Shampoo Moist Diane Dahlah Wangi, Rambut Pun Jadi Lembut Dan Lurus Dengan Treatment

Setia betul saya pakai produk shampoo, conditioner dan toner Good Virtues Co. tak nak cari lain dah kononnya. Terfikir juga nak tukar produk penjagaan rambut yang lain. Untuk toner saya dah tukar kepada spray serum NEEDS

Akibat terpangaruh dengan Diane Moist shampoo review dari penggunanya, saya pun beli lah Shampoo dan conditioner (treatment) Moist Diane - Japan's Premium Hair Care Brand. Dah namanya premium, harga dia keras sikit. 

Rangkaian produk Moist Diane berjenis jenis
  • Extra vital
  • Extra volume & scalp treatment
  • Volume & scalp
  • Extra damage
  • Fresh & hydrate
  • Extra moist & shine
  • Extra smooth & straight
  • Extra damage repair treatment

Dan banyak lagi. Setiap satu jenis shampoo kena pair dengan treatment dia sekali. Nak rambut cantik dan sihat wajib pakai conditioner/treatment. Toner atau serum tu untuk extra care. Pakai 3 jenis produk ni, tak perlu sikat dah. Guna jari pun boleh. Kadang tak bersikat pun sebab rambut tak kusut.

Ini cakap betul ye. Tak kisah pakai produk apa, kena juga ada 3 jenis tu barulah rambut terjaga cantik dan sihat tanpa rosak.

Disebabkan rambut saya bukan jenis bermasalah. Jadi saya pilih extra vital shampoo dan treatment. Mulanya nak pilih moist & shine atau smooth & straight tapi tak tahulah kenapa pilih extra vital. Sebab warna pink kot? 

Rambut pun dah lurus lembut, jadi sesuailah pilih extra vital tu tak perlu pilih smooth & straight. Selain diane moist shampoo review yang bagus, tertarik juga dengan design botol shampoo dan treatment produk Moist Diane.

Pek botol yang nampak mewah dan exclusive. Faham lah kenapa dia bersifat premium. Dari botolnya pun dah nampak ke premium nya tu. Macam botol minyak wangi pun ada tapi versi besar. 

Saya beli Shampoo dan conditioner (treatment) Moist Diane masa sale. Lebih untung lagi. Harga biasa tak silap saya RM30 ke atas kot rasanya.

moist diane shampoo review malaysia

Moist Diane Shampoo dan conditioner (treatment) 

Didatangkan dalam saiz 450ml. Diformulasi kan dengan formula bebas silikon membersihkan secara mendalam sebum dan kekotoran dari folikel rambut manakala formula Minyak Argan Maghribinya memberikan khasiat penting kepada kulit kepala tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi rambut.

Moist Diane shampoo ingredients

Mengandungi pati Sakura, Promegranate dan Ginseng membantu menambah nutrien penting untuk rambut licin. Rambut dikuatkan, menghalang kerosakan rambut dan hujung bercabang. Mengandungi Asid Amino, bahan pembaikan kerosakan rambut yang aktif untuk meningkatkan kapasiti pelembapan rambut dan melindungi daripada sinaran UV dan kekeringan.

moist diane shampoo review malaysia

Pertama kali saya pakai shampoo Moist Diane ni dah jatuh cinta dengan baunya yang wangi. Macam bau minyak wangi manis-manis gitu. Shampoo jenis transparent tidak seperti warna shampoo seperti kebanyakan yang berwarna putih susu. 

Dahlah wangi, bilas rambut selepas pakai treatment terus rambut jadi auto lembut. Itu belum pakai essence lagi. Tapi saya tak belilah essence produk Moist Diane ni sebab saya pakai hair serum lain. Tunggu habis dulu nanti baru cuma essence pula.

Sumpah best lah pakai produk Moist Diane, pasti ulang membeli nanti. Sila jangan mahal sangat nanti.

10 comments:

  1. Saya pernah beli dan cuba, suka dengan hasilnya. Aromanya pun wangi!

    ReplyDelete
  2. cantik packaging nya tapi rambut kerinting halus saya mmg masalah lah nak kwn dgn shampoo jenis transparent, akan frizzy truk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh tak boleh ye. Tak boleh pakai shampoo ni lah macam tu.

      Delete
  3. dulu ex housemate sy pakai jenama ni tp botol merah. lepas dia mandi berbau wangi bilik air hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wangi sangatt! Rasanya varian produk ni bau wangi..bau dia macam manis manis tu yang best tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.