Dari hotel, adik ipar terus menuju ke destinasi terakhir kami sebelum balik Malaysia iaitu Rumah Makan Arai Pinang untuk makan tengah hari.
Rumah Makan Arai Pinang ni salah satu tempat makan popular di Batam yang menghidangkan nasi padang authentic. Macam biasa hidangan nasi padang dihidangkan di atas meja. Kami disambut mesra oleh pekerja kedai dan duduk di dalam. Ada penghawa dingin.

Usai makan, terus ke Terminal Feri Harbour Bay. Sebelum tu singgah isi minyak kereta dulu, pesan penyewa. Kereta parkir je di terminal.
Tiket kami petang, jadi sementara tunggu jalan-jalan kejap di sekitar terminal feri ni tengok apa yang ada.

Waktu balik duduk tengah pula. Yang lain duduk tepi tingkap. Abang dapatlah oleh-oleh dari Batam, beli tengkolok ni.


Cuaca tak berapa baik, hujan. Tak berpeluanglah kami nak naik ke atas feri. Perjalanan pula delay sebab belting putus. Itu apa yang saya dengar lah sebab duduk depan kan.

Rumah Makan Arai Pinang ni salah satu tempat makan popular di Batam yang menghidangkan nasi padang authentic. Macam biasa hidangan nasi padang dihidangkan di atas meja. Kami disambut mesra oleh pekerja kedai dan duduk di dalam. Ada penghawa dingin.

Saya hanya makan sikit je. Rasa ayam pop dan sayur sikit. Bukan tak selera makan tapi masih rasa kenyang breakfast pagi tadi.
Usai makan, terus ke Terminal Feri Harbour Bay. Sebelum tu singgah isi minyak kereta dulu, pesan penyewa. Kereta parkir je di terminal.
Tiket kami petang, jadi sementara tunggu jalan-jalan kejap di sekitar terminal feri ni tengok apa yang ada.

Waktu balik duduk tengah pula. Yang lain duduk tepi tingkap. Abang dapatlah oleh-oleh dari Batam, beli tengkolok ni.

Kami duduk betul-betul depan kaunter, jual mi segera ni. Baru buka kedai, anak buah dah order sebungkus. Si kakak tidur kepenatan. Bateri dah habis agaknya.

Cuaca tak berapa baik, hujan. Tak berpeluanglah kami nak naik ke atas feri. Perjalanan pula delay sebab belting putus. Itu apa yang saya dengar lah sebab duduk depan kan.
Lepas tu feri kembali laju semula bila masalah selesai. Dah delay, lambatlah kami sampai ke Terminal Feri Pasir Gudang.

