Dapat Free Face Mask 3ply Sumbangan Kerajaan Malaysia

Tuesday, April 28, 2020

Sejak musim Covid-19 ni face mask 3 ply ni jadi rebutan ramai sampai habis stok sana sini. Kebanyakkan farmasi pun dah tak ada stok face mask ni. Dalam masa yang sama, banyak juga peniaga yang ambil kesempatan jual face mask dengan harga mahal. Memang untung gila-gila jual face mask sedang tengah musim Covid-19. Bab harga ni tak tahu lah nak salahkan siapa. Memang waktu terdesak macam ni, nak tak nak kena beli juga untuk keperluan. 



Ada juga peniaga yang menipu, kononnya jual face mask 3 ply. Sekali bila pembeli terima bungkusan rupanya face mask buat sendiri dan ada juga yang dapat barang lain. Allahu, kenapalah manusia suka ambil kesempatan atas apa yang berlaku. Mujur sekarang stok face mask dah mula ada dalam pasaran semula. Kalau nak beli tu, belilah pada seller yang boleh dipercayai. Lagi bagus beli pada seller yang kita kenal. 

Fiza tak pernah lagi beli face mask online sebab ada stok face mask N95 musim jerebu dulu tu. Bolehlah buat guna masa keluar beli barang kejap sementara. Beberapa hari lepas baru dapat face mask 3 ply sumbangan kerajaan Malaysia. Kau orang dah dapat ke belum? Ada yang dah dan ada yang belum. Agihan secara berperingkat mengikut tempat.

Sumbangan seperti ini sangat membantu rakyat memandangkan face mask sukar didapati di pasaran dan harganya mahal. Tak semua orang mampu membeli dengan harga yang mahal. Sekurang-kurangnya dengan sumbangan face mask 3ply ni dapat menangani isu covid-19 dari terus merebak. Terima kasih Kerajaan Malaysia. 

21 comments

  1. semua org dpt free camni kanns.. patutnye bagi awal2 dulu.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye wak, semua dapat. Itulah kan, kalau dapat dari dulu lagi bagus. Tapi iyelah kan, semuanya tak terjangka.

      Delete
  2. Belum dapat lagi tapi kitorang memang ada stok mask.
    Dari dulu memang amalkan guna bila nak pergi klinik kalau tak sihat pakai mask.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap dapat juga nanti. Bagus kak dah ada stok senang tak perlu nak mencari cari face mask.

      Delete
  3. timm pun ada receive jugak bantuan topeng muka 2 minggu lepas. oklah kan, timm beli yg jenis kain punya. lepas guna terus basuh jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur dah dapat juga. kalau pakai Jenis kain tu kena pakai filter juga kan?

      Delete
  4. i beli kat shopee. harga dasat. tp, quality a bit low sbb tali senang putus. hu3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhaiii, sedihnya bila seller jual barang main jual je tak fikir quality. Sabar je lah kan.

      Delete
  5. Waduh, masih ada saja ya oknum yang berani memanfaatkan kedaaan menjual masker yang tak sesuai deskripsi.
    Harus ditindak pelaku seperti itu.o

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada. Itu normal bila terdesak. Tapi sekarang mungkin dah berkurang seller begitu sebab stok face mask dah kembali banyak di pasaran.

      Delete
  6. Dah dapat dah, Alhamdulillah.
    Malas lagi nak beli online sebab ramai sangat seller yang mengambil kesempatan di atas kesempitan kita haih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah dapat. Sama! Malas nak beli online sebab tak berbaloi untuk rakyat marhaen T_T

      Delete
  7. wahhh di dalam pandemi gini, masih ada aja orang baik ya... alhamdulillah keren

    ReplyDelete
  8. Hanya guna bila g beli barang walaupun sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Sal. Guna bila keluar beli barang atau ada urusan luar.

      Delete
  9. face mask akak tinggal satu je ni yang msih dalam plastik..kalo keluar lagi ke maslee kang, habis lah face mask nye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena restock face mask tu kak..harap ada jual kat farmasi standard harga.

      Delete
  10. semua org dpt free facemask 3ply nih., ;p

    ReplyDelete
  11. skrg face mask pon dh murah x mcm mula2 pkp dulu..

    ReplyDelete
  12. Untungkan... govern prihatin jugak.. skrg.. banyak dah.. sy suka loop mask.. sonanggg

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.