Encik Suami singgah di pasar malam lepas balik kerja. Tanya saya nak beli apa, saya pun tak ada idea nak makan apa sebab tak berada di situ. Encik Suami kata ada nasi ambeng, nak tak? Tinggal satu bungkus je katanya. Okay beli je lah. Saya pun dah lama tak makan nasi ambeng.
Biasanya nasi ambeng dihidangkan dalam satu dulang atau talam besar untuk dikongsi bersama. Biasanya semasa kenduri atau majlis keramaian.
Nasi ambeng
Nasi ambeng merupakan hidangan tradisional masyarakat Jawa yang khususnya popular di Johor, Selangor dan beberapa kawasan lain di Malaysia.Biasanya nasi ambeng dihidangkan dalam satu dulang atau talam besar untuk dikongsi bersama. Biasanya semasa kenduri atau majlis keramaian.
"Ambeng" merujuk kepada cara hidangan ini disusun dan dihidangkan dalam satu dulang untuk dimakan secara bersama-sama, melambangkan semangat gotong-royong, kebersamaan dan mengeratkan silaturahim.

Kandungan utama hidangan nasi ambeng
- Nasi putih kukus
- Ayam masak kicap
- Sambal goreng Jawa (tempe, tauhu dan kacang panjang)
- Serondeng kelapa
- Mi goreng
- Ikan masin
Nasi ambeng ni kadang dihidangkan juga dengan bihun goreng atau ayam goreng. Lain tempat, lain komponennya. Tapi saya suka versi yang asalnya. Baru lengkap makan nasi ambeng.
Penuh bekas nasi ambeng yang Encik Suami beli ni. Cukup lengkap cuma sambal tempe tu dia letak sayur tumis kacang tauhu biasa je bukan sambal tempe jawa tu sebab tempe pun tak ada. Suhun pun tak kelihatan. Tapi macam ni pun dah kira okay dah ni.

Alhamdulillah rasa semuanya pun sedap dan kenyang betul makan nasi ambeng ni. Porsi besar. Mi goreng tu sedap macam mi goreng kantin sekolah dulu-dulu. Kalau beli nasi ambeng mesti banyak dan layak untuk dikongsi berdua. Makan sorang kadang tak habis.
Walaupun bukan keturunan orang Jawa tapi nasi ambeng ni dah jadi salah satu makanan kegemaran saya juga. Susah nak jumpa nasi ambeng yang original dan sedap. Kebanyakkannya dah diubah suai lauk pauknya.
Jangan tanya harga dan kedai mana sebab Encik Suami yang beli. Saya tahu makan je. Hihihi...
38 تعليقات
Rindu pula nak makan nasi ambeng. Biasanya kalau balik kampung selalu beli di pasar malam. Cuma, ada beza rasa nasi ambeng kenduri dulu-dulu dengan nasi ambeng pasar malam. Sekarang kalau kenduri pun, orang kampung tempah saja.
ردحذفYelah kan Kak Amie. Beza sangat orang jual di pasar malam dengan nasi ambeng kenduri. Nasi ambeng kenduri tu sedap dia lain macam. Kalau yang tempah tu kadang tengok juga siapa yang buat. Kalau macam catering tu kadang macam ada yang okay juga rasa dia. Tapi yang asli jugalah yang sedapnya.
حذفNasi Ambeng ni pon salah satu nasi fevret saya. GAmbar atas tu mcm takde sambal jawa jer. sambal jawa tu yang buat best, dengan ayam kicap.. NAsi Ambeng paling sedap saya pernah rasa masa satu kenduri kat rumah makcik sorang sahabat kat johor.. mmg pure jawa
ردحذفYe, tak ada sambal jawanya. Dia macam tumis sayur macam biasa je. Tak lengkap. Betul, sambal jawa tu komponen penting dalam nasi ambeng kan. Kalau nasi ambeng kenduri tu memang sedap sebab nasi ambeng original jawa kan.
حذفKat kampung wak ni kalau ada kenduri tahlil atau yasinan memang ngadap nasi ambenglah.
ردحذفWah best tu wak. Payah nak cari nasi ambeng asli yang sedap wak.
حذفdah lama jg tak makan nasi ambeng...sayur tumis kacang + tahu tu ada kuah ke? saya suka yg kering2..yg ori - sambal goreng jawa...nampak sedap nasi ni...ada ayam rendang..
ردحذفTak ada kuah. Semua kering-kering je. Sambal goreng jawa tak ada, ni tumis sayur biasa je. Tempe pun non hado. Bukan ayam rendang, ayam masak kicap.
حذفIt looks like a tasty meal!
ردحذفYes, it’s so good!
