TERbeli Starbucks Iridescent Purple Stainless Steel Tumbler

Tolonglah jangan nampak depan mata! Kan dah terbeli lagi. Alasan beli sebab haritu encik suami kata cantik macam hologram backgorund. Nama pun Iridescent (irəˈdes(ə)nt) memang berwarna warni lah cerita dia. Iridescent holographic kot.

Tengok dalam post Starbucks nampak macam warna putih tapi sebenarnya warna soft purple dengan kesan holographic. Cantik! Starbucks Iridescent Purple Stainless Steel Tumbler dengan konsep minamist yang baru dikeluarkan pada awal bulan Disember haritu.

Haritu beli stainless steel mint tumbler tak bertutup penuh. Kali ni beli dengan penutup penuh dan tahan panas sejuk sehingga 4 jam katanya lah. 

starbucks iridescent purple stainless steel tumbler

Starbucks Iridescent Purple Stainless Steel Tumbler
  • Elegant pattern of siren with iridescent purple painting
  • Double wall vacuum insulated tumbler
  • Trusted flip lid for spill resistant functionality
  • Taper body design for comfortable grip
  • Keeps beverages hot or cold up to 1.5 hours and 4 hours respectively
  • Materials: Stainless Steel body with Polypropylene (PP) lid
Penutup tumbler yang bagus, elakkan air tertumpah dan keep warm. Boleh buat jadi pemegang juga ni kalau susah nak pegang tumbler.

starbucks iridescent purple stainless steel tumbler

Esok bermula 13 Disember, ada diskaun untuk pembelian kedua merchandise Holiday Season. Dapatlah beli tumbler dengan harga murah sikit daripada harga biasa.

Harini pun ada banyak tawaran 12.12. Tak sempatlah nak grab seventi minuman Starbucks. Biasa beli venti size daripada grande. Baru puas minum. 

Musim musim hujan ni dapat setumbler kopi caramel macchiato hot memang syok lah. Nikmat hirup kopi panas.

Sedang menaip entry ni, kebetulan hujan lebat. Nampak gaya macam hujan lama je ni. Ada baca juga post notis kesiapsiagaan dari Jabatan Pengairan dan Saliran katanya kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pahang. 

Kawasan hotspot yang terlibat dengan banjir kena alert dengan keadaan semasa. Risau juga kalau tiba-tiba air naik.

14 comments:

  1. Cuci mata. Nampak daripada gambar warna putih. Ada logo timbul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..cuci mata duit jadi mangsa. Kalau close up baru nampak soft purplenya :)

      Delete
  2. comelllsss... ala sesekali ok jer. reward diri sendiri..
    bab kopi tu....emmm...best nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple pun comel kan. Ye, sesekali terbekenan. Nikmat mengopi bila hujan :)

      Delete
  3. cantik untuk dimilliki dan rasanya banyak guna kalau kita bekerja di pejabat..memudahkan urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, untuk yang berkerja depan pc je memang perlukan air kopi panas untuk segarkan biji mata :)

      Delete
  4. Replies
    1. Lawa sangat tumbler ni KakSha. Nampak putih dari jauh tapi dari dekat lagi menarik dengan effect holographic :)

      Delete
  5. wahh boleh tahan panas selama 4 jam..
    tula sekarang musim hujan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Kira tahan lama boleh tahan juga tu :) Musim hujan ni kena pekena air panas untuk panaskan badan.

      Delete
  6. bapekah regenya ni dik? akak ni minum kt starbuck pun jenjarang memang tak tau la psl tumbler ni hehehhe, Patutla aritu da kawn opis kata ada yg baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. 165 kak Dana. A'ah yang ni latest collection. Ada banyak jenis dan saiz lagi :)

      Delete
  7. hari tu ada juga terdetik nak beli tumblr starbucks, tapi dibatalkan niat sebab sedar diri kewangan tak berapa hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tu biasa berlaku..Kadang begitu lah. Kalau ada bajet baru membeli.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.