Donut Pandan

Sunday, April 19, 2020

Sejak musim PKP ni semua orang jadi chef pandai masak macam-macam. Buat roti canai lah, buat kek lah dan paling laju buat resepi-resepi yang viral ni. Fasa 2 PKP haritu dah mula dah jemu dengan nasi dan lauk pauk. Kenalah cari idea buat makanan yang boleh mengenyangkan dan ada selera nak makan. Rasa macam dah lama tak buat donut.

Alang-alang buat donut tu sajalah cuba buat donut pandan. Daun pandan pun terlajak laris musim PKP ni boleh buat menu macam-macam. Buat sangkaya lah, nasi lemak hijau lah dan ni buat donut pandan pulak.  Mujur jugalah ada pokok daun pandan. Habis musim PKP confirm togel pokok pandan ni. Berguna juga tanam daun pandan, selalu dok ambil buat nasi lemak je. 


Donut Pandan

Saja mencuba buat donut pandan. Resepi tu macam resepi donut biasa je cuma tambah sikit air daun pandan. Daun pandan Fiza guna 5 helai je. Tak berapa nak rasa pandan sangat dan warna pun macam pudar. Mungkin kalau tambah pewarna hijau nampak lagi cantik warnanya. Tapi takpelah, guna pewarna asli lagi bagus kan walaupun pucat sikit. Janji warna ada kira boleh lagilah nak namakan donut pandan. Fiza kongsikan resepi yang Fiza cuba ni dari youtube. Selamat mencuba!

credit youtube : buatoranglapo

44 comments

  1. looks so good. first time tau pasal donut pandan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada lama kot sebab kita tengok resepi pun dah ada yang buat :)

      Delete
    2. oh really. tp serious ni first time. maybe sbb xde org jual dekat my place so x pernah pun makan.
      ray jarang try and cri resepi baru so no wonder ray x tau hahaha. not someone who usually cooks or bakes.
      only masak benda yg nak makan je hehe

      Delete
  2. dapnya jugak ni. kenapa la ritu beli setandan daun pandan tak terfikir~~ last buat pewangi dapur ngan bilik air. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh start memanam pandan ni aien. macam² nanti boleh buat akan datang

      Delete
  3. uishh teliur pulak nampak sis masak donut 🤤

    ReplyDelete
  4. Rajin Fiza. Semua kreatif guna bahan atau tanaman yang ada.

    ReplyDelete
  5. ummi baru buat donat pandan.. adoi kebetulan sgt dgn fiza ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama pulak ye menunya..tapi ni menu beberapa hari lepas :)

      Delete
  6. Buat topping sangkaya ala2 big apple pas ni Fiza. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangkaya haritu dah buat..sedap juga tu kan. thank you for your idea Sal :)

      Delete
  7. Cantiknyaaa donut! Saya suka kuih muih warna hijau2 ni 😍

    ReplyDelete
  8. Pernah makan donut pandan memeber office bagi memang sedap.
    Musim PKP ni semua nampak sedap

    ReplyDelete
  9. Macam empuk sangat kek hatiku nih ya. Mumpung lockdown maybe bakal eksekusi nih

    ReplyDelete
  10. Kebetulan dikebun rumahku juga ada daun pandan .., donat enak ini bisa untuk dipraktekkan.

    ReplyDelete
  11. eh nmpk sedap la.. sbb kaler hijau kot ^_^

    ReplyDelete
  12. Betul..ramai sungguh berkongsi photo makanan di socmed..nmpk gebu gebas donut tu..sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay juga tu dapat bagi idea nak masak apa. Terima kasih, syukur menjadi gebu gebas donut ni.

      Delete
  13. cantik.. sesekali pelbagaikan mesti jadi kesukaan anak-anak..
    nampak sedap donut berwarna hijau..

    ReplyDelete
  14. saya surrender buat2 donat ni tau xkan menjadi.
    xdakkkk bakat buat kuih haha..

    ReplyDelete
  15. Ini pun termasuk dlm list menu hakak hari tu cuma bukan donat pandanlah....Tak de pandan hihi
    epas ni nampaknya dah boleh meniaga donatlah Fiza hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..berniaga tu tidaklah.buat makan sendiri je ni.

      Delete
  16. cantik kejadiannya tu...mesti wangi bau pandan bila makan...nyum nyummm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..bau wangi pandan memang best. Bangkitkan selera makan lagi.

      Delete
  17. Ya Ammpunnn.sedapp nampak..kalau lembut..lagiiii sedapppp ui...

    Teringin pulakk tiberghh.tak pernah rasa pandan punyaaaa.....

    ReplyDelete
  18. Kenape banyak sangat gambar makanan kat blog ni?? menggugat iman betul la.. kembali terasa lapar.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tengah musim makanan Lea. Ini je lah modal yang ada nak update blog. huhu

      Delete
  19. Tergoda tengok donut gebu gebas tu :)

    ReplyDelete
  20. Haaa...haritu ada nak buat donut pandan guna resepi BOL tu tp ada bahan susah nak cari,kita buat lepas habis pkp la nampaknya

    ReplyDelete
  21. Semalam gi Tesco, nampak donut oren... tapi tak beli sebab dah kenyangggg.. next time try

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.