حذفFirst time KSarie makan nasi ambeng masa di asrama umur 16 tahun. Ustaz homeroom orang Jawa. Dibawanya kami ke program di masjid dan kami dijamu nasi ambeng dalam dulang yang kena kongsi makan ramai-ramai. Agaka terkujat sebab tidak pernah makan dalam dulang dan pelik kenapa lauknya siap bercampur mee goreng bagai😅Tapi disebabkan kelaparan, makan habis licin😅Kalau ada festival makanan belah-belah Banting, KSarie akan beli nasi ambeng sebab yang membuatnya memang orang Jawa. Jadi rasanya dan bahannya memang ngam
ردحذفHihi..terkujat kejap kan. Pernah juga rasa pengalaman yang sama zaman sekolah. Sebab tak biasa kan. Best tu kalau dapat makan nasi ambeng orang Jawa masak, authentic gitu kan. Rasa pun ngam dengan selera.
حذفsaya 1st time mkn nasi ambeng zmn mula2 start keje ie zmn bujang, sbb housemate org jawa, dia bwk nasi ambeng masa balik dari kampung
ردحذفMesti dapat makan nasi ambeng yang sedap tu sebab dari kampung homemade kan.
حذفPenah jga bila ada kwn org jawa dan dia bg nasi ni.
ردحذفMula pelik sb campur dgn mee goreng kan
He hee tp sedapp jew
Kena cuba baru tahu
Ya, pelik sikit sebab dalam satu hidangan nasi ambeng ni macam-macam ada. Memang sedap nasi ambeng ni dan kenyang betul makan.
حذفMA pun suka nasi ambeng...dapp. tapi yes, portion dia memang banyak kan
ردحذفTu lah tu, porsi dia memang untuk makan dua orang. Makan sorang kenyang betul dan boleh jadi tak habis makan.
حذفTak pernah makan nasi ambeng
ردحذفKalau ada jumpa kat pasar malam atau resto, bolehlah beli dan rasa nanti. Harap dapat makan yang sedap.
حذفSama lah Fiza, Kak SA pun bukan keturunan Jawa tapi kalau jumpa nasi ambeng mmg payah nak tolak. Porsi dia memang meriah, sangat berbaloi makan kongsi berdua! Kak SA pandai makan masa jaga boss ppuan dulu...dia la yang ajar...
ردحذفSedap kan. Porsi besar tu memang kena kongsi. Meriah macam-macam ada. Dapat yang sedap tu lagi best makan.
حذفNampak menyelerakan betul set Nasi Ambeng ni! Lengkap dengan serondeng kelapa dan sambal. Bila makan beramai-ramai memang makin bertambah nikmatnya.
ردحذفWalaupun kurang lengkap, masih sedap untuk dinikmati. Alhamdulillah...
حذفIngat dulu tahun 2009 pergi program kat sekinchan. Siap rewang masak nasi ambeng. Pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan sebab masuk TV.
ردحذفWah best tu. Pengalaman best sukar untuk kita lupakan, kann...
حذفSelalunya kalau ada nasi ambeng, ada lontong darat juga sebab lauknya lebih kurang sama.
ردحذفOh ye? Saya orang Johor tapi tak tahu pulak macam tu. hihi..tak cukup Johor agaknya. Terima kasih bagitahu.
حذفSaya bukan orang Jawa, melainkan Batak. Tp Krn babysitter saya Jawa, suami saya Jawa, dan memang beberapa keluarga saya Jawa Krn menikah, jadi mau tak mau, kenallah dengan nasi ambeng 😄.
ردحذفDulu pas zaman kecil , tiap ada kenduri, babysitter selalu bawa nasi ambeng ini. Dia yg menjelaskan saya kalau itu namanya nasi ambeng. Nama lainnya nasi berkat.
Memang seharusnya dikongsi bersama, itu sebab porsi biasa besar.
Ohh kiranya di sana pun panggil nasi ambeng juga ye. Nasi berkat pun macam pernah dengar juga. Begitu rupanya ya. Terima kasih share Fanny
حذفAyam kicap dia tetap rasa lain dari nasi ambeng yang dulu².. hihi.. mungkin sebab tukang masak nya lain..
ردحذفBetul tu Linda. Orang dulu-dulu masak sedap kan. Tukang masak lain, air tangan pun lain, rasa pun lain. Kannn...
حذفLamanya tak makan nasi ambeng.
ردحذفNasi ambeng ni tak ramai orang jual dan susah nak dapat kan. Kalau ada orang jual tu, boleh beli nanti Cie.
حذفMula-mula, akak nak cakap, profile photo blog Fizah comel sangat! 😁
ردحذفKedua, akak baca entri Fizah ni, akak belum makan satu hari. Lapor ler, tengok nasi ambeng. Sedap tengok dari gambar. 😋
Hihi..Terima kasih Kak Nur.
حذفTengok waktu Kak Nur komen ni macam dah lewat tak makan lagi. Aduhh silap timing Kak Nur masuk sini kan. Ampuunnn...
Akak paling suka sambal goreng jawa. Ada kedai beli ini memang porsi besar. Kena makan 2 kali untuk habiskan.
ردحذفSedap kalau ada sambal jawa sekali kan. Ni tak ada, sayur tumis biasa je ni. Tempe pun tak ada. Betul, porsi besar boleh makan 2 kali atau kongsi makan berdua.
حذف