Fasa Baru PKP Bulan April 2020

Wednesday, April 01, 2020

Harini bermula lah episod baru fasa kedua PKP. 14 hari dah berlalu dengan bermacam-macam ragam di rumah masing-masing dan kita akan melalui 14 hari berkurung dalam rumah lagi ye. Okay bawak bertenang atok, nenek, makcik, pakcik, abang, kakak dan adik-adik sekalian. Kita dah berjaya lalui 14 hari lepas dah kan, so 14 hari lagi of course kita boleh kan.


Bulan April fasa kedua PKP ni harap semua lebih concern dengan virus yang tengah melanda. Be happy lah duduk di rumah boleh dengan mereka yang tersayang. Kalau tidak bila lagi kan? Pleaselah jangan keluar melainkan ada urusan penting. Kita jaga kita bersama-sama. Ramadhan pun tak lama lagi dah, bersedialah kita nyanyi lagu dendang perantau kalau jumlah kes semakin meningkat.


Harapan untuk bulan April ni tak banyak, cuma harap seluruh dunia bebas daripada virus Covid-19 ni. Harap rakyat Malaysia patuh arahan lah kali ni. Makin hari peningkatan kes bertambah dan kes kematian bertambah lagi. Seriouslah tak nak extend lagi dan lagi. Semoga dengan usaha kita semua ni Allah hapuskan segera virus Covid-19 ni. Semoga Allah ampunkan segala dosa kita dan beri peluang untuk kita menikmati kehidupan seperti biasa serta permudahkan segala urusan kita semua. Aaminnn...



18 comments

  1. Tiada alasan untuk kata tak tahu pasal PKP. Rasanya rakyat sah faham dan dapat membiasakan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Alasan tu memang tak boleh diterima pakai dah. Ramai yang buat tak faham dan degil. Kebal virus agaknya kot.

      Delete
  2. Semoga saja secepatnya situasi normal kembali seperti saat munculnya covid-19.
    Dan virus pun tak ada lagi.

    ReplyDelete
  3. insya'Allah...mudah2an macam tu lah kan...syahdu kalau tak dapat meraikan ramadhan macam tahun2 lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang syahdu kalau pkp masih berterusan bulan ramadhan T_T

      Delete
  4. InshaAllah smoga dipermudahkan segala.. smoga smuanya kembali seperti sediakala. ameen.

    ReplyDelete
  5. fasa ke2 dh bermula...bersambung lg work from home

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah kita duduk diam diam untuk keselamatan kita bersama.

      Delete
  6. Amin ya rabbal alamin. Kena jaga betul2 kalau x raya ni x dapat la balik kampung. Tak dapat raya dengan anak2 sedara menang xde feel raya la jawabnya

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.