Jatuh Cinta Dengan Keindahan Tadom Hill Resorts

Wednesday, September 09, 2015

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Baru baru ni agak menjadi viral Tadom Hill Resorts yang terletak di Banting, Selangor. Melihat gambar keindahan Tadom Hill Resorts memang boleh buat jatuh cinta. Tempat yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga di hujung minggu. Bila dah menjadi viral ni, of course lah tempat ni akan sesak.

Tadom Hill Resorts

Dikelilingi tasik biru hijau yang cantik serta permandangan yang indah, Tadom Hill Resort merupakan tarikan baru di Malaysia terutamanya kepada mereka yang gemar menikmati keindahan alam semula jadi yang sangat mendamaikan.

Tadom Hill Resorts

Antara aktiviti yang yang boleh dilakukan disini ialah berkhemah, berkayak serta bermandi-manda di tasik berkenaan serta berpeluang untuk bertemu orang asli serta memahami kebudayaan mereka. Sempena pembukaan rasmi, penganjur Resort menawarkan 3 jenis pakej penginapan iaitu Tadom Hammock Sphere, Tadom Tent Sites, Bamboo Hut pada harga yang berpatutan. Nampak macam menarik segala aktiviti di sini kan? Jom layan gambar pulak. Dan for sure korang juga akan jatuh hati.

Tadom Hill Resorts

Tadom Hill Resorts

Tadom Hill Resorts

Tadom Hill Resorts

Tadom Hill Resorts

Tadom Hill Resorts

Tadom Hill Resorts
Sumber dari google

Lepas ni bolehlah plan pergi sini pulak kan.

Lokasi: Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor, Malaysia
Phone:+60 3-7986 0076
With Love, Sihatimerahjambu

15 comments

  1. Salam singgah pagi...
    teruja tengok tempat nie...

    ReplyDelete
  2. opsss, kat selangor.....bile nk sampai lah ni, hahaha..johor tkde ker cmnih, sobsss

    ReplyDelete
  3. banyak jgk nampak and share pasal ni kat FB.. cantik tempat ni...

    ReplyDelete
  4. wah baru tau kat banting ada tempat menarik...

    ReplyDelete
  5. saya dah pergi... memang menarik tempat ni... recommended sesangat
    http://blog3kaki.blogspot.my/2015/09/tadom-hill-resort-banting-weekend.html

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.