Cara Cuci/Basuh Berus Make up

Monday, September 07, 2015

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Cara Cuci/Basuh Berus Make up | Walau jarang bermake up at least ada jugaklah make up stuff sikit². Perempuan mana boleh lari dari barang make up ni. At least ada bedak compact, lipgloss dah kira make up jugak tu kan. Bagi mereka yang suka make up, mesti ada berus make up kan.

Tak kisahlah berus make up untuk blusher ke, foundation ke, eyeshadow ke mesti nak kena cuci/basuh jugak. Kalau tak, habislah muka bila bakteria dah berkampung dalam berus tu dan dipindahkan ke muka. So kenalah amek inisiatif mencuci berus² tu.

Caranya mudah je sebenarnya. Hanya perlu sediakan bekas air, shower gel/cream dan air. Kalau ada baby shampoo lagi bagus. Sebenarnya ada cleanser khas untuk cuci berus ni tapi memandangkan kita ni jenis tersangatlah malas nak mencari. So guna apa yang ada je.. Janji basuh bersih.

cara-cucibasuh-berus-make-up

Tengok berus yang kepam tu..Jom kita cuci.
Caranya :
1. Masukkan air ke dalam bekas ,tuangkan shower gel/cream dan kacau²
2. Kemudian celop²  je berus tu satu persatu dalam air dan gosok² dengan lembut ke atas tapak tangan.  Ulang step yang sama sampai rasa bersih.
3. Bilas dengan air bersih.
4. Dah siap basuh, picit berus untuk kurangkan air lebihan meresap kemudian balut dengan kain untuk keringkan sikit lagi.
5. last sekali biarkan berus kering.

cara-cucibasuh-berus-make-up

Hasilnya akan dapat berus yang bersih seperti berus baru beli. Ada cara lain?? Meh la share..Fiza tak pakar bab make up ni, cuma share mana yang tahu..huhu
With Love, Sihatimerahjambu

10 comments

  1. nice. thanks share a'a.
    hehe. PG cuma ada view benda makeup dekat beg :D

    ReplyDelete
  2. ooo..senang je..slalu beli lain je..hihi..lenkali bole buat cmni..tq fiza..

    ReplyDelete
  3. terbaik perkongsian ni.
    aida da lama x guna berus2 ni.
    dulu yes. skang da tak sempat nak berus2 muka :) ha ha ha...

    ReplyDelete
  4. hehe. kite takde barang makeup sbb tak reti makeup.

    ReplyDelete
  5. maaf, sy tkde berus make up, tp adik ade, nnti inform, hehee

    ReplyDelete
  6. selalu basuh guna air garam suam...tak pun buat mcm u buat je

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.