Resepi Ikan Cencaru Bakar Bersambal Dan Kacang Goreng Campur Telur Masak Cara Fiza

Thursday, April 30, 2020

Resepi Ikan Cencaru Bakar Bersambal Dan Kacang Goreng Campur Telur  Masak Cara Fiza | Ayam sudah, udang pun sudah. Sekarang giliran ikan cencaru pulak ambil alih untuk menu berbuka 3 Ramadhan. Ikan cencaru bakar dengan sambal lagi sedap rasanya daripada dibakar kosong dengan garam dan serbuk kunyit. Bila bersambal tu tak payah dah  nak buat air cicah asam atau sambal kicap. Sambal tu Fiza dah siapkan awal-awal sebelum puasa. Buat stok banyak sikit sebab nanti senang nak bakar ikan, terus guna je.



Cara buat Sambal Ikan Bakar Masak Cara Fiza
Blend 2 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia dan 1 batang serai. Tumiskan sampai naik bau, baru masukkan cili kisar dan juga sos cili. Bila dah garing tu masukkan air asam jawa, garam, gula perang dan kicap sikit. Kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak. Bila dah masak biarkan sejuk baru masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Kau orang adjust lah ikut citarasa masing-masing. Fiza suka guna gula perang sebab warna sambal nampak lagi cantik.

Kalau tak nak sambal tu hangus masa ikan dibakar, kau orang boleh bakar dulu ikan cencaru dengan garam dan serbuk kunyit dulu. Bila hampir nak masak tu, baru letak sambal tu dan biarkan masak sekejap. Fiza masak guna kuali ajaib tu dan bungkus ikan dengan aluminium foil. Kalau ada daun pisang lagi sedap. Masak ikan bakar 15 minit baru terbalikkan dan sambung lagi masak 10 minit untuk sebelah lagi.

Hari ketiga baru Fiza masak sayur kacang panjang campur telur. Tukar salad kepada sayur bergoreng pulak. Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Masukkan kacang panjang dan pecahkan sebiji telur. Masukkan garam dan serbuk kunyit. Gaul rata dan biarkan masak sekejap. Kalau goreng kacang panjang, Fiza suka goreng sekejap je sebab suka makan sayur rangup.

29 comments

  1. baru teringin cari bersambal fiza dah buat dulu hihi. sedap laum menu fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, pasni boleh buat mamapp. Sedap makan panas-panas :)

      Delete
  2. sedapnya fiza! dah lama tak buat ikan bakar sambal macam ni ha..ri tu nak beli caru, habis pulak kat maslee...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni kalau ada stok ikan cencaru beli kak. Boleh buat ikan bakar. Musim PKP semua makanan terlajak laris takde stok.

      Delete
  3. Kelmarin saya berbuka ikan cencaru sumbat.
    Ikan cencaru bakar simple saya suka.
    Done follow blog ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cencaru sumbat goreng ke bakar tu? Sedap juga. Terima kasih follow dah follow blog Redza juga :)

      Delete
  4. ikan cencaru mmg sedap masak bersambal atau sumbat sambal dengan kelapa...mmg layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sesuai untuk dibakar. Harga pun lebih murah :)

      Delete
  5. sedapnya, timm dekat rumah ni dah gantung kuali periuk semua org bagi lauk jer..

    ReplyDelete
  6. Samalam baru buat ikan cencaru bakar..heheh..suka tengok resepi dalam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan cencaru bakar favourite orang ramai. Terima kasih awak :)

      Delete
  7. sedapnya. Terliur pula tgk sebelum berbuka ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jadikan sumber idea untuk masak berbuka nanti :)

      Delete
  8. Sambil temgok gambar tu, sambil telan air liur weyyy..sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  9. kacang goreng campur telur, wow menarik. nak try jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Ray, selalu juga masak camtu. Nanti cuba tau :)

      Delete
  10. kak, tuh sayur kacang panjang juga tampak sedap ! ahaha

    ReplyDelete
  11. Sedap tu ikan cencaru bakar bersambal... petang tadi kami buka puasa makan nasi, lauk ikan cencaru sumbat kelapa. Boleh cuba nanti resipi cencacru bakar bersambal... tq for sharing yea.

    ReplyDelete
  12. warna sambal lagi cantik ye kalau guna gula perang.. nak kena cuba juga nie..

    ReplyDelete
  13. sedapnye ikan cencaru bakar bersambal.. ;p

    ReplyDelete
  14. kacang panjang masak dgn telur dadar pon menyelerakan., ;p

    ReplyDelete
  15. Pelbagaikan sayur... sihat menu gini..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.