Beli 2 Pint Aiskrim Baskin Robbins Dapat Ceramic Scooper Percuma!

Sempena birthday adik ipar dan juga pada hari yang sama merupakan wedding anniversary mereka, saya belanja 2 pint aiskrim Baskin Robbins dengan perisa love potion dan very berry strawberry. 

Love potion sesuailah dengan acara birthday dan wedding anniversary. Very berry pula sebab favourite anak mereka yang sukakan strawberry.

Saya order dari kejauhan je menggunakan perkhidmatan perkhidmatan foodpanda. Sekarang ni dok jauh pun kita boleh meraikan sekali.

Masa pilih menu untuk adik ipar dan biras tu, saya perasan ada limited time offer package. Beli 2 pint aiskrim Baskin Robbins dapat ceramic scooper FREE! Pakej tu lah saya pilih untuk mereka. Dapat juga percuma ceramic scooper yang comel lagi menarik.

Dah beli untuk mereka, ehhh..kita pula tergoda macam nak membeli juga. Buatlah alasan pada suami macam teringin nak makan aiskrim love potion. Padahal tujuan utamanya nak juga ceramic scooper tu juga. Sambil-sambil orang kata.

Encik suami balik singgahlah di Baskin Robbins Seremban Gateway. Sekali katanya itu pakej untuk foodpanda je. Haiyaaa...ingatkan ada dekat kedai sekali. Tak pasal-pasal kena order food delivery by foodpanda. Maka, baliklah encik suami dengan tangan kosong.

Saya order terus melalui foodpanda. Lebih kurang 20 minit macam tu, sampailah bungkusan Baskin Robbins dengan beg kertas yang cukup besar juga. Ehh..biasa order paper beg slim je. Sekali dapat besar gedabak. Patutlah masa biras whatsapp gambar dah dapat bungkusan tu macam nampak besar. Rupanya memang besar.

baskin robbins 2 pint free ceramic scooper

Patutlah besar pun sebab pakej ni dapat sekali dengan kotak. Biasa beli tak ada kotak pun. Scooper juga diletakkan dalam kotak yang berasingan.

baskin robbins 2 pint free ceramic scooper

Tak lupa juga ada ais kering untuk elakkan aiskrim cair dalam perjalanan demi menjaga kebekuan aiskrim.

baskin robbins 2 pint free ceramic scooper

Setiap satu pint 350gram. Boleh pilih 2 flavours dalam 1 pint. Tapi saya pilih satu pint satu flavour.

baskin robbins 2 pint free ceramic scooper

Pilihan saya dah tentulah love potion. Kadang tak tahu nak pilih flavour apa sebab semuanya sedap-sedap tak boleh nak menolak. Love potion ni macam manis manis masam tu. Sedap! Saya suka.

Love potion
Cupid's white chocolate and raspberry ice creams swirled with a raspberry ribbon and loaded with raspberry-filled chocolate cups and chocolate chips.

baskin robbins love potion

Pilihan encik suami, maui brownie madness. Nak perisa yang coklat katanya.

Maui brownie madness
Chocolate frozen yogurt with chunks of brownie and macadamia nuts, ribboned with chocolate fudge.
  
baskin robbins maui brownie madness

Ceramic scoopper yang comel lagi menarik ni besar dan berat. Kena jaga bagai menatang minyak yang penuh ni. Sekali jatuh memang pecahlah. Ceramic kan, bukan plastik.

baskin robbins ceramic scooper

Dari pandangan sisinya, cantik terletak dan sangat pratikal. Tak kena pada permukaan bawah. 
 
baskin robbins ceramic scooper

Bahagian pemegang pun cantik curve dan cop tu yang nampak eksklusif sangat. Tak pasti limited edition atau ada dijual.
 
baskin robbins ceramic scooper

Antara flavours aiskrim Baskin Robbins yang sedap mengikut selera saya,
Harga aiskrim Baskin Robbins promotion untuk 2 pint 350 gram setiap satu dengan percuma ceramic scooper tak termasuk caj delivery, RM78.

4 comments:

  1. dapp nye BR..lama x layan. and cantiks nya scoop tu.. MA memang suka bab free2 gift ni..
    kadang2 tu sanggup beli sbb kan nak free gift nya.. he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau teringin bolehlah cuba sesekali layan tekak. Sebab free giftlah kadang kita terbeli kan kak..hehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.