Penonton yang mengikuti Drama Dia Bukan Syurga mesti tak sabar nak menantikan Episod Akhir. Apakah ending dia? Geram eh dengan watak Tajul tu, awal-awal dah red flag. Nuha pula, aduh kenapa lah tak boleh berfikir dengan bijak.

Drama Dia Bukan Syurga Episod Akhir
sumber : Astro

Ramai yang emosi dan stress tengok drama ni. Saya baru terjebak, terus marathon. Tahu-tahu malam ni episod akhir dah.

Kita nantikan je episod akhir Drama Dia Bukan Syurga di Slot MegaDrama Astro Ria malam ni jam 10.00 malam. Atau boleh tonton secara online di platform Sooka.

Drama ini dibintangi oleh pelakon utamanya Niezam Zaidi, Ezzanie Jasny dan Nazim Othman. Pengarahnya Rashid Sibir diterbitkan oleh Radius One Sdn. Bhd. Dua nama besar ni jaranglah buat cerita tak best, mesti trending.

Dia Bukan Syurga adalah drama adaptasi novel karya Rissa Ahdiya yang mengekalkan tajuk yang sama. Selain watak Tajul, ramai juga penonton menyampah dengan watak Aina dan juga Mona. Kisah kekeluargaan yang porak peranda dan toksik akibat daripada sikap baran seorang suami.

Menurun pula kat anaknya, Tajul yang menghidapi Narcississtic Personality Disorder (NPD). Tak pasal-pasal Nuha jadi mangsa keganasan rumah tangga. Teringat pula drama Aku tanpa cintamu lakonan Zamarul Hisham yang NPD juga. 

Drama Dia Bukan Syurga

Jumlah episod : 32
Mula ditayangkan : 19 Mei 2025-10 Julai 2025
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10.00 malam
Siaran TV/ Streaming : Slot MegaDrama Astro Ria
Pengarah : Rashid Sibir
Penerbit : Sharulezad Mohameddin, Radius One Sdn. Bhd

Barisan pelakon

pelakon utama

Ezzanie Jasny sebagai Nuha
Niezam Zaidi sebagai Tajul Idlan
Nazim Othman sebagai sebagai Arham

Pelakon pembantu

Zizi Hazirah sebagai Aina
Nasz Sally sebagai Effa
Anas Ridzuan sebagai Faizal
Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Haji Marwan
Dian P. Ramlee sebagai Hajah Fatim
Qazem Nor sebagai Rushidi
Syazuwan Hassan sebagai Norman/ Angah
Sharul Kamal sebagai Haikal
Rahhim Omar sebagai Hashim
Lydiawati sebagai Mona
Dayana Roza sebagai Liza

Penampilan khas

Fezrul Khan sebagai Hashim (muda)
Mimi Ernida sebagai Mona (muda)

Pelakon tambahan

Zarrin Nuqman sebagai Shahrul
Dzul Hadziq sebagai Tajul (kecil)
Fiza Tijani
Amirah Zaidi
Danish Zamri sebagai Arham (remaja)
Rafique Iskandar sebagai Tajul (remaja)
Maya Jaafar

Sinopsis

Cinta Nuha kepada Tajul, bukanlah hanya sekadar lafaz. Cinta itu ikhlas dari hati biarpun kadangkala sikap Tajul sangat menyakitkan hati. Sikap Tajul yang panas baran dan cemburu buta membuatkan Nuha terasa lemas. 

Namun, demi cinta yang tidak berbelah bahagi ditambah dengan rasa simpati, Nuha turutkan kata hati biarpun adakalanya dia rasa ragu-ragu untuk meneruskan hubungan.

Perkahwinan yang disangka dapat mengubah sikap Tajul, hanyalah tinggal impian semata-mata. Selepas berkahwin, semakin teruk Nuha menjeruk rasa. 

Namun segalanya dipendam demi memastikan perkahwinan mereka kelihatan bahagia dan sempurna di mata semua. Bagi Nuha, sikap cemburu buta dan panas baran Tajul mendera jiwa, tapi bagi Tajul, bukankah cemburu itu tandanya sayang?

Puas sudah Nuha merayu, Nuha menangis, namun segalanya sudah terlambat. Dek satu insiden, jodoh yang disangka kekal hingga ke syurga, terlerai juga. 

Bertahun Nuha memulihkan diri, mengubati hati. Sehinggalah dia bertemu dengan Arham yang pernah dahulunya dia kenali. Arham yang sering membelanya, Arham yang sering cuba untuk melindunginya.

Tapi bukan mudah semua itu untuk Nuha. Menerima Arham, seolah-olah menerima Tajul ke dalam hidupnya semula. Tidak! Nuha tidak rela untuk mengulang kesilapan yang serupa. 

Mampukah Arham mencairkan sekeping hati milik Nuha meskipun tahu yang bayang-bayang Tajul turut ada bersamanya? Adakah Arham syurga yang Nuha tunggu-tunggu selama ini?

Muzik dan runut bunyi

Tajuk lagu : Dalam Sujudku
Penyanyi : Amira Othman

Tajuk lagu : Dalam Sujudku (Versi Akustik)
Penyanyi : Adriana Cinta & Farouk Roman

Tajuk lagu : Aku Bukan Narsisis
Penyanyi : Hazama

Tajuk lagu : Aku Bukan Narsisis (Versi Piano)
Penyanyi : Rian Shain