30 Jun 2026 | Ikut perancangannya malam tu nak pergi makan celebrate birthday Encik Suami. Tapi dapat perkhabaran kakak ipar meninggal siang tu. Jadi, kita tangguh dulu rancangan kita.
Tapi bila sampai Seremban masih awal lagi, jomlah kita makan kejap di Manshor Coffee. Manshor Coffee ni tutup lewat jam 12.00am. Jadi, bolehlah kita makan kat situ je sebab baru pukul 10 lebih sampai di Seremban.Kami memilih untuk di dalam sahaja lebih sejuk ada penghawa dingin. Scan QR yang diberikan dan mulalah memilih menunya.
Rose Paloma Vinci
Fuhh....Kemain lagi nama dia ek. Nama secantik rupanya. Sayang pula nak minum dengan hiasan sebegitu cantik. Ada 2 biji buah longan, taburan bunga ros kering, bunga kekwa dan daun mint. Meriah betul hiasan minuman ni.
Air yang sedap dan menyegarkan. Saya tak tahu nak describe macam mana minuman ni. Yang penting sedap!



Happy birthday husband! Belanja makan je lah dulu ye. Hari yang gembira, dalam masa yang sama hari berduka kehilangan kakak ipar. Suka dan duka hari yang sama. Jadi, kami raikan birthday sekadaran saja.





Wow! Presentation dia nice. Dihidangkan atas dulang kayu kecil bersama dengan air sejuk dan juga info tentang Wild Pink Coffee. Kopi yang light-light je. Air sejuk tu buat bilas selepas minum kopi ke macam mana? Pertama kali order kopi dapat air sejuk sekali.
Grilled Chicken Chop
Hmm..Sedapnya ayam grill dia. Juicy dan terasa perapan ayam. Ayam perapan pun sedap. Sos black pepper pun sedap tapi kalau ada extra lagi sikit black pepper kasar lagi sedap. Itu ikut selera saya lah.
Fries yang rangup di luar, lembut di dalam. Sayur-sayuran pun segar. Hirisan sayur apa entah yang bulat lingkaran warna purple tu. Siapa tahu?

Spicy Korean Fried Chikin
Encik suami pilih menu yang ringkas je untuk makan malam. Ejaan chicken tu memang chikin sebab style Korean gitu agaknya. Saya rasa sikit, sedap lembut isi ayam dan terasa pedasnya tu. Dihidangkan sekali dengan sos cheese. Boleh kurangkan sikit rasa pedas tu.

Petit Gayo Tiramisu
Kek birthday gantikan dengan sebekas tiramisu yang sedap ni. Dah habis makan baru makan tiramisu.

Alhamdulillah habis licin kami makan. Sedap dia buat kita teringat-ingat. Kalau nak makan tiramisu sedap, silalah ke sini ye kawan-kawan.

Kami enjoy makan kat sini sebab selesa, cafe cantik, makanan sedap, presentation cantik dan service pun cepat.



40 تعليقات
Perghh kemain nama air dia eh hehe... berbunga² tp yg pink tubdh mcm air masak biasa plak rupanya
ردحذفBerkenan plak kita tgk tiramisu dia menarik sungguh..kalau ada rezeki bole gakncuba nanti
Namanya tak nak kalah. Ala-ala Rosalinda Aya Amor gitu kan. hihi..ye, air masak biasa letak ais je. Cuci lepas minum kopi kot. Memang best tiramisunya. Kalau datang Seremban boleh cuba nanti.
حذفRose Paloma Vinci tu memang cantiklah Pizzah. Alhamdulillah, rasanya sesedap namanya. Memang sedap sungguhlah tiramisu tu sampai licin ye Pizzah.
ردحذفSangattt..Masa sampai kat meja pun kita dah terpana dah. Cantik sangat! Sayang nak minum. Sedap dan menyegarkan. Tiramisu dah repeat banyak kali beli takeaway dan kat sini baru kali kedua dine in tiramisunya. Memang sedap!
حذفWah licin pinggan dessert tu, confirm sedap sangat tu hehe ...
ردحذفCantik betul presentation air tu, sayang nak minum & usik hihi
Memang sedap, repeat order dah ni. Licin juga. hihi...Kann..rasa sayang nak usik pun.
حذفHappy belated birthday utk suami Pizzah. Syukur dapat makanan sedap2 dan cantik2 pulak tu, semoga gembira selalu menjalani kehidupan.
ردحذفTerima kasih kak. Alhamdulillah sedap semuanya.
حذفFood presentation dia memukau mata kita. hihi...
Aamiin...
Terima kasih sekali lagi. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...
sedapnyaa
ردحذفAlhamdulillah..Sedap.
حذفSemua menu makanan nama omputih.
ردحذفHbb buat en suami.
Itulah tu, serba omputih wak.
حذفTerima kasih wak.
Kalau saya x puas rasa minum air cantik2 tu.. Kite ni air kedai mamak je... Hahaha
ردحذفSayur bulat pink tu bukan raddish ke... Ntab le... Maen teka je
Hihi..kalau dahaga memang tak puas minum.
حذفSaya terus google dan perhati macam ye je tu. Terima kasih share.
Happy Belated Birthday to your husband!!! Your photos are so beautiful! Everything looks so pretty, elegant and delicious!!!
ردحذفThank you for your kind wishes and compliments.
حذفUwaaah melihat minuman cantik begini macam tak tega nak minum 😍😍😍😄.
ردحذفMakanan lain pun terlihat sedaaap kak. JD teringin nak coba 👍.
Kalau di beberapa kafe kopi artisan dj sini, pasti disediakan air putih disamping kopi. Gunanya memang utk membersihkan lidah, supaya balik netral lagi. Sehingga rasa kopi bisa dinikmati dengan baik.
Tiramisunya pakai kopi Gayo dari Aceh yaa 😍.itu salah satu kopi arabica favorit saya asal Aceh.
Sayang kan sebab terlalu cantik. hihi...Makanan di sini sedap-sedap menurut tekak saya.
حذفOohh macam tu ye. Saya baru pertama kali jumpa pesan kopi dihidangkan sekali air masak. Baru faham kenapa.
Mungkin juga, sebab namanya tu kan. Sedap!
Wah Wild Pink Coffee tu!
ردحذفNice sangat kan presentation dia. Rasa pun sedap.
حذفAir kosong diberi sekali untuk bilas tekak kot.. kan kopi tu pahit dan pekat.
ردحذفSeperti yang Fanny terangkan tu. Begitulah rasanya untuk bilas neautralkan lidah.
حذفamboi air tu,, vogue sungguh! alhamdulillah semua makanannya sedap mengikut tekak. saya tertarik betul dgn grilled chicken chop tu!
ردحذفrare jugak ni, order kopi dapat ais kosong
Wah air ni dapat perhatian ramai rupanya. hihi..rupa dan nama dia voque kan. Alhamdulillah sedap-sedap semuanya. Grilled chicken chop sedap.
حذفRare kan macam ni tapi ada yang dah biasa tengok. Kita je tak biasa. hihi...
pernah singgah sini time tu nk try tiramisu yg tgh viral
ردحذفLulus tak tiramisu dia kak?
حذفwaaa terliur la air rose paloma tu! cute sgt..sayang nak minum hahahahah
ردحذفCute dan sedap. Hihi..lulus ikut selera.
حذفNama air macam nama pelakon Latin yang seksi dan menggoda begitu. Semua makanan nampak sedap sungguh lagi-lagi kek tiramisu
ردحذفHihi..so latin sangat nama dia kan. Alhamdulillah semuanya sedap.
حذفammi tak pernah pun makan kat sini... ini kat tepi jalan yg nak ke paroi atau yg kat lavender tu?
ردحذفyg bulat ada ring merah tu radish kan? Tau sebab pernah main game masak2 ... ahakss..nampak nau kakak awak ni kaki main game
kat Lavender Height. Yang tepi jalan tu dia collabs dengan aksara kot rasanya kan. Betul, afeezz ada komen juga kat atas. Terima kasih Ammi share. Hihi..rare betul main game masak-masak.
حذفSedapnya tiramisu tu. Happy belated birthday untuk suaminya tu. Semoga yang baik2 je mengiringi.
ردحذفMemang sedap.
حذفAamiin..
Terima kasih Cie. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan untuk Cie dan keluarga. Aamiin..
Kedai ni buka sampai malam ye...akak pernah makan sekali kat sini..Happy belated birthday untuk suami Fiza! Cantik sungguh presentation air Rose Paloma Vinci tu, memang sayang nak minum. Makanan lain pun nampak menyelerakan sangat. Nanti kalau lalu sana boleh cuci mata dan singgah cuba tiramisu kat sini.
ردحذفSampai 12 tengah malam. Terima kasih kak. Presentation semuanya menarik kat sini. Sila cuba tiramisu kat sini kan. Sedap!
حذفEk bunga dalam air itu boleh makan tidak? Haha macam kekok cara nak minum air begini. Kena alihkan bunga-bunga ke?
ردحذفRose bud tu selamat je makan sebab ada buat teh rose bud juga kan. Bunga yang besar tu tak pastilah. Asingkan je bunga-bunga tu dan minum macam biasa. hihi...
حذفHappy Belated Birthday untuk suaminya. Nak sedap2 je makanan/minumannya.
ردحذفTerima kasih. Hari yang special kena jamu yang sedap-sedap gitu.
حذف