Cara Menghalau Lalat

Cara Menghalau Lalat | Agak rimas kalau tengah menjamu selera tu lalat datang tanpa di undang. Rimas jugak nak menghalau tu kan. Tak bolehlah dibiarkan je lalat tu hinggap kat makanan sebab lalat ni sejenis serangga yang kotor boleh menyebarkan penyakit. Ini kerana lalat yang suka terbang ke tempat yang kotor seperti tempat sampah, tandas, tempat yang busuk dan sebagainya.
cara-menghalau-lalat
Sumber dari google

Paling bahaya kalau bila lalat dah hinggap kat makanan dan bertelur. Telur lalat yang boleh menyebabkan penyakit lain pulak yang datang nanti jika kita termakan makanan tersebut. So kalau ada lalat tu, cepat²lah kita halau sebelum dia datang lagi hinggap kat makanan tu.

Boleh cuba  Cara² menghalau lalat di bawah ni:

1. Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.

2. Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.

3. Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.

4. Ambik beberapa biji cili besar dibelah dua dan letakkan di atas meja.

5. Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.

6. Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.

7. Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.

Untuk mengelakkan lalat datang lagi, pastikan kita amalkan kebersihan luar dan dalam rumah. Pastikan sampah sentiasa di buang di dalam tong sampah yang bertutup.

sumber dari facebook Rahsia Hawa

14 comments:

  1. sebut pasal lalat ni, tempat cik en memang daerah yg penuh dengan lalat.. ahhha. nk tau daerah mana? daerah manjung.. sni sentiasa ada aduan dan jabatan cik en salah satu jabatan yg bertanggungjawab dalam menangani masalah ini. Mungkin salah stu faktornya dalah ladang ayam yang banyak di daerah ini. tapi ada stu tips cik en baca kat fb, letakkan air bewarna merah di dalam botol lutsinar dan letak atas meja.. tpi di tempat cik en mmg semua ni dah x leh pakai.. sbb lalat telah bermaharaja lela..

    ReplyDelete
  2. Singgah petang...
    Selalu buat yg lilin tu je....
    tapi mak kata skrg nie mmg banyak lalat laaa...musim..

    ReplyDelete
  3. bab nyala lilin tu bahaya skit..hat lain nmpk ok =)

    ReplyDelete
  4. paling tak suka bila lalat banyak...thanks for sharing fizah...

    ReplyDelete
  5. tips terbaik niii.. boleh cuba nanti.. serius memang tak suka lalat mai terbang2 tima makan.. geli dan kotorr

    ReplyDelete
  6. wah, menarik ni, boleh cuba buat dirumah, baru la lalat x bnyak kat rumah kan...

    ReplyDelete
  7. petua yang bagus..kat sini kadang-kadang banyak lalat hinggap

    ReplyDelete
  8. yes bab jaga kebersihan tu yg utama.
    letak pe pun atas meja nak halau lalat, tapi kotor, tak guna!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.