Starbucks Mint Stainless Steel Tumbler

Selepas membeli Iridescent Green Cold Cup Tumbler Starbucks, menambah koleksi stainless steel tumbler untuk air panas pula. Setelah berbincang dengan suami, sebulat suara memilih Mint Stainless Steel Tumbler ni. Design minimalist yang menarik.

Ada je yang fancy tema holiday season yang lebih menarik. Tapi saya memilih untuk tidak memilih yang begitu fancy. Simple simple sudah. Yang penting guna tumbler ni untuk air kopi saya kekal panas dalam masa yang lama sehingga 12-24 jam katanya. Kita tengok sejauh mana perginya kepanasan air tu.

starbucks mint green stainless steel tumbler

Mint Stainless Steel Tumbler (20oz)

  • The classic tumbler in mint.
  • Thermo 3D® double wall vacuum insulation keeps beverages hot or cold longer.
  • Comes with a press-on lid to prevent splashes.
  • Keeps beverages hot or cold for up to 12 hours and 24 hours respectively.
  • Materials: 18/8 Medical Grade Stainless Steel body, Tritan lid
Dalam pada tak suka warna hijau, tapi starbucks mint green stainless steel tumbler ni juga di pilihnya. Taklah nampak warna hijau sangat pun. 

starbucks mint green stainless steel tumbler

Dengan penutup macam ni boleh juga ye tahan lama air panasnya. Bolehlah kupi-kupi panas dalam kereta. Mudah nak minum. 

starbucks mint green stainless steel tumbler

Dah beli, lepas tu baru perasan Starbucks akan keluarkan tumbler baru bermula 1 Disember 2022. Aduhaiii...Berkenan pula dengan gold pink glittering tumbler dan iridescent purple stainless steel desktop mug tu. Marilah menabung!

Bermula hari ini 2 Disember 2022 sehingga 4 Disember 2022 ada Starbucks Warehousel Sale di Gurney Paragon Mall, Penang Level 2. Merchandise sales up to 80% off, tumbler personalizations, prize giveaways, to our Signature Gift Box and Siren Gifting services. 

Kalau dekat boleh juga jengah-jengah, ini jauh. Kita perati dari jauh je lah. Yang dekat bolehlah pergi membeli merchandise Starbucks murah-murah.

18 comments:

  1. Wah Fiza bleh geng ngan akwan belakanag Kak SA kat opis ni...pengumpul tegar tumbler Starbuck ni...semua koleksi dia ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru nak mengumpul koleksi kak. Mana yang cantik dan berguna je beli..hehe..tak mampu nak collect semua edisi..rabak poket. huhu...

      Delete
  2. peminat starbucks ye fiza pengumpul merchandise starbuks ni

    ReplyDelete
  3. memang crowded la fiza.. dh tahu weekends susah nk dpt parking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok dari ig pun nampak crowdednya tu Nina..leceh juga kalau ramai dengan parkir dan kena beratur lama paling taknak.

      Delete
  4. lawa lawaaaaa... sy terbaca kat twitter, starbucks ada buat warehouse sale. tp kat penang laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Betul tu Anies macam saya tulis dalam entry :)

      Delete
  5. Lama tak minum air starbuck.. Dulu tempat keje lama leh la hampir sekali seminggu minum sbb gaji tinggi.. bila company tu tutup dgn keje skrg gaji rendah mampu tengok jelah..
    Boleh je nk minum tp kali ni pk puluh kali klau nk minum..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali tu bolehlah kan...Selalu tu boleh rabak poket.

      Delete
  6. Cantik warnanya. Rajin Fiza kumpul, tukar-tukar guna taklah bosan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Berkenan lalu terbeli. A'ah lain jenis boleh tukar tukar :)

      Delete
  7. Cantiklah warna hijau mint. Tenang mata memandang. Bestnya ada warehouse sale, tapi tulah jauh di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, berkenan terus warna mint ni. Kalau dekat, gigih jugaklah nak pergi kan.

      Delete
  8. Rasa nak beli satu tumblr boleh bawa ke office. Tapi sale nya jauh betul sampai dekat penang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu tumbler yang mudah digunakan, why not kan. Jauh ke Penang memang taklah kita pergi. KL dah lepas kot rasanya haritu.

      Delete
  9. hahaha alamak dah beli boleh pulak berkenan dengan yang baru. tak pernah lagi beli tumbler starbucks. tak jumpa warna yang berkenan di hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. nak menyesal tak berguna. Kadang beli yang simple simple je better.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.