Resepi Kek Milo Microwave 3 minit

Saturday, September 12, 2015

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Resepi Kek Milo Microwave 3 minit | Nampaknya menjadi viral jugak kek microwave 3 minit ni kan. Mana boleh tahan godaan bab makan ni. So mencuba jugalah tengah malam tadi. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya..habis semangkuk makan berdua. Senang betul nak buatnya. 

resepi-kek-milo-microwave-3-minit

Bahan bahan
2 sb tepung gandum
2 sb gula kastor
2 sb milo
3 sb susu segar
1sb minyak masak
1sk baking powder
1 biji telur

Cara²nya
1. Masukkan tepung gandum, gula kastor, milo, susu segar, minyak masak, baking powder dan telur. Dah masuk semua bahan dan kacau sebati.
2. kemudian masukkan ke dalam microwave selama 3 minit. Suhu yang Fiza set yang paling tinggi (high)

resepi-kek-milo-microwave-3-minit

Bila keluar oven dia naik sekali ganda dari adunan asal. Terbaik! Sorry bekas comot sebab kita kacau nak cepat kan. Ni pun first time. Nanti boleh buat leklok. hehe
resepi-kek-milo-microwave-3-minit

Nak rasa coklat, taburkan je chocolate rice kat atas ni.. kemain fluffy kek milo ni.
resepi-kek-milo-microwave-3-minit

Sedap! selain milo boleh jugak guna serbuk koko kalau nak buat kek coklat. Guna kaedah yang sama je!
resepi-kek-milo-microwave-3-minit

Nak lagi faham boleh tengok video bawah ni. 
Credit kepada owner video

Lepas ni tetamu datang buat kek ni je lagi senang kan.
With Love, Sihatimerahjambu

10 comments

  1. chocolate rice tu nampak lagi menggoda yummy ehe

    ReplyDelete
  2. jom GA ni...rm200 menanti anda!!!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete
  3. dah try jugak.. memang yummy.. tapi tgk letak coklat rice tu lagi yummy yummy.. hehe,,

    ReplyDelete
  4. sedapnya, tapi kena beli microwave dulu la kalau nk buat ni...

    ReplyDelete
  5. rumah xde oven.. bila ada mikrowave camni mmg senang la nak buat kek ni.. nyummm

    ReplyDelete
  6. haah, byk jugak nampak org share kat FB kek ni... tak try pun lagi...

    ReplyDelete
  7. resepi dah lama simpan tak try je lagik

    ReplyDelete
  8. nmpk sedappp..senang je nk buat nnt nk try laaaa..tq fiza ;)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.