Cuba Buat Kek Batik Indulgence Viral

Thursday, April 02, 2020

Sekali bila dapat keluar beli barang, beli lah sikit bahan-bahan nak buat kek batik indulgence viral tu kononnya. Kek batik biasa pun so far tak pernah failed lagi lah. Kira macam confident yakin jadi lah ni kalau buat kek batik indulgence tu. Jangan yakin sangat kalau baru bertama kali nak membuatnya. Sedangkan kek lain pun boleh failed (kecuali kek pisang). Inikan nak buat indulgence bagai.


Okay takpe, kira yakin je lah ni buat. Buat terus je bila dah cukup bahan-bahannya. Buat tengah malam sebab nak buat kek batik ni memerlukan kesabaran walaupun bukan sejenis kek yang perlu dibakar tapi nak menunggu masa boleh tu ambil masa juga. So masa yang sesuai buat tengah malam, esok paginya dah boleh lah kot.


Fiza ikut resepi dari youtube je. Sekarang ni resepi semua tengok youtube je senang sebab boleh tengok cara masak sekali macam mana kan. Kalau kau orang nak cuba buat, ikut resepi ni macam mudah dan lebih jelas nak membuatnya.



Setelah berusaha gigih buat sampai siap. Esoknya nak keluarkan kek daripada spring form tu macam rasa gagal dah. Bukak je spring form chocolate ganache atas tu meleleh, Tersilap sukatan adunan agaknya lah sebab chocolate ganache tu ikut suka letak sukatan dia. Bajet pandai sangat kan. Dah suruh ikut resepi tak nak. Bukan tak nak, mungkin jenis bahan berbeza. Takpelah, janji sedap. Chocolate leleh pun sedap kan. Cuma presentation dia memang failed.

Fasa II PKP ni agak kurang makan dan kurang rajin nak masak nasi dan lauk bagai. Jemu mungkin, jadi kita makan apa yang kita nak makan dan makan bila lapar je. Buat kek batik ni bolehlah makan bila lapar. Coklat dan biskut pun boleh buat kenyang juga kan.

Credit : resepi youtube buat orang lapo

36 comments

  1. Asal kek batik tu rasa sedap pada tekak Fiza.
    Saya lama-lama pun dah tak rasa nak makan sangat.

    ReplyDelete
  2. meleleh pun sedapp tu cokelat dia. haha. sedappnyaa!

    ReplyDelete
  3. Scroll laju2...kang takleh tahan plak tengok dan terbayang-bayang, akak dah la tgh cut sugar

    ReplyDelete
  4. LeYa hari tu pun baru lepas baut Kek Batik.. Tapi belum buat lagi la Kek Batik Indulgence ni.. Nanti boleh try

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja cuba ni sebab tak pernah buat indulgence style. nice to try kak :)

      Delete
  5. coklat tu meleleh lagi nampak tempting....sedap tuuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..meleleh tu nampak sedap tapi itulah dapat potongan slice kurang cantik.

      Delete
  6. sama la kak fiza, kurang nak makan nasi. Makan benda lain laju.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jemu mungkin. kena makan apa yg ada dan selera nak makan.

      Delete
  7. Aduh, meleleh-leleh toppingnya... Itu yg sedap tu Fiza :)

    ReplyDelete
  8. Nak jadi cantik macam dalam youtube tu kena banyak kali practise. Nanti lama2 jadi la tu. Janji rasa sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak practise banyak kali pun fikir banyak kali ni sebab bahan bahan dia susah nak dapat musim pkp ni. lps pkp boleh cuba lagi :)

      Delete
  9. right now ray rindu sgt nak makan kek batik yg my lil sis buat. huwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar sabar..lepas pkp boleh mintak kakak ray buat :)

      Delete
  10. Ni pun dah nampak sedap pada mata saya 🤤🤤... betullah.. pkp fasa 2 ni, jadi tak selera dah nak makan nasi kan.. hahaha... kena tambah stok benda lain pula ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji sedap dimakan cukuplah kan. hihi..itulah, cari makanan lain supaya tak jemu.

      Delete
  11. sedapnya.. nak buat bahan pula tak cukup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skang bahan bahan kek batik pun terlajak laris. susu segar dan biskut marrie laku teruk.

      Delete
  12. hahahhaha yeee, memang boleh kenyang makan kek ni, tapi tak seimbang nanti..eeee fiza niii...patut bagi akak semua kek tu! hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus makan benda lain kak..makan ni sepotong pun dah jemu..kalau dekat dah hulur kak :)

      Delete
  13. Aduuussss... topinya tu mengancam selera! Sedap sangat!

    ReplyDelete
  14. Perghhhhh menggoda mata memandang. Lapaq terussss

    ReplyDelete
  15. rupa dia comey laaaa.. nampak menjadi tu. yang penting memang rasa dia.. janji soooodap kan. kite yang kek batik biasa pun kadang jadi kadang tak jadi. hahaha kalo cenggini yang canggih surrender la. order sajalah =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. topping dia je lah yang failed. rasa tu kira lulus lagi :)

      Delete
  16. sedapnya...mmg terliur sbb rmi dok buat..tk try lg

    ReplyDelete
  17. sorry ya... saya suka tengok gambar-gambar kat sini... tang resepi tu nanti datang lain.. huhu...
    pakai phone ke dslr?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.