Takwim Persekolahan KPM Sesi 2023/2024, Cuti Penggal Dan Cuti Perayaan

Cuti penggal 3 persekolahan sesi 2021/2022 telah bermula pada 9 Disember 2022 sehingga bulan Februari 2023 tahun hadapan. Kemudian bersambung cuti akhir persekolahan sehingga bulan Mac 2023. Maknanya cuti sekolah lebih kurang 3 bulan lebih sebelum sesi persekolahan baru bermula pada bulan Mac 2023 nanti.

Jadual cuti penggal 3 persekolahan sesi 2021/2022

Kump A : 9 Disember 2022- 16 Februari 2023
Kump B : 10 Disember 2022- 17 Februari 2023

Jadual Cuti akhir persekolahan 2021/2022

Kump A : 17 Februari 2023 - 18 Mac 2023
Kump B : 18 Februari 2023 - 19 Mac 2023

Tarikh Buka Persekolahan KPM Sesi 2023/ 2024

Untuk makluman, Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 ditambah cuti seminggu lagi. Sebelum ini, KPM telah menetapkan kalendar akademik sesi 2023/2024 dijadualkan bermula pada 12 Mac 2023 bagi kumpulan A dan 13 Mac 2023 bagi kumpulan B.
KPM membuat ketetapan untuk menangguhkan pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan kalendar akademik sesi 2023/2024 supaya pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar— KPM.
Ketetapan tarikh baharu KPM adalah seperti berikut berdasarkan Kenyataan Media KPM bertarikh 10 Disember 2022.
  • Kump A akan mula bersekolah: 19 Mac 2023
  • Kump B akan mula bersekolah: 20 Mac 2023
Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Tempoh sesi persekolahan 2023/2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bagi negeri kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu), sesi persekolahan akan bermula sehingga 9 Mac 2024.

Manakala negeri Kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sehingga 10 Mac 2024.
Sesi persekolahan bagi kalendar akademik sesi 2023/2024 dikekalkan pada Mac 2023 untuk memastikan kementerian itu mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 yang menetapkan, jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari—KPM.
KPM juga mengambil kira pelbagai pandangan yang diterima daripada pihak berkepentingan untuk mengelakkan peperiksaan SPM diadakan pada November dan Disember kerana bertembung dengan musim tengkujuh.
Pelaksanaan peperiksaan SPM dalam musim tengkujuh boleh menimbulkan tekanan bukan sahaja bagi guru dan petugas peperiksaan, malah kepada murid dan ibu bapa yang terlibat. Apabila SPM diadakan pada Februari atau Mac, tempoh menunggu untuk calon terbabit bagi kemasukan ke universiti juga akan lebih pendek berbanding sebelum ini.—KPM

Takwim/Kalendar Persekolahan KPM Sesi 2023/2024, Cuti Penggal Sekolah Dan Cuti Perayaan

Jadual Sesi Persekolahan / Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 KPM

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, Takwim persekolahan 2023 yang dijadual bermula pada bulan Mac kekal selepas mengambil kira pelbagai faktor. 

Beliau berkata, pelbagai faktor diambil kira dalam penyediaan takwim persekolahan termasuk kebarangkalian banjir di negeri-negeri Pantai Timur pada hujung tahun susulan musim Monsun Timur Laut dan sela masa yang panjang selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelajar melanjutkan pelajaran.

Bulan lain pun ada banjir juga, kita tak nafikan tapi secara umumnya kita tahu di musim monsun kemungkinan berlaku banjir itu tinggi. Kita lihat dalam konteks pengurusan peperiksaan antara cabaran paling besar dihadapi Lembaga Peperiksaan adalah untuk menguruskan SPM sewaktu banjir, kadang-kadang menimbulkan banyak perkara teknikal dan menyukarkan pelaksanaan peperiksaan.Selain itu, beliau berkata, dengan pelaksanaan takwim sedia ada, sela masa bagi calon SPM yang telah menduduki peperiksaan tidak terlalu panjang seterusnya momentum pembelajaran pada pelajar berkenaan dapat dikekalkan. —Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin

Kalendar akademik persekolahan KPM sesi 2023/ 2024

Kalendar Akademik Sesi 2023/ 2024 KPM boleh rujuk dalam Lampiran dibawah untuk kumpulan A dan kumpulan B.
takwim persekolahan 2023/2024 kumpulan A
Takwim persekolahan sesi 2023/2024 Kumpulan A

takwim persekolahan 2023/2024 kumpulan B
Takwim persekolahan sesi 2023/2024 Kumpulan B

Tarikh cuti sekolah/ perayaan tahun 2023/2024

tarikh cuti sekolah 20232024

Untuk maklumat lanjut takwim persekolah KPM sesi 2023/2024, cuti penggal dan cuti perayaan boleh rujuk di laman sesawang : https://www.moe.gov.my/takwim

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.