Alhamdulillah..selamat sampai di Pasir Gudang, Malaysia. Tamat sudah alkisah percutian kami di Batam, Indonesia. Ada rezeki boleh kembali lagi. See ya when I see ya.
Itinerary Percutian di Batam 3 Hari 2 Malam
Day 1
- Terminal Feri pasir Gudang–Terminal Feri Harbour Bay
- Rumah Makan Sederhana
- Puncak Beliung
- Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah
- Mula Patisserie Cafe
- Check in Asialink by Prasanthi Hotel
- Komplek Ruko Nagoya Hill & Resto Love Seafood
28 تعليقات
kalau gi kedai sana, ayam goreng dia akak wajib ambik. hahahaha.
ردحذفAyam goreng biasa ke ayam pop? Ayam pop tu sedap lah.
حذفWarna menu atas meja tu semua senada ya. Memang signature kat situ ke?
ردحذفKann..lebih kurang je warna tona lauk pauk dia. Tak pastilah pulak signature makanan mereka ke tidak.
حذفseronok kalau makan di restoran padang, lauknye banyak...
ردحذفBetul tu, banyak pilihan yang ada.
حذفHehe masih lapar anak buah Aphizha.
ردحذفAlhamdulillah selamat sampai walaupun ada kelewatan.
Ye, lapar lagi. Penat agaknya jalan jauh jadi lapar. Alhamdulillah sampai dengan selamat.
حذفtk pernh lg merasa ayam pop
ردحذفKalau pergi resto ada nasi padang boleh cuba ayam pop.
حذفOh, dari Pasir Gudang la ni terus ke Kg Melayu. Mula ingatkan Pizzah turun kat Stulang ke. Jauh jugak dri PG ke Kg Melayu, tapi tu la, bila lagi nak sampai, kan. Alahai, kenyang berejam la memang kalau baru lepas makan buffet breakfast. Tak apalah, lain kali datang lagi boleh makan puas² nasi padang.
ردحذفYe betul! Tak, dari PG terus ke sini tak ada belok-belok. hihihi...Kannn bila lagi nak sampai sini. Dahlah jarang datang JB. Itulah tu, next time lah plan lagi kalau ada rezeki kesana lagi.
حذفKalau restoran masakan Padang ni biasanya akan rambang mata nak pilih sebab banyak naw pilihan. KSarie selalu suka kari urat keting. Tapi biasanya bila pergi dengan kawan-kawan ke restoran nasi padang KSarie biar deme yang pilih lauk. KSarie tukang makan aje😅
ردحذفA'ah, banyak pilihan lauk pauknya. Ada juga gulai urat keting mak mentua dan adik ipar makan. Offer kat saya tapi saya tak makan pula. hihi...
حذفTulah, mana yang mereka ambil tu yang kita makan. Mana yang kita makan je lah, yang tak makan tu mereka habiskan.
Eh terlupa pula. Alhamdulillah Fiza dan keluarga selamat sampai Malaysia walaupun ada insiden feri putus belting nya
ردحذفAlhamdulillah selamat sampai. Syukurlah tak lama delay tu dan tak berlaku apa-apa.
حذفCantik pulak dalam feri tu.
ردحذفMasa balik ni naik ferry yang okay sikit macam baru lagi.
حذفOh masakan Padang yaaa. Kalau restoran ini tak ada di JKT kak. Jadi saya mesti Cuba juga kalau ke Batam 😍
ردحذفRumah Makan ni macam popular je ramai orang suggest ke sini. Nanti Fanny bolehlah cuba makan di sini.
حذفHaritu ke Batam ingat nak ke sini juga tapi jadual penuh pulakk, jadi sempat makan nasi padang Sederhana dan pagi Sore aja, dah itu yang anak nak ...
ردحذفTerkilan Dino Park tu jerr tak sempat pergi.. biasalah kalau dah ramai-ramai, semuanya jadi kelaut masa hahahahaha memang kena eprgi lagi nanti..
Nasi padang sederhana saya sempat juga singgah. Tulah kan, kadang lari perancangan tu. Mana yang sempat je lah. Yee..nampaknya kena repeat tu. hihihi..
حذفwahh fiza cuti2 batam yer..ok nanti MZ baca all the previous entries
ردحذفYe, kami bercuti di Batam. Terima kasih sudi baca dan tinggalkan komen. Sangat² hargainya.
حذفMakan nasi padang memang cepat kenyang, tambah pula baru lepas sarapan kan Fiza. Beli mi segera kat feri tu memang menu wajib budak-budak kalau lapar balik, Sedapnya nampak ayam pop kat Rumah Makan Arai Pinang tu. Syoknya percutian kali ni, semoga ada rezeki repeat pergi Batam lagi nanti
ردحذفSaya makan sikit je sebab masih kenyang makan pagi tu. Yee budak-budak suka nau makan mi segera tu. Ayam pop dia boleh tahan sedap juga, berasa dan lembut.
حذفInsyaAllah ada rezeki boleh sampai sini lagi.
Nampak gulai tembusu auto rindukan Padang/Bukittinggi dan masakannya.
ردحذفBaca tembusu tu terus saya google. Macam pertama kali dengar perkataan ni. Usus rupanya. Baru tahu. Bolehlah tu nanti plan ke Padang/Bukit tinggi lagi kak. Rindu tandanya kena datang lagi tu. hihihi...
حذف