Resepi Japanese Cotton Cheesecake

Wednesday, April 22, 2020

Musim PKP ni terasa masa terlalu banyak sampai kau dah tak tahu nak buat apa dah. Serius lah tak boleh duduk diam saja sebab akan menimbulkan kebosanan terlampau. Duduk rumah masa PKP ni harus cari kerja untuk dibuat. Kena sibukkan diri supaya dalam kepala tu tak fikir benda benda yang boleh buatkan stress. Salah satunya mencuba resepi resepi viral yang mudah macam Japanese Cotton Cheesecake. Persoalannya, mudah ke?

Demi tak nak kalah dengan bosan, cari idea nak masak apa yang mudah-mudah dan paling penting bahan-bahan ada di rumah bukan kena keluar pergi beli bahan. Cari punya cari dapatlah resepi Japanese Cotton Cheesecake yang cukup mudah pada Fiza. Bahan-bahan tak banyak dan cara nak buat tu boleh tahan mudah lah jugak. Bila rajin dia jadi mudah lah kot kan?

Resepi Japanese Cotton Cheesecake

Bahan-bahan
70 gram butter
70 gram gula
70 gram tepung gandum yang telah di ayak
200 ml susu segar
4 biji telur (*asingkan telur putih dan kuning)
5 keping slice cheese
1 sk esen vanilla

Cara-cara
1. Masukkan susu segar bersama slice cheese yang telah dicarik-carik kan ke dalam periuk, masak sebati menggunakan api perlahan sehingga cheese cair.
2. Masukkan butter dan kacau rata sampai adunan semua cair dan sebati. Tutup api dan biarkan sebentar.
3. Pukul telur putih dan gula sehingga menjadi meringue.
4. Dalam bekas lain, pukul telur kuning dan esen vanilla sehingga kembang.
5. Masukkan telur kuning ke dalam adunan cheese yang awal tadi, kacau sehingga sebati.
6. Masukkan tepung sikit demi sedikit untuk pastikan adunan tidak berketul-ketul.
7. Masukkan meringue sedikit demi sedikit dengan cara kaup dan gaul secara ringan.
Cara bakar
1. Sapukan keliling loyang (spring form) dengan butter, bawahnya letak kertas minyak.
2. Panaskan air dan loyang di dalam oven terlebih dahulu sebab nak bakar guna kaedah steam bath.
3. Bakar pada suhu 170℃ selama 20minit, kemudian turunkan suhu kepada 140℃ selama 40 minit.

Bahan-bahan tu dari resepi asal tapi Fiza kurangkan sikit telur jadi 3 biji dan slice cheese Fiza guna 4 keping je. Kurangkan telur sebab tak nak bau hanyir telur kuat sangat dan kurangkan cheese sebab nak jimat. Hihi..cukup sekadar ada rasa cheese je sudah. Alhamdulillah kek menjadi cantik cuma potongan slice kek tak cantik sebab keluar oven je terus potong. Tak sabar² nak makan. Rasa dia setelah Fiza kurangkan telur dan slice cheese tu just nice rasa dia.

Disebabkan ianya dipanggil cotton cheesecake, tekstur dia tersangatlah lembut. Bila makan tu macam tak makan apa je. Rasa macam susah nak kenyang jugaklah makan kek ni. Itu yang laju je habis. Lagipun kek ni macam tak sesuai untuk simpan lama.


credit : Qalisya Lisya Illa‎

36 comments

  1. Waduh-waduh sedapnya kek tu Fiza...minta sepotong boleh hehehehe...PKP ni Sis belum ada try lagi buat kek, sebab orang yang suka makan kek tu tak balik huhuhu...tunggu anak tu balik, Sis buat kek nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak..nah, ambik sepotong dua :)
      buat kek ni kena ada penggemar kek baru laku cepat habis.

      Delete
  2. Kek ni gebu je. Ingatkan pakai keju krim tu rupanya keju keeping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pakai cream cheese pakai slice cheese je sebab slice je ada kat rumah. itu yang cari resepi mudah mudah je kak :)

      Delete
  3. ni antara kek yang terawal dicuba2 dulu..memang mudah dan sedap pulak tu hasilnya..

    ReplyDelete
  4. Kek ni lmbut & ringan..mmg tak puas makan satu slice, kena mkn byk 😅..gebu gebas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. ringan dan tak puas makan satu slice. hihi

      Delete
  5. Terbayang kelembitannya.. mesti sedap Ni..

    Jemput join segment mama.fiza

    ReplyDelete
  6. kek ni yg sy nak try buat time pkp. tp xda jual cheese la pulak. kena p pekan daerah sblh, tp kena redah roadblock pulak dah 😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna slice cheese mungkin lebih mudah dapat. takpe, sabar ye tunggu habis pkp nanti boleh cuba.

      Delete
  7. Guna slice cheese ye, menarik tu. In shaa Allah boleh dicuba, bahan2 dia pun takla susah nak cari kan.

    ReplyDelete
  8. Saya salu beli kat family Mart..huhu.oven takdak..tapi nanti one day nak try..nampak sedap sangat je tuhhh.heheheee...thanks share resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang family mart punya tak try lagi. Nanti nak cubalah jugak. Sama² :)

      Delete
  9. Gambar yang cantik pun dah buat rasa selera sangat..

    ReplyDelete
  10. hai nak puasa ni takleh dah nak tengok kek yang nampak sedap ni hehehe


    salam ramadhan al mubarak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puasa² boleh juga membuatnya nanti.

      Salam Ramadhan dan selamat berpuasa :)

      Delete
  11. kalau dulu2 rajin gak cuba buat cakes. now dah tak larat dah. masak2 je boleh lah.

    ReplyDelete
  12. adik pernah buat time birthday anknya..kakaknya tk try pn hehe

    ReplyDelete
  13. Yang ni sedaappp.. memang fave la ni. tp nya nak buat tu lah jenuh. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap memang sedap. Kena tunggu rajin lah baru dapat rasa. Takpun nak cepat beli je kan :)

      Delete
  14. teringin nk buat cheesecake, tpi asal saya buat kek je selalu tak jadi kak.. sedih saya :(

    ReplyDelete
  15. Okay,ramai dah org post pasal cheesecake ni...tp kurang rajin nak membakar guna oven..bolehlah cuba nanti bila ada duit lebih sbb cheese mahal.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari resepi yang kukus kalau tak rajin guna oven :)

      Delete
  16. Bahan dia senmg nak cari.boleh Cuba la.nnti

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.