Dekorasi Rumah Dengan Barangan IKEA


Morning! Selamat pagi Sabtu semua orang. Ke mana hari ni? Sibuk dengan kenduri sana sini lagi?. Best la dapat makan nasi minyak setiap hujung minggu musim kenduri kahwin ni. Bukan selalu dapat makan nasi minyak kan. Hujung minggu Fiza kalau tak kemana memang teman husband kat makmal je la. Sesambil tunggu boleh buat kerja sendiri juga.

Kalau tak kemana pun dok mengemas rumah. Ada masa boleh lah mendeko-deko rumah. Sesekali kena tukar mood susun dan deko mana perlu. Rumah kecil pun boleh je mendeko-deko jadi cantik.

Tips pertama, kalau nak rumah kecil nampak luas dan  besar perlu gunakan cat putih untuk kesemua ruang. Nampak lebih luas dan terang.


Tips kedua, susun dan gunakan perabot yang simple je. Tak perlu banyak perabot dalam rumah. Contohnya perabot dalam rumah kos rendah ni. Kesemuanya menggunakan perabot dan barangan IKEA yang simple. Guna pulak perabot warna putih dan hitam nampak menarik. 


Langsir pun warna putih. Langsir ni Fiza pun dah dapatkan dan gunakan dalam bilik tetamu. Sesuai sangat dengan dinding putih.


Tips ketiga, gunakan cermin yang besar. Dengan meletakkan cermin yang besar boleh memberikan kesan ruang nampak lagi luas. Mirror tricks namanya. 
Kredit foto : Puan Nur Liza
Lain-lain tips untuk ruang rumah nampak luas, kenalah menggoogle lagi. Fiza kongsikan apa yang Fiza tahu. Overall minimal style dekorasi idea Puan Nur Liza ni memang terbaik untuk rumah yang mempunyai ruang yang kecil. Cantik sangat dan sedap mata memandang.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.