Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Monday, March 30, 2020

Seperti semua orang tahu dan semua orang faham, Perdana Menteri dah umumkan tentang pakej rangsangan Ekonomi Prihatin untuk seluruh rakyat Malaysia. Ye, untuk semua rakyat Malaysia yang rasa-rasa dia dalam kategori yang layak. Maka, bolehlah mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Jangan gaduh-gaduh. Sebelum nak mohon, check dulu siap-siap syarat dan kelayakan untuk mohon tu. 



Okay baik, sesudah itu bolehlah layari web rasmi LHDM iaitu https://bsh.hasil.gov.my untuk membuat permohonan. Sekiranya kau orang macam mak kiah yang dapat bsh tak perlu mohon sebab duit akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank. Begitu juga kalau suami mak kiah berdaftar dengan LHDN yang membayar cukai, juga tak perlu mohon dan akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank. 

Bila masa akan dibayar tu, seperti yang telah diwar-warkan akan diberikan pada hujung bulan April dan selebihnya pada bulan Mei. Sabar ye semua. Jangan rebut-rebut pergi office, kalau dah semua serbu LHDN serbu BSN, serupa tak payah susah payah PKP ni. Apa-apa roger office je okay kalau tak sabar nak tanya. Jangan keluar rumah, buat secara online je bermula 1 April 2020 nanti.

17 comments

  1. kalau dah ada akaun LhDN x payah apply ape2 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, xyah apply kalau dpt bsh ngan bayar cukai LHDN.

      Delete
  2. semoga bantuan kerajaan ni dpt digunakan sebaiknya

    ReplyDelete
  3. Moga dipermudahkan urusan kita semua..

    ReplyDelete
  4. Sesiapa yg kayak Tu jgn lepaskan peluang ni

    ReplyDelete
  5. memang jammed website lhdn tu ha..hahhaha

    ReplyDelete
  6. sesak betul laman sesawang lhdn ini.. hehehe

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah., wak dpt bantuan prihatin jugak nih., ;p

    ReplyDelete
  8. skrg org sibuk kejar KWSP pulak., huhuhu

    ReplyDelete
  9. Syukur.. dapat jugak dah... terbaikkkk. hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.