Hukum Puasa 6 dengan Puasa Ganti

Selepas berpuasa wajib di bulan Ramadan, umat Islam juga digalakkan menunaikan puasa sunat enam (6) di bulan Syawal. Sudah pasti ramai yang merebut peluang ni untuk berpuasa enam kerana ganjarannya seolah-olah berpuasa setahun. 

Daripada Abu Ayyub Al-Ansari ra, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.—Hadis Riwayat Muslim, No. 1164

Menurut Imam Nawawi, Hadis di atas jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam alSyafi‟e, Imam Ahmad, Daud dan ulama yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari pada bulan Syawal.

Puasa enam (6)

Puasa enam dilakukan dalam bulan Syawal selama 6 hari  yang boleh dilakukan secara berturut-turut, berselang-seli atau mana-mana hari dalam bulan Syawal selepas 1 Syawal (hari pertama Hari Raya Aidilfitri).

Akan tetapi cara yang paling afdhal adalah dilakukan secara berturut-turut selepas 1 Syawal, iaitu bermula pada 2 Syawal.

Hukum Puasa 6 dan Puasa Ganti

Niat puasa sunat 6 di bulan Syawal dan Niat gabung puasa ganti

Niat Puasa 6

نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى
Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala

Maksudnya : Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala

Niat Gabung Puasa 6 Dan Puasa Ganti (Qadha)

Cara lafaz niat bagi puasa ganti (wajib) dan puasa-puasa sunat yang digabungkan:
Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.

 

Cara melakukan puasa sunat enam

  • Secara berturut-turut (paling afdhal)

Dilakukan sebaiknya bermula 2 Syawal

  • Secara berselang-seli

Berpuasa sama ada selang sehari, selang dua atau tiga hari sekali selama enam hari dalam bulan Syawal.

  • Mana-mana hari

Boleh juga dilakukan dalam mana-mana hari dalam bulan Syawal.

Hukum menggabungkan niat puasa 6 Syawal dengan puasa qadha' (ganti)

Boleh ke gabung puasa 6 dan puasa ganti? Persoalan yang sering menjadi tanda tanya kerana terdapat pelbagai hukum dan fatwa.

Hukum menyatukan puasa qadha’ dengan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal atau hari-hari lain yang disunatkan berpuasa adalah harus dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya, namun ganjaran tersebut tidaklah menyamai ganjaran pahala seseorang yang telah menyempurnakan puasa sepenuhnya daripada sebulan Ramadhan.

Menyegerakan qadha’ puasa itu adalah amalan yang terpuji dan dituntut oleh syarak kerana pahala ibadah puasa tersebut hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui dan akan memberikan ganjarannya.

Oleh itu, amalan berpuasa sunat ini amat digalakkan oleh setiap Muslim sebagai rutin dan kelaziman kerana berpuasa itu akan memelihara seseorang daripada segala sifat keji dan mungkar, mendorong untuk mengerjakan amalan kebaikan yang lain serta dapat menampung kekurangan daripada puasa wajib yang telah dilakukan.

Rebutlah kelebihan Syawal dan bersegeralah tunaikan puasa 6 secepat mungkin. Sesuai dengan Firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 133, yang bermaksud “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.”

Lebih afdhal sekiranya mengasingkan puasa qadha dengan puasa 6 pada bulan syawal. Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif.
sumber : 
1. http://myhadith.islam.gov.my/index.php/bm/semua-mutiara-hadith/996-puasa-sunat-6-syawal
2. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3458-al-kafi-1275-bolehkah-niat-puasa-enam-dan-puasa-ganti-secara-serentak
3. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3458-al-kafi-1275-bolehkah-niat-puasa-enam-dan-puasa-ganti-secara-serentak

10 comments:

  1. Tahun ni saya kena ganti satu hari. Hari tu dah tak tahan sakit. Dr. Dah refer ke hospital, tapi saya tahan makan ubat dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah memudaratkan takpe tak puasa. Kenalah mengganti nanti.

      Delete
  2. Insya Allah akan dilakukan nanti.

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk perkongsian.... insyallah tahun ni akan cuba pasa 6 lagi macam tahun lps, tapi tak la 2syawal dah mula puasa. Abah akak 2 syawal dh mula puasa 6 pastu nnti raya ke 8 nnti dia sambut raya lg hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun biasa lewat sikit selepas 2 Syawal tu. Mak mentua saya sama macam abah akak, 2 Syawal dah start puasa straight. Cepat sikit rayanya nanti.

      Delete
  4. Moga dapat melakukan puasa 6 ni nanti....

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.