Responsive Ad Slot

Slider

Beli Barangan Sukan Murah di SportsDirect.com

Sebelum ni dah beberapa kali pergi SportDirect beli barangan sukan sebab murah. Bukan setakat murah, banyak pilihan untuk pelbagai jenis sukan.

Morning monday blues! Mood pagi ni tak berapa nak baik sebab hari untuk cabut gigi.  Ketap gigi takut. Rasa ngilu tu dah terasa-rasa je ni. Bertabahlah ye Puan Fiza kena cabut gigi. Lepas tu dah boleh senang hati bila gigi tak sakit lagi.

2 hari cuti hujung minggu tak kemana pun selain teman husband. Sebelum balik rumah singgah SportDirect.com sebab nak beli jersey je kononnya. Tapi balik je mesti benda lain di beli sekali. Sebelum ni dah beberapa kali pergi SportDirect beli barangan sukan sebab murah. Bukan setakat murah, banyak pilihan untuk pelbagai jenis sukan. Harga pun ada yang murah dan ada juga yang mahal mengikut jenama.

Sekarang ni dah mula mengumpul jersey. Lebih berkualiti berbanding Tshirt. Kain pun sejuk, lembut, dry fit. Beli pun sebab boleh disesuaikan untuk pelbagai aktiviti. Nak hiking senang dah ada baju yang lebih sesuai. 

Baju biru kanan tu je tak sedondon dengan husband sebab Fiza tak suka biru tu, boleh? Jersey hitam tu RM79 sehelai.
Sebenarnya dah ada tali skipping ni tapi yang sedia ada tak cukup panjang dan tak sesuai dengan husband yang tinggi. Jadi, husband beli lah satu untuk dia. Tali ni tak tahu material apa tapi macam getah paip tu. Kalau kena tali ni boleh berbirat di buatnya.

Memandangkan sejak hiking bukit condong tu tapak tangan dan sendi jari jemari kanan macam sakit sebab menggunakan kekuatan tangan untuk turun menggunakan tali. Jadi, kena beli glove yang sesuai. Lepas ni tangan tak sakit dah kalau kena panjat atau turun guna tali. 


Disebabkan berlaku kejadian Fiza sakit kaki turun Gunung Datuk hari tu gigih cari kayu untuk sokong kaki berjalan. Kenalah Fiza sediakan hiking pole untuk memudahkan hiking akan datang. Harap-harap sejarah tak berulang.



Rambang mata nak beli peralatan dan barangan sukan kat sini sebab banyak pilihan. Sangat okay untuk beli kat sini sebab macam-macam barangan untuk pelbagai jenis sukan ada indoor ataupun outdoor. Boleh tengok kat website untuk barangan sukan yang ada dan lokasi

Orang Seremban boleh singgah di Seremban Gateaway. Terpampang Logo SportDirect.com kat situ.
No:8-L3, Gerbang Seremban, Off Jalan Sungai Ujong, 
70200 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia



Kelengkapan hiking dah ada dah. Lepas ni nak hiking bukit atau gunung mana entah. Masih tak boleh nak plan lagi sebab husband tengah sibuk. Kena mulakan dengan hiking bukit dulu nampaknya. Stamina takde ni oiii... Nak hiking tapi stamina ke laut!

17
( Hide )
  1. seronoknyer hiking.
    kite dah lama surrender sejak ade pertambahan berat badan nih.. stamina kelaut.. tp mmg skrg dah x minat aktiviti hiking..suka aktiviti pantai jer..faktor umur mungkin..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok masa minat je kan..tak minat memang tak seronok nak buat :)

      Delete
  2. teringin jgk pergi sportsdirect nih tapi sampai sekarang tak pergi lagi.hehe

    ReplyDelete
  3. hihi, shopping sakan..hihi..rambang mata tgk catalog online dia..huhu..

    ReplyDelete
  4. wahh murah tu akak! bestnya akak dapat hiking..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali je Busyra..nak selalu hiking memang tak menyempat

      Delete
  5. wah bestnya. dapat hasben yg sama minat mmg terbaik ;)

    ReplyDelete
  6. Bestnya fiza ade geng hiking! shida pn suka hiking tp xde geng hahaa ^_^

    ReplyDelete
  7. Bestnya fiza ade geng hiking! shida pn suka hiking tp xde geng hahaa ^_^

    ReplyDelete
  8. Bestnya fiza ade geng hiking! shida pn suka hiking tp xde geng hahaa ^_^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu