Jersey Abstrax™ Malaysia airline

Friday, September 18, 2015


Jersey Abstrax™ Malaysia airline | Sempena Merdeka ke 58, Abstrax Jingga ada buat Midnight Sale dari 10pm (15 Sep 2015) sehingga 2 am (16 Sep 2015) di mana harga Sale adalah RM58 untuk setiap helai jersey tak kira lengan pendek atau panjang tetap sama harga. Perghh..bila dengar berita baik tu memang get ready awal nak membeli secara online.

Memang dah lama teringin nak beli, so bila ada sale ni haruslah grab cepat kan! Alhamdulillah dapat buat order beli sepasang dengan husband. Beli yang jersey hitam ni. Next time nak beli yang putih pulak. 
jersey-abstrax-malaysia-airline
Sumber gambar dari abstrax Jingga
Hari ni dah selamat sampai jersey idaman ni. Esok² boleh pakai support team dalam Piala Malaysia. Sebab jersey club takde..So kira semangat Malaysia je lah boleh? Lepas ni nak beli jersey JDT pulak. Kemain semangat lagi kan!
jersey-abstrax-malaysia-airline

Setiap pembelian Tshirt akan dapat 1 sticker Abstrax,1 sticker aeroplane yang comel dan juga certificate Of Authenticity. Sangat berbaloi membeli. Belilah yang original!
jersey-abstrax-malaysia-airline

Make sure sebelum beli check size dulu ye. Beli size besar sikit dari ukuran. Kalau lebih sikit tak rugi beli. Kalau kecik tak muat, rugi pulak kan. Satu lengan pendek, satu lengan panjang. Untuk perempuan, senang beli lengan panjang, tak perlu pakai baju inner.
jersey-abstrax-malaysia-airline

Thank you abtrax Jingga, sangat puas hati membeli. Lepas ni shopping lagi!
jersey-abstrax-malaysia-airline
Ada banyak lagi Jersey dan Tshirt yang smart² design. Dah bookmarked mana nak beli. Beli online je la. Nak pergi store dia agak jauh. Siapa dekat dengan store boleh terus pergi je. Kalau jauh tu beli online je la kan. Untuk pembelian dan pertanyaan boleh rujuk di link bawah ni.

Website : www.abstraxjingga.com @ shop.abstraxjingga.com
Fanpage : www.facebook.com/abstraxjingga
ABSTRAX CONCEPT STORE SHAH ALAM (Co Reg No: 002161045-X)
D-20-1 & D-20-2, Jalan Serai Wangi M, 16/M
Alam Avenue 2, Seksyen 16
40200 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Call: 03-55244248

ABSTRAX CONCEPT STORE BANGSAR (Co Reg No: 002161045-X)
18-A, First Floor, Jalan Bangsar, 
59200 Wilayah Persekutuan 
Kuala Lumpur

review ikhlas dari Azhafizah MN

5 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.