Hari AIDS Sedunia 2022

Azhafizah MN
By -
4
1 Disember merupakan Hari AIDS Sedunia. Hari AIDS Sedunia menjadi peringatan serta memberi sokongan bagi pengidap AIDS atau HIV. Di samping itu, sambutan Hari AIDS dapat menjadi sebagai satu kempen atau platform untuk semua orang mempergiatkan usaha bersama dalam menangani jangkitan HIV/AIDS.

sambutan hari aids sedunia 2022
Tema hari AIDS Sedunia

Tema Hari AIDS sedunia 2022

Tema Hari AIDS sedunia 2022 adalah Equalize atau Kesaksamaan.

Apakah AIDS atau HIV

AIDS atau HIV adalah satu penyakit berjangkit melalui darah. Human Immunodefeficiency Virus (HIV) adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Manakala AIDS merupakan singkatan bagi sindrom kurang daya tahan melawan penyakit dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.

Cara penularan HIV/ AIDS boleh berlaku

Tiga kaedah HIV boleh berjangkit iaitu :
  • Ibu mengandung yang mempunyai virus HIV akan merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim
  • Hubungan intim
  • Melalui perkongsian jarum suntikan oleh pesakit HIV

Masyarakat boleh bergaul dengan pesakit HIV seperti berjabat tangan, berkongsi perkakasan makanan atau minuman, berkongsi tandas, telefon awam, kolam renang dan pengangkutan awam kerana perkara tersebut tidak akan menyebabkan berlakunya penyebaran virus HIV kepada orang lain.

Sehingga kini masih tiada lagi ubat yang mampu memulihkan virus HIV sepenuhnya daripada badan manusia. Pihak kerajaan telah mengadakan program pemulihan melalui terapi 'Highly Active Anti-Retroviral Therapy' (HAART) dan ianya adalah percuma. 

Akan tetapi pesakit perlu mengambil ubat anti viral ini setiap hari sepanjang hayat mereka

Walaubagaimanapun, tidak semua yang dijangkiti HIV akan mencapai peringkat AIDS. Jika mereka yang hidup dengan HIV (PLHIV) mendapat diagnosis awal dan memulakan ubat dengan segera, peringkat AIDS boleh dielakkan dan boleh hidup seperti orang biasa.

Sejarah Hari AIDS Sedunia 

Hari AIDS Sedunia setiap 1 Desember didirikan oleh Organisasi Kesehatan Dunia (WHO) pada 1988. Dipetik dari laman Britannica, peringatan Hari AIDS bertujuan untuk memfasilitasi pertukaran informasi antara pemerintah, organisasi internasional, dan individu terkait HIV dan AIDS. 

Semasa Hari AIDS Sedunia pertama diadakan, sekitar 90.000 sampai 150.000 orang telah terinfeksi HIV. Kurun waktu dua dekad kemudian, lebih dari 33 juta orang tercatat hidup dengan infeksi HIV.

Sejak kes AIDS pertama kali dilaporkan pada 1981, sekitar 25 juta orang di seluruh dunia dilaporkan meninggal. Hari AIDS Sedunia memiliki tujuan utama menyebarkan kesadaran akan bahaya beserta langkah-langkah pencegahan penyebaran HIV.

Hingga 1996, WHO menyelenggarakan dan menentukan tema Hari AIDS Sedunia. Namun, tanggung jawab ini beralih kepada UNAIDS, sebuah organisasi antarabangsa yang  memberi fokus pada HIV/AIDS. 

UNAIDS melalui World AIDS Campaign (WAC) pun mengintegrasikan informasi seputar AIDS pada tingkat global. Sehingga tahun 2005, WAC menjadi badan bebas yang berfungsi mengadvokasi dan meningkatkan kesadaran akan HIV/AIDS sepanjang tahun, terutama setiap 1 Desember.

Ucapan Selamat Hari AIDS Sedunia

Selamat Hari AIDS Sedunia. Sama-samalah kita membanteras dan jauhi HIV AIDS
Selamat Hari AIDS Sedunia 2022. Lindungi diri dari Bahaya HIV AIDS
Jangan biarkan AIDS membunuh, mari kita bergandingan tangan untuk membunuh AIDS.
Selamat Hari AIDS Sedunia
Selamat memperingati Hari AIDS Sedunia. Jauhilah penyakitnya, bukan orangnya
Berikan cinta, senyuman dan kebahagiaan pada anak, bukan AIDS. Selamat Hari AIDS Sedunia 2022
Selamat Hari AIDS Sedunia. Semoga generasi kita bebas dari AIDS.
Selamat Hari AIDS Sedunia 2022!
Selamat Hari AIDS Sedunia 2022! Mari kita bekerja untuk masa depan yang lebih baik dan generasi yang lebih sihat. Mari kita akhiri AIDS. Mari kita rayakan Hari AIDS Sedunia dan ciptakan kesedaran.
Bersama lah kita menangani ketidaksamaan yang mampu menghalang kemajuan dalam mencapai sasaran untuk mengakhiri epidemik AIDS menjelang akhir 2030. Amalkan gaya hidup sihat dan jauhi tingkah laku berisiko yang voleh menjejaskan kesihatan diri dan individu yang disayangi. —Pesanan dari KKM.

sumber : https://www.kk.usm.my/index.php/doktor-usm-di-radio/95-doktor-usm-di-radio/1044-kenali-hiv-dan-aids-serta-cara-jangkitannyakompas

Tags:

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Sedih baca berita yang mengatakan di Malaysia kes AIDS makin tinggi sebab banyak pengamal hubungan sejenis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau betul. Walaupun tahu kesannya tapi masih ada yang tak kisah.

      Delete
Post a Comment