Mei 2026 | Masa ni tengah hype air laut Port Dickson jernih sejernih jernihnya. Ada yang kata laut PD jernih umpama di Maldives. Sampai begitu sekali ye umpamanya tu. Entah ye entah tidak.
Tapi ramai yang share gambar di medsos, ternyata air laut Port Dickson memang jernih. Ada masa-masa tertentu lah tapi. Kena tengok jadual air pasang surutnya. Kalau datang tepat pada masanya, ada rezeki lah dapat tengok air laut Port Dickson yang jernih tu.

Sejak tu Port Dickson every weekend jem rasanya. Saya pun FOMO, ajaklah Encik Suami ke Port Dickson kejap. Dekat tak dekat sangat lah kan kalau dah jem tu. Jarang sangat nak ke Port Dickson ni.
Ada sesetengah tempat memang jernih airnya macam di Monkey Bay, kena hiking lah tapi. Malas dah lah nak ke situ sebab dah beberapa kali pergi. Kita nak healing santai-santai tengok laut je sebenarnya.
Kami pergilah Pantai Poli kot orang panggil. Hidden gem katanya tapi dah viral ni tak hidden dah lah. Cantik laluan jalan ni.

Dari jalan besar pun dah penuh kereta tau sebelum lalu lorong viral ni. Sampai parkir depan tu pun tak ada parkir kosong. Sampai pusing 2 kali.
Kat pantai pun ramai orang. Kita hanya melihat dari jauh je lah. Dari laluan atas bukit nampak sikit air laut jernih tu. Cantik pantainya bersih dan luas kawasan pasir landai. Air tengah surut tu kot. Bestnya kalau dapat turun ke pantai. Kami pun tak pernah sampai pantai ni lagi.

Takpelah, tak ada rezeki nampaknya. Jomlah kita cari makan dulu. Kononnya nak makan sotong celup tepung. Kedai pula tak buka lagi. Hmm majuk! Suka tau kecewakan kita.

