Cara Mudah Masak Pulut Kuning Kukus Guna Periuk Nasi

Ehh, tiba-tiba rasa nak makan pulut kuning dengan sambal tumis. Macam sedap je kan! Jumaat lepas bila husband keluar beli barang dah listkan sekali beli beras pulut susu. So anytime nak masak pulut nanti senang. Semalam lah baru nak memasak pulutnya pun. Tukar selera pulak nasi kepada pulut. Lagipun dah lama tak makan pulut kuning kan.

Dulu teringin nak masak pulut, fikir 2 3kali nak masak ke tidak. Kalau ikutkan cara orang lama memang leceh nak kena rendam dulu baru boleh masak. Ikut cara Fiza senang je, cara paling mudah masak pulut kuning guna periuk nasi je. Tak payah beria gunakan perkhidmatan periuk kukus gedabak tu. Inilah hasilnya daripada masak guna periuk. Masak sekata dan tak berkerak.


Bahan-bahan
1 1/2 beras pulut susu 
1/2 cawan santan
1/2 cawan air
1/2 sk garam
1 sk serbuk kunyit
1/2 sb gula
1 sb minyak masak
1 helai daun pandan

Kacau semua bahan dalam satu bekas dan tuangkan masuk dalam bekas beras pulut yang dah siap dibasuh. Pastikan bekas yang digunakan bekas yang sesuai untuk microwave/oven ye. Lepas tu tunggu je sampai masak. Pastikan air dalam periuk nasi tu tak kering. Bila nak masak tu, kacau kacau lah bagi rata dan biarkan masak sekata.

Pembetulan : 1/2 cawan air sahaja

Senang ya amat nak masak pulut kuning style macam ni kan. Campur campur dan tunggu masak je. Tak leceh dan agak cepat masak pun ye jugak. Mujur juga ada cara senang. Kalau leceh malas juga nak memasaknya. Sukatan bahan-bahan tu kau orang boleh adjust lah. Fiza tak letak santan banyak dan lebihkan air. Garam tu secukup rasa je dan gula tu bagi nak rasa lemak manis santan dan pulut masak cantik berkilat. Letak minyak untuk pulut nampak berkilat juga. Kalau guna santan segar tak perlu letak. Fiza guna santan kotak je. Tak ada santan, guna fresh milk pun boleh.


Sukatan air tu betul-betul tutup paras pulut. Tapi cara macam ni okaylah kan, agak-agak tak cukup masak tambah je air, kacau dan biarkan masak je. Benda senang buat apa nak susah-susah. Hihi..Nak lagi senang masak terus dalam periuk nasi. Tapi mungkin berkerak sikitlah nanti. Tapi kalau periuk jenis tak melekat kira okay lagi lah.

27 comments:

  1. dapnya kak fiza, makan macam p kenduri pulak.. Aien kalau listkan barang di luar kebiasaan, suami tak beli punya. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, lepas PKP nanti shopping barang jangan lupa beli bahan bahan ni ye :)

      Delete
  2. dah dua tiga hari berlegar legar pulut kuning dlm kepala. Tetiba harini jumpa entri akak pasal pulut kuning ni. Bolehlah cuba buat sendiri nanti. boleh lepaskan hajat sendiri nak makan

    ReplyDelete
  3. Kira macam kukus jugak yek... akak ingat masak dengan rice cooker macam masaj nasi tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, nak masak terus pun boleh tapi hasilnya berbeza.

      Delete
  4. bagusnye..xdelah berkerak periuk nasi..

    ReplyDelete
  5. Nasib baik baca entry sampai habis. Sis pun fikir mcm masak nasi biasa tu hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..boleh juga tapi mungkin akan ada kerak sikit kot nanti.

      Delete
  6. Sedapnya pulut kuning tu.. Lama Dina tak makan

    ReplyDelete
  7. Aduhhhh terus teringin makan pulut kuning...

    ReplyDelete
  8. aduih.. sedap akak mmg fv pulut kuning kari ayam

    ReplyDelete
  9. penah cuba.. tapi cukuplah sekali itu saja cubaan haha..
    serik.. kesian orang yang kena makan tu =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kadang tak jadi yang frust tu. tapi takpe, pratice make perfect :) boleh cuba lagi

      Delete
  10. Wah.. menarik.. kukus dalam peiuk nasi.. mudah dan cepatkan..

    ReplyDelete
  11. beras pulut 1 1/2 tu 1 1/2 cawan ya fiza? nak try buat la nanti..

    ReplyDelete
  12. Haritu baru makan... Sedap dimakan bersama rendang daging yang lembut.. hehe.. Rasa macam baru lepas khatam Quran setiap kali makan pulut kuning..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.