Senarai Penuh Barisan Kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia 2022

Senarai Barisan Kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia 2022 telah pun diumumkan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengemudi pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia 2022 dalam tempoh lima tahun akan datang.

Senarai Barisan Menteri Kabinet Malaysia 2022

Pembentukan senarai kabinet baru Malaysia 2022, Kabinet Perpaduan Malaysia 2022 yang digelar Kerajaan Perpaduan akan memiliki saiz Kabinet lebih kecil seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut dilaporkan berkata, akan mengusulkan gaji menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan nanti dikurangkan susulan perkembangan situasi ekonomi kini.

Dalam pada itu, turut dimaklumkan bahawa kerajaan akan 
mengambil masa selama 2 minggu untuk mengkaji kos sara hidup rakyat sebelum pembentangan kabinet.

senarai kabinet malaysia 2022

Senarai Penuh Ahli Kabinet Malaysia 2022 Menteri Dan Timbalan Menteri Yang Terkini (Anggota Pentadbiran)

Pembentukan barisan Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri bagi menerajui kerajaan persekutuan Malaysia adalah dengan objektif bagi memenuhi keperluan negara agar menjadi sebuah negara yang kompetitif dan mampu memenuhi aspirasi rakyat. 

Pelantikan Ahli Kabinet Dari Majlis Parlimen

Pelantikan dan pemilihan anggota Kabinet terdiri daripada kalangan ahli-ahli Parlimen atau ahli-ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat yang mempunyai kewibawaan dan berkaliber. 

Kejayaan kabinet yang dibentuk

Kejayaan pentadbiran negara adalah bergantung kepada formula pintar oleh Perdana Menteri dengan kerjasama barisan ahli Kabinet yang dipilih kerana ianya memainkan peranan serta tanggungjawab masing-masing untuk berkhidmat dengan telus demi kepentingan rakyat. 

Malaysia negara kedua terbanyak jumlah menteri 

Malaysia merupakan negara kedua terbanyak menteri di kalangan negara-negara ASEAN. Menteri paling banyak adalah di Indonesia dan yang paling kecil (sedikit) adalah di Brunei.  

Kabinet Perpaduan 2022

Jumlah Menteri : 28 orang 
Timbalan Menteri : 27 orang 
Jumlah : 55

Carta Senarai Penuh Barisan Menteri Kabinet Malaysia 2022

Perdana Menteri 
Menteri : YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Menteri : Ahmad Maslan
Timbalan Menteri : Steven Sim

Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kemajuan Desa & Wilayah
Menteri : Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri : Hajah Rubiah

Timbalan Perdana Menteri, Menteri Perladangan & Komoditi
Menteri : Haji Fadillah bin Yusof
Timbalan Menteri : Siti Aminah Acing

Kementerian Kewangan 
Dato’ Seri Anwar
Timbalan Menteri : Ahmad Maslan 
Timbalan Menteri : Steven Sim

Kementerian Dalam Negeri 
Menteri : Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Menteri : Shamsul Anuar Nasarah

Kementerian Pertahanan 
Menteri : Mohammad bin Hj Hassan
Timbalan Menteri : Adli Zahari

Kementerian Pendidikan 
Menteri : Fadhlina Sidek
Timbalan Menteri : Lim Hui Ying

Kementerian Pengajian Tinggi 
Menteeri : Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Yusuf Afdal

Kementerian Perpaduan Negara 
Menteri : Aaron Ago Dagang
Timbalan Menteri : -

Kementerian Kesihatan 
Menteri : Dr Zaliha Mustafa
Timbalan Menteri : Lukanisman

Kementerian Pengangkutan 
Menteri : Athony Loke
Timbalan Menteri : Hasbibullah

Kementerian Komunikasi Dan Digital
Menteri : Fahmi Fadzil
Timbalan Menteri : Teoh Ni Ching

Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat 
Menteri : Nancy Shukri 
Timbalan Menteri : Aiman Nafirah Sabu

Kementerian Sumber Manusia 
Menteri : V. sivakumar
Timbalan Menteri : Mustafa @ Mohd Yunus

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi 
Menteri : Chang Lih Kang 
Timbalan Menteri : Joseph Kurup

Kementerian Luar Negeri 
Menteri : Dr. Zambry Abdul Kadir
Timbalan Menteri : Mohd Al Amin

Kementerian Ekonomi
Menteri : Rafizi Ramli 
Timbalan Menteri : Hanifah Hajar Taib

Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya 
Menteri : Tiong King Sing 
Timbalan Menteri : Khairul Firdaus Akhbar Khan

Kementerian Belia Dan Sukan 
Menteri : Hannah Yeoh
Timbalan Menteri : Adam Adli

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup
Menteri : Salahuddin Ayub
Timbalan Menteri : Fuziah Salleh

Kementerian Undang-undang Dan Reformasi Institusi
Menteri : Azalina Othman 
Timbalan Menteri : Ram Karpal Singh

Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI)
Menteri : Tg. Zafrul Tg Abdul Aziz
Timbalan Menteri : Liew Ching Tong

Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi 
Menteri : Ewon Benedict 
Timbalan : Saraswathi Kandasamy

Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan 
Menteri : Mohamad Sabu
Timbalan Menteri : Chang Fung Hin

Kementerian Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan 
Menteri : Nga Kor Ming
Timbalan Menteri : Akmal Nasrullah

Kementerian Kerja Raya 
Alexander Nanta Linggi
Timbalan : Abdul Rahmah Mohamad

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim 
Menteri : Nik Nazmi 
Timbalan Menteri : Hwang Tiong Si

Kementerian Di Jabatan Perdana [Hal Ehwal Agama] 
Menteri : Mohd Na’im Mokhtar
Timbalan Menteri : -

Kementerian Di Jabatan Perdana [Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak] 
Menteri: Armizan Ali 
Timbalan Menteri : Wilson Uggah

10 comments:

  1. Semoga mereka melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah le kpd mereka.. Mari la kita lihat apa perubhan2 yg bakal berlaku

    ReplyDelete
  3. Bercampur baur perasaan masa the whole cabinet diumumkan. InshaAllah kita doakan yang terbaik untuk Malaysia

    ReplyDelete
  4. Mudah2an kerajaan ini dpt bertahan sampai 5 tahun & jemaah menteri menjalankan tanggungjawab dgn baik.

    ReplyDelete
  5. All the best Malaysiakuuu! Saya percaya akan ada perubahan...Walaupun sikit..mesti kena ado..Kan..Semoga dipermudahkan urusan mereka semua

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.