pizza, pergilah beli US Pizza. Tengah scroll TikTok nampak pula ada orang share golden banana pudding The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL).
Eh, sejak bila CBTL ada banana pudding ni? Kenapa saya lambat tahu. Sebelum balik buat pesanan dalam apps dan singgah ambil terus di drive thru je sebab malas turun kereta.

Pekerja tu hulurkan beg CBTL yang comel ni. Bukan paper bag biasa tapi cooler bag untuk jaga kualiti banana pudding tersimpan dalam bekas yang sejuk.


Golden banana pudding dia dalam bekas macam ni. Separuh cawanlah gitu.

Ada taburan serbuk biskut bisoff dan juga wafer coklat gulung. Pada dasarnya ada taburan biskut oreo.

Elok terletak keduanya, tak berantakkan. Masih elok lagi keadaan dia. Terus pindahkan masuk dalam peti ais. Lepas makan pizza baru makan.

Golden banana pudding dia dalam bekas macam ni. Separuh cawanlah gitu.

Ada taburan serbuk biskut bisoff dan juga wafer coklat gulung. Pada dasarnya ada taburan biskut oreo.

Golden banana pudding CBTL ni sedap, macam banana pudding TheMoon.My yang saya pernah rasa. Suka rasa banana pudding yang ringan macam ni. Pisang tu macam dibancuh sekali sebab tak nampak pula potongan pisang tapi rasa pisang tu ada. Dia macam main sembunyi-sembunyi pula ye.
Kalau rasa teringin bolehlah beli di CBTL je sebab yang favourite saya tu on weekend je dan kadang pergi dah tutup sebab dah habis atau tak buka di situ. Dah ada CBTL ni bolehlah buat lepas teringin kan sesekali. Tak boleh selalu.
Harga dia RM13.90.
1 Comments
Boleh cuba ni. Nampak sedap betul. Tak pernah cuba lagi banana pudding.. macam macam nak try tapi nak pergi bila tu tak tahu.
ReplyDelete