Maka, pulanglah kami dengan kehampaan. Silap besar lah kami pergi hari Ahad masa tu. Weekend memang penuh ramai orang pun kat sini. Sampai sekarang macam tiap-tiap minggu PD jem ek. Kadang ada event lah apa.
Lagi sesaklah orang menuju ke PD, macam dalam gambar pertama di atas. Antara lokasi air jernih di PD yang saya tahu, Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon), Pantai Purnama dan Pantai Poli. Pantai mana lagi yang jenih di PD ye? Boleh share dalam kotak komen. Next time boleh pergi.
Terima kasih.
28 تعليقات
Adik ada pergi jugak, katanya memang jernih berbanding biasa. Tak pasti dia pergi pantai PD belah mana.
ردحذفTengok gambar pertama tu, rindu dengan rutin kami suatu masa dulu. Masa tu rajin masuk Hutan Tanjung Tuan.
Ya, lama juga fenomena air jernih laut PD ni sampai sekarang. Tapi kalau kat Tanjung Tuan tu memang jernih sentiasa air dia kan.
حذفKalau rindu kena hiking sini lagi kak. Baik Nismilan lama sikitlah tapi.
Cantiknya air laut jernih Port Dickson sekarang! Memang patut FOMO kalau tak pergi santai kat pantai. Saya selalu ke Pantai Saujana.
ردحذفYa, sampai sekarang airnya jernih. Itulah tu, kita pun FOMO. Pantai Saujana memang best kan.
حذفLama tak ke PD. Last masa anak2 kecik je.
ردحذفNanti bolehlah plan cuti-cuti ke PD pulak Cie. hihi...
حذفKalau dah viral dan ramai yang fomo jadi sesaklah keadaannya tu kan.. Akk pernah ke Pantai Purnama je. Tapi bukan time jernih ni la. Lama dah pergi
ردحذفBetul, tiap-tiap minggu sesak ramai orang. Dengan eventnya lagi. Pantai Purnama memang best. Sekarang pun dah ramai ke situ. Dah tak hidden gem dah.
حذفMasa kat Melaka, kami pergi pantai area Tanjung biru tu (blue lagoon).. tak perasan pula warna apa air nya..hahaha.. suka kat situ, sebab dia macam lagoon, so tak panjang la pantai nya..dan air nya takde lah dalam sangat.
ردحذفBlue lagoon ramai orang biasanya. hihi..bila perginya tu? Kalau bulan Mei tu rasanya dah mula air jernih.
حذفYa Allah tidak tahu air di PD tengah jernih bersih. Haha ok betul nampak jernih.
ردحذفMasih jernih lagi sampai sekarang. Bolehlah datang ke PD kak Wina.
حذفHa baru plan nak piknik la kat PD... kena cari lokasi yg best sket kan... eh jom gathering piknik² org² N9 hahaa syiok ni kalau dapat piknik reramai kan..
ردحذفBolehlah tu plan picnic kat PD. Kena cari lokasi paling best lah. Tapi kena pergi awal. Kami sampai awal pun dah penuh semua tempat. huhu...
حذفOrang Nismilan PBSM tiap minggu balik kg. hihi..Kena tengokd date jugak tu.
Akak ni nama je orang Seremban..jarang sagat pi PD...tapi nak cuba pantai poli tu la....
ردحذفSamalah kita kak. Bila rasa nak pergi je baru pergi. Sekarang pun makin sesak on weekend sebab hype air laut jernih ni. Saya pun dapat tengok dari jauh je. huhu...
حذفBestnya kalau dapat tengok kan. Lama betul tak sampai PD
ردحذفSatu terapi jugak. Jika ada kelapangan masa tu bolehlah ke PD pula. hee~
حذفPD memang memanjang croweded, saya biasanya gi teluk kemang, wpun sama jugak crowdednya
ردحذفTeluk Kemang memang sentiasa crowded. Biasa pergi pantai yang hidden gem tapi sekarang tak hidden dah. Pun ramai orang jugak. huhu...
حذفammi tak tau pun cerita air laut PD sejernih Maldives...nampak nau ko tak mengikuti perkembangan semasa Sharmila...
ردحذفSejernih maldives tidaklah. hihi...Nanti boleh plan picnic kat PD Ammi. Rasanya Ammi dulu selalu juga picnic dengan family kat PD kan.
حذفDah lamaaa tak ke pantai. Trakhir THN lalu lah pas ke Maldives. Memang suka kalau warna air di pantai jerniiih dan biru. Apalagi tanpa sampah. Saya nih sejak balik dr Maldives memang teringin nak cari pantai yg begitu juga 😄.
ردحذفAlaaah sayangnyaaa celup tepung tutup. Padahal dah terbayang makan celup tepung seafood, depan pantai begini 😍😄
Syoknya dapat jejak Maldives yang air lautnya jernih tiada tandingan. Suasananya pun cantik! Kalau Malaysia pantai cantik di Sabah lah, semenanjung di Terengganu, Mersing, Desaru, Pahang yang dekat-dekat laut China Selatan. Kalau belah-belah Selat Melaka ni kurang jernih airnya.
حذفTak ada rezeki saya nak makan seafood celup tepung.
oo ada fenomena air jernih ya.. tak tau pulak.
ردحذفada masa-masa lah eh.
A'ah..Sebelum ni pernah jadi tapi dalam beberapa tahun ni baru kembali air jernihnya. Itu apa yang saya bacalah. Sejak Mei haritu air laut PD jernih tapi ada masa-masa dialah, kena tengok waktu air pasang surutnya.
حذفLama juga taik pergi PD Kali terakhir 2018 kalau tak silap
ردحذفLama dah tu. Bolehlah plan jalan-jalan ke PD sekarang. Air laut pun makin cantik.
حذف