Pertama kali nampak ulam buah keladan ni di blog Kak SK. Tapi masa tu tak tahu lagi apa namanya sampailah masuk blog Cie. Baru tahu namanya ulam buah keladan. Jadi, dah berhasrat nak membeli ulam buah keladan ni di Pekan Sehari Temerloh.
Saya beli RM5 sebekas. Jadilah buat rasa-rasa dulu. Risau pula tak kena dengan selera nanti. Kalau sedap nanti lain kali boleh beli lagi.
Pahang kan banyak hutan tebal, agaknya sebab tu lah ulam keladan ni popular di negeri Pahang. Ulam keladan ni tak macam pokok jering, petai semua tu kena panjat bagai. Buahnya luruh dan hanya perlu kutip di tanah je tanpa perlu memanjat pokok.

Saya pasti buah keladan ni juga ada khasiatnya. Harap tidak mendatangkan kemudaratan.
Saya beli RM5 sebekas. Jadilah buat rasa-rasa dulu. Risau pula tak kena dengan selera nanti. Kalau sedap nanti lain kali boleh beli lagi.
Di Pekan Sehari Temerloh tu banyak je kedai jual ulam buah keladan ni. Setakat ni di pasar tani area Seremban, Kuala Pilah memang tak pernah jumpa lah. Agaknya popular di negeri Pahang je kot.
Buah keladan
Juga dikenali dengan nama buah kapur sebab ianya daripada pokok kapur. Sejenis buah yang bermusim dalam tempoh antara empat hingga lima tahun sekali. Pokok kapur ni sejenis pokok hutan yang tumbuh di hutan tebal.Pahang kan banyak hutan tebal, agaknya sebab tu lah ulam keladan ni popular di negeri Pahang. Ulam keladan ni tak macam pokok jering, petai semua tu kena panjat bagai. Buahnya luruh dan hanya perlu kutip di tanah je tanpa perlu memanjat pokok.
Begitulah cerita dia secara ringkasnya.
Orang Pahang boleh jawab dalam kotak komen nanti.
Cara makan buah keladan
Buah keladan boleh dimakan secara mentah dijadikan sebagai ulam atau dimasak dengan pelbagai jenis lauk katanya. Masakan apa? Kena tanya orang Pahang lah.Orang Pahang boleh jawab dalam kotak komen nanti.

Setelah saya buat carian, sebenarnya buah keladan ni bentuk dia bulat. Selepas kulit pecah, dia akan kembang jadilah seperti dalam gambar. Ada nampak hitam sikit tu sisa kulit dia.
Cantik tengok kejadian buah keladan ni. Ada warna pink, hijau, kuning dan coklat. Dia keras-keras lembut. Bila digigit rasa rangup macam jering tapi versi nipis gitu. Ada rasa kelat, berlemak dan berangin sikit macam mint. Lebih kurang macam jering juga tapi tak ada bau. Jering tu macam kelat campur pahit kan.
Bila buang air kecil pun tak ada bau tau. Ulam Buah keladan ni sejenis ulam yang nyaman di makan sebab tak berbau masa makan mahupun selepas makan. Boleh jadi comfort ulam untuk saya. Saya suka.
Ulam jering tu saya makan juga tapi kalau dah dibuat sambal lah sebab kurang sikit rasa kuat jering tu kan. Sama juga dengan petai, kena buat sambal baru boleh makan. Kalau makan mentah tu memang tidaklah.
Jadi, boleh gantikan dengan ulam keladan ni, boleh makan mentah. Makan mentah dan kena ada sambal. Tengok Cie makan dengan sambal tempoyak. Saya pula tak makan dengan sambal tempoyak macam tu.
Ting! Buat sambal ulam buah keladan pun macam sedap juga ni ala-ala sambal jering. Okay baik, nanti saya nak sambalkan dia. Tengok sedap dia macam mana pula kan.
Ting! Buat sambal ulam buah keladan pun macam sedap juga ni ala-ala sambal jering. Okay baik, nanti saya nak sambalkan dia. Tengok sedap dia macam mana pula kan.
Saya pasti buah keladan ni juga ada khasiatnya. Harap tidak mendatangkan kemudaratan.
1 Comments
Jap rasa macam jering? Kelat² ke hehe rupa mcm buah delima sekali pandang 😁
ReplyDelete