Responsive Ad Slot

Slider

Buat Keropok Lekor Sendiri Je Senang

Fiza kongsikan cara nak buat keropok lekor sendiri yang terpaling senang Fiza rasa sebab bahan-bahan dia sangat sikit dan mudah je kalau tengok pada setiap gambar ni.

Siapa suka keropok lekor angkat tangan. Jangan angkat kaki ye. Kalau suka, sila cuba buat keropok sendiri je lagi senang tak perlu bersusah payah nak pergi Terengganu beli keropok lekor sedap tu. Kat sana memang dah sah-sah lah sedap kan. Tapi boleh je buat sendiri keropok lekor sedap. Janji rasa keropok lekor sudah, jangan rasa keropok bawang sudah le. Eh, ade ke keropok bawang???

Fiza kongsikan cara nak buat keropok lekor sendiri yang terpaling senang Fiza rasa sebab bahan-bahan dia sangat sikit dan mudah je kalau tengok pada setiap gambar ni. Semua ni dikongsikan oleh 
Suaida Salehudin di facebook. Jadi, Fiza panjangkan perkongsian dalam blog. Ikut je langkah-langkah yang diberikan ni je. Gerenti jadi.

Bahan utama : ialah ikan selayang/ikan sardin

Gunakan tepung sagu. Kalau takde, boleh gunakan tepung ubi.

Basuh ikan sebersih-bersihnya dan asingkan tulang dengan isi.

Masukkan isi ikan dalam pengisar dan dikisar halus. Letakkan sedikit ketulan ais dan sesudu garam.


Campurkan isi ikan dengan tepung sagu. Uli dengan sehingga jadi boh sebegini.

Tabur sedikit tepung di atas papan pemotong dan uli doh memanjang.

Siap sudah keropok lekor

Sebelum goreng kena rebus dulu keropok lekor sampai masak. Keropok lekor yang dah maska akan timbul.

Siap sepenuhnya keropok lekor buatan sendiri. Boleh goreng terus.


Kan dah kata senang je, cuma rajin tak rajin je nak buat tu. Kalau terasa nak makan keropok lekor tu boleh try resepi yang sangat mudah ni. Selamat mencuba!

Kredit: Suaida Salehudin
9
( Hide )

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu