Churros Rangup

Thursday, April 23, 2020

Churros viral tak? Tak kot kan? Satu masa dulu pernah viral dan penah cuba buat. Kalau cari balik resepi churros dalam entri lama tahun 2014. Tahun 2014 tu pertama kali buat churros. Lepas tu tak buat dah, mungkin malas mungkin juga dah cuba sekali lepas tu tak nak buat dah. Ternampak ada yang share kat social media, dan dan kau rajin nak buat jugak.

So selepas 6 tahun kita mengchurros lagi lah. Alang-alang tengah rajin dan ada bahan-bahannya cukup. Pulak tu dah janji dengan husband nak buat kan. Kira kena buat jugaklah untuk minum petang semalam. Ternyata masih ada bakat buat churros dan masih menggunakan resepi lama. Boleh rujuk resepi churros rangup mudah dalam entri lama.

Churros Rangup

Okay takpe, Fiza copy paste semula resepi tu kat sini. Tahu dah kau orang mesti malas nak klik klik ni. 

Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar butter
1 cawan air
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla
1biji telur
Nozzle muncung bintang
Piping bag
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-Cara:
1. Didihkan air, masukkan butter, gula dan garam . Kacau sebati dengan api yang sederhana
2. Perlahankan api, masukkan tepung sikit² atau dengan cara mengayak supaya tepung tak berketul². Kacau sehingga rata dan tutup api.( Agak berketul sikit tapi jangan risau dah uli nanti okaylah). Biarkan sejuk kejap.
3. Masukkan telur yang telah dipukul kembang terlebih dahulu. Kemudian masukkan esen vanilla dalam adunan tepung tadi, uli sebati gunakan tangan bila adunan dah sejuk sedikit.
4. Masukkan adunan dalam piping bag
5. Kalau nak cantik, piping kan dulu atas parchment paper/baking paper sebelum goreng. Kalau dah pro, terus piping dalam minyak masak yang telah dipanaskan dalam kuali.
6. Bila dah warna keperangan tu, angkat dan toskan.

Churros Rangup

Taburkan gula kastor atau buat chocolate dip. Memang sedap. Jangan lupa secawan kopi juga untuk hidangan minum petang. Kalau ada cinnamon powder ke caramel ke sedap juga. Sesekali tu bolehlah layankan tekak sendiri. Nak membeli musim PKP ni memang susah sikit lah. 




View this post on Instagram

A post shared by フイザ (@azhafizah.mn) on

38 comments

  1. Memang sedap makan yang ada taburan kulit manis.

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak. niat nak buat tu dah lama. tapi tak buat-buat. hehe. nak cuba resepi akak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan mencuba. Nak nampak lagi jelas boleh tengok youtube ada banyak resepinya.

      Delete
  3. Rajinnya mengchurros. Suka makan, tapi belum pernah buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba datang mood rajin tu kak. Nanti boleh cuba buat churros sendiri pulak kak :)

      Delete
  4. Heee, malasnya nak buat ya Allah. La ni nak makan je. Haha

    ReplyDelete
  5. Memang sedap bila buat. Tak puas makan. tp puashati lagi dari beli. hihi

    ReplyDelete
  6. aaa sukanya churros! selalu beli kat churrostime
    cicah pulak dengan chocolate dip memang bestt

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. tu yang tidak pastu tuuuu. ahahakss. mudah2an rajin la nanti nak buat ni hehe

      Delete
  8. Masha Allah, sedapnya :)
    Saya jadi teringat beberapa keluhan netizen Indonesia tentang Churros begini.
    Selama pandemi dan mereka di rumah saja, banyak yang coba bikin Churros, lalu tidak berhasil, malah penampilannya sangat tidak cantik hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, bila di rumah aja excited nak mencuba bermacam-macam resepi dan bermacam-macam rupa yang tak menjadi tu.

      Delete
  9. Sedapnya...dulu mak pernah sruuh buat tp tak sempat lagi..nantilah bila ada masa. hehe

    ReplyDelete
  10. pernah makan sekali dekat food review, sedap jugak benda ni..tapi nak buat sendiri tu belum lagi..thanks tau share resepi, nanti boleh cuba!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang jual selalunya memang sedap. Selamat mencuba :)

      Delete
  11. Pandai dan rajin Fizah buat churros. Kalau saya memang tak lah. Tunggu pkp habis, g kedai beli.

    ReplyDelete
  12. to be honest, xpenah try lg mkn churros. tetibe rasa ketinggalan sgt. hu3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cuba rasa boleh cuba buat sendiri. Atau boleh cuba beli lepas pkp nanti :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.