Usai solat Maghrib dan bersiap-siap kami terus gerak ke Smiley Beach di kawasan resort untuk menyaksikan Fireshow yang disediakan untuk mereka yang menginap di sini. Fireshow ni bermula pada jam 8.30 malam sehingga 9.00 malam.
Bagus jugalah dia mula lambat. Boleh tenang-tenang bersiap. Persembahan pun tak lama setengah jam macam tu je. Pastikan datang awal supaya tak terlepas peluang menyaksikan Fireshow ni.
Kami sampai awal sikit, dapatlah tempat duduk depan sekali di hujung. Pilih tempat duduk depan dapat menyaksikan dekat sikit dan lebih cantik ambil video ataupun gambar sebab tak nampak kepala orang depan kan.
Dah balik baru perasan tak ambil gambar pun. Semuanya video! Kenalah print screen untuk dijadikan gambar buat modal cerita dalam blog. Itu yang kurang sikit kualiti gambar ni. Jadilah daripada tak ada lansung.

Acara kemuncak Fireshow dengan percikkan api yang mega dan wow sangat. Pemain api duduk jauh dari kami semua sebab pertunjukkan ni menggunakan kawasan yang luar dan percikan api yang besar.



Bersambung...
20 تعليقات
berani betul dak ni, terang jelas dan nyata sgt la kan? kita tgk dari jauh pun rasa ngeri ye.
ردحذفtapi kagum juga dorang punya seni main api tu.
Kita zoom lah awak. Tak dekat sangat pun. hihi..Risau juga dekat-dekat. Ya, dorang ni mesti ada ilmu ni.
حذفni memang salah satu tarikan kat sini...dulu2 masa MZ dtg pun, ada jer fireshow ni
ردحذفBetul! Salah satu tarikan di sini. Hari-hari ada. Seronok kan.
حذفwahhhh..hari tu Ibu gi kuantan pun dpt tgk fire show ni...
ردحذفWahhh kat pantai mana tu Mummy Ayu?
حذفSatu bentuk aktiviti untuk menarik minat orang supaya menginap di sini.
ردحذفYe, benar sekali.
حذفSelalunya memang tgk jauhh je tak berani dekat he hee seriau pula
ردحذفKann..panas pun ye jugak. Risau terkena percikan api tu je.
حذفBestnya dapat tengok fire show. Pernahla jugak tengok kat karnival.
ردحذفSeronok dapat tengok live. Jarang karnival ada fireshow. Tapi kalau ada tu bestlah kan dapat tengok live.
حذفFireshow gini memang jadi tarikan.
ردحذفBetul, ini show yang dinantikan oleh tetamu.
حذفCantiknya semua gambar yang dikongsi walaupun discreenshot daripada video. Ini antara USP resort ini la ye. Menarik persembahan 30 minit ni ye
ردحذفTerima kasih Kak Sarie. Boleh jadi jugaklah. Tapi kalau resort tepi pantai biasanya ada je fireshow macam ni kan.
حذفSayapun penasaran dengan show seperti ini kak. Macam mana latihannya yaaa, sampai bisa kuat terkena api. Katanya memang ada ilmu juga. Ntahlah... Antara percaya dan tidak kalau dah menyangkut 'ilmu khusus' nih 😄. Yg penting pertunjukannya memang baguuus
ردحذفSeronok kan dapat tengok show macam ni sebab jarang sekali ada show macam ni kecuali di resort-resort tepi pantai. Takpe, yang tu kita tak perