Small Office Home Office (SOHO) Yang Agak Menyepi Seketika

Wednesday, April 29, 2020

Selamat pagi semua. Tiba-tiba dah hari rabu. Mujur masih ingat hari apa. PKP hari keberapa jangan ditanya sebab dah malas nak mengira hari. Dan dah terbiasa dengan suasana sekarang. Ye, kita perlu redha dengan apa yang berlaku. Sejak PKP ni, ramai yang terkesan dengan kehilangan sumber pendapatan terutamanya yang berkerja sendiri. Fiza pun merasainya juga.

Tempahan sampul duit raya hipster terpaksa Fiza hentikan buat masa ni atas sebab tak boleh nak keluar ke kedai. Kedai printing pulak jauh kena rentas sempadan negeri. Nak merentas sempadan negeri bukan mudah masa PKP ni. Kedai pun tak pasti bukak ke tidak. Tambah lagi, raya pun samar-samar lagi kan. Kiranya ini keputusan yang tepat. Demi keselamatan juga dan segala bayaran akan dipulangkan semula. Moga ada rezeki yang lebih baik dimasa akan datang. Aamiin...


Tempahan design buat masa ni Fiza pun agak slow juga. Entah kenapa mood nak mendesign tu agak terganggu sikit. So sunyilah sikit SOHO Fiza ni di musim PKP. Lebih kepada update blog dan blogwalking dan kerja editing gambar sendiri je lah. Nak photoshoot pun sekarang tengah musim hujan. Lighting tak on point. Tandanya kena rehat dulu tu.



Walaupun SOHO agak sepi tapi pokok-pokok ni tak pernah sepi. Semakin membesar dan bertunas baru dengan jayanya. Tengok pokok-pokok hijau ni, rasa bahagia walaupun tak ada idea nak nak dicurahkan. Sepi tu kerja Fiza je, husband masih dengan mood #roadtophd yang perlu diteruskan.

21 comments

  1. mesti segar je kan SOHO sis ni. ada pokok2 yang menemani~

    ReplyDelete
  2. walaupun gambar gelap tapi nampak cantik dan kemas workstation awak.. hee~ kakak suka ada pokok2 segar, nak dok lelama main laptop pun seronok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ambil gambar kena kemas-kemas dulu. Hihi.cubalah tanam letak kat workspace :)

      Delete
  3. Moga rezeki sampul surat tu rancak semula pada bila Covid-19 berakhir. Takpe buat lain dulu. Tukar-tukar tugasan.

    ReplyDelete
  4. timm dekt kulim ni pun hujan bukn main, sejuk je puasa! weee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah puasa musim sejuk ni kurang sikit dugaan dia.

      Delete
  5. wah..patut gmbr lawa2 ..designer rupanya

    ReplyDelete
  6. tengok pokok2 hijau, rasa tenang fikiran...semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  7. Mungkin PKP ni peluang untuk Fiza berehat. Apa pun semoga Allah murahkan rezeki. Lepas ni mana tau dapat lagi banyak.

    ReplyDelete
  8. kita #roadtophd gak tapi kategori #sohoyangsepi..bergabung, macam mana ni? hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bergabung macam tu tak tahu nak habqa lagu mana. hihi

      Delete
  9. gmbr dgn black background pon mmg ohsemm., ;p

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.