Responsive Ad Slot

Slider

Pantau Keadaan Rumah Melalui Smartphone dengan Cloud Camera 300Mbps Wi-Fi TP-Link

Seperti yang dijanjikan, Fiza nak review Cloud Camera 300Mbps Wi-Fi TP-Link.Bak kata "See There, Where You Can't be there".
Seperti yang dijanjikan, saya nak cerita sikit tentang Cloud Camera 300Mbps Wi-Fi  TP-Link yang saya dapat dalam parcel of Joy dari Lazada hari tu. Dalam entry yang lepas cuma into sikit je kan. Kali ni nak buat full review baru best sikit kan. 

Ternyata memang best sebab boleh pantau keadaan rumah melalui smartphone je kalau kita takde kat rumah. Bak kata "See There, Where You Can't be there". Menarik kan!

Ini dia full set Cloud Camera 300Mbps Wi-Fi  TP-Link. Termasuk sekali adapter kat dalam kotak tu. Lupa pulak nak keluarkan masa ambil gambar tu. Dalam gambar yang lain ada.


Bentuk camera yang unik dan comel

Model Camera Cloud NC200 ni mempunyai bentuk yang unik dan comel. Lain dari yang lain bentuk camera ni. Dari mata saya la pertama kali tengok. Kalau letak dalam rumah mungkin boleh tak perasan itu kamera sebab nampak macam perhiasan juga kan.

 
Bahagian hadapan

Bahagian belakang

Untuk tujuan keselamatan

Ya, dengan adanya Cloud Camera ni boleh digunakan sebagai CCTV (Closed- Circuit Televisyen). Kalau takda kat rumah pun kita boleh monitor dari jauh di mana sahaja apa yang berlaku di rumah dengan syarat Wi-Fi dan camera perlu sentiasa ON untuk cloud camera ni berfungsi dengan bagus.

Macamana boleh pantau dari jauh je? Dengan menggunakan tpCamera app samada di smartphone atau PC, pengguna boleh melihat apa yang berlaku di persekitaran rumah dengan adanya Camera Cloud ni.

Dalam masa yang sama, pengguna juga boleh ambil gambar, record video atau spy segala aktiviti yang berlaku ketika tiada di rumah. Sesuai sangat ni kalau nak pantau anak-anak kat rumah ni. Selain rumah, boleh je dipasang di premis perniagaan. Kalau ada yang mencurigakan berlaku, boleh ambil langkah berjaga-jaga awal dan boleh juga rakam segala bukti.

Merapatkan hubungan jarak jauh

Selain untuk tujuan keselamatan, bagi parents yang selalu outstation tu kalau rindu anak-anak boleh je tengok aktiviti family setiap hari untuk lepas rindu. Macam ada bersama mereka gitu. Bukan setakat boleh view aktiviti je, boleh juga dengar suara.

Mengesan pergerakan

Dengan adanya pengesan pergerakan jika ada berlaku pergerakan yang diragui dikesan, pengguna akan dapat notification melalui email atau FTP(File Transfer Protocol). Bagus kan!

Mudah untuk dipasang dan digunakan

Camera Cloud ni sangat mudah dipasang dan digunakan. Disertakan sekali manual guide untuk proses set up camera dan smartphone. Yang penting perlu ada power supply untuk On camera tu. Untuk internet boleh guna wireless.


Bahagian tapak ni boleh dilekat pita pelekat untuk dilekatkan di atas meja, dinding ataupun siling


Cara untuk Setup Cloud Camera

  1. Connect the camera to the network your smartphone is ON.
  2. Download and install the tpCamera App and follow the easy instructions
  3. Keep and eye on things using your computer, iphone, ipad or android device.


Pastikan icon dan app yang betul ye.

Bila camera dah On dan tpCamera pun dah buka, bolehlah cuba view dengan camera caloud ni. Masa nak setup tu kemain teruja lagi nak tengok. So far gambar dan video okay je cuma output suara agak noisy. 

Mungkin cuba dari jarak dekat kot. Setakat ni baru cuba letak kat ruang tamu. Takda pemantauan pun saja letak. Ye lah duduk berdua je nak pantau apanya kan. 


Dan juga cuba letak kat luar rumah. Boleh pantau kot-kot ada sesiapa datang ke kan. Macam best pulak boleh view dari dalam rumah depan handphone je. Siapa buat dajal depan rumah ada bukti. Takpun nak pantau kucing sapa yang selalu berak depan rumah.


Wi-Fi Extension

Camera Cloud NC200 mempunyai 300Mbps kelajuan WiFi dan camera boleh melebarkan/memanjangkan rangkaian Wi-Fi dengan adanya Wi-FI extender functionality dimana korang boleh access internet menggunakan tablet atau smartphone dengan router tersebut. Jadi, boleh letak cloud camera ni di tempat yang kurang Wi-Fi Network untuk dapatkan access yang lebih bagus. Bagus kan!

Kesimpulannya, Cloud Camera NC200 yang kecil ni sangat berguna untuk tujuan keselamatan (better protection) dan tujuan pemantauan di premis perniagaan yang boleh diletakkan di mana-mana dan boleh dipantau di mana jua anda berada hanya melalui smartphone.


Features dan package contents Cloud Camera 300Mbps Wi-Fi TP-Link

Harga yang berpatutan

Ye, pada saya harga dia sangat berpatutan. Boleh beli dengan harga RM103 sementara ada sale di Lazada. >> Cloud Camera 300Mbps Wi-Fi TP-Link
8
( Hide )

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu