Resepi Sambal Udang Mudah Masak Cara Fiza

Thursday, April 30, 2020

Resepi Sambal Udang Mudah Masak Cara Fiza | Baru hari kedua puasa dah pening nak masak apa. Asyik ayam je. Jemu pulak. Mujur ada stok udang dalam peti ais. So cadang nak sambalkan aje udang-udang tu. Sambal udang ni lagi sedap kalau di kawankan dengan petai. Lagi bertambah selera makan. Sebusuk-busuk petai tu kalau dia ada jadi sesedap masakan lah. Itu kata-kata penggemar petai. Yang tak suka petai tetap cakap tak sedap. 

Masak sambal udang 10 minit lagi nak berbuka pun sempat lagi nak masaknya. Dengan syarat bahan-bahan dah ready lah. Tapi takdelah buat macam tu. At least setengah jam lah nak siapkan bahan-bahannya sekali. Kalau dah siap bahan-bahan tu lain cerita lah tinggal campak-campak masuk dalam kuali je.

Resepi Sambal Udang Mudah Masak Cara Fiza


Bahan-bahan
Udang
2 labu bawang besar 
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
garam secukup rasa
gula perang 1 sudu
1 sudu kicap
3 sudu minyak menumis
1 keping asam keping

Cara-cara
Tumbuk kasar atau kisar kasar 1 biji labu bawang besar, 2 ulas bawang putih dan halia. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi. Dah naik bau, baru masukkan cili kisar dan sos cili. Gaul rata dan biarkan garing. Kemudian baru masukkan udang. Gaul rata lagi baru masukkan garam, kicap, gula perang dan asam keping. Bila hampir masak tu baru masukkan bawang potong yang sebijik lagi tu. Kalau buat sambal, Fiza suka potong bulat. 

Nak pedas, tambah cili api. Fiza jenis suka buat cili kisar guna cili kering pedas. So tak perlu tambah cili api dah. Dan kalau nak berkuah sikit tambah je air. Fiza tak tambah air sebab taknak sambal cair. Kalau malas nak blend atau tumbuk, kau orang potong potong je bahan menumis pun okay je. Cuma dia lagi sedap kalau bahan-bahan tu ditumbuk menggunakan lesung batu. Hari kedua masih mengekalkan salad sebagai ulaman. Tak perlu masak sayur dah.


25 comments

  1. Replies
    1. Kann..petai takde pulak. kurang kick sikit tapi masih sedap :)

      Delete
  2. tq for sharing. trus t'inspirasi nak buat sambal udang petai utk iftor. ;D

    ReplyDelete
  3. lame xmakan seafood sb tempat seafood mentah murah ummi slalu pergi jauh xlepas had perjalanan hehe.. musim pkp ni cari ikan dgn ayam je huhu..boringkn fiza,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan, nak cari stok barang basah skang susah nak dapat. Beli apa yang ada je lah. Janji kenyang.

      Delete
  4. Lihat fotonya saja aku sudah kebayang enaknya sajian udang .. heuum ..., bikin makan jadi tambah lahap :)

    ReplyDelete
  5. Wahhhh. Sedap febret ejulz ni hehe

    Jemput join segmen ni k. Ucapan kata semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  6. Fiza ada guna gula perang. Ok tahu cara Fiza.

    ReplyDelete
  7. Betul tu Nurul pun dah bosan asyik ayam je. Sedap pulak nampak sambal udang tu. Dugaan baca post ni siang hari T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ujian bulan puasa banyak menu makanan dalam socmed. sabar sabar.

      Delete
  8. ada org letak santan kan.. mama punya style mcm fiz juga xde santan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul ada yang suka letak santan. Fiza jimat santan, so xmasukkan dan kurang suka letak santan kalau sambal macam ni.

      Delete
  9. ni pun dah lama tak buat dan tak makan...nak beli udang, mahal lah..haha!

    tak makan petai, jadi setuju dengan ayat terakhir dalam perenggan pertama..hahahahahhahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. udang makan sesekali je. Nak makan selalu memang tak memang mahal udang skang. Hahaha..mesti setuju punya.

      Delete
  10. Ramadan ini, sambal memang sedaplah.. membuka selera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat membuka selera kalau ada menu bersambal ni.

      Delete
  11. sambal udang dgn petai mmg sedapp., ;p

    ReplyDelete
  12. Sedapnyaaa sambal udang... yang berasaskan sambal.. semua sy sukaaaa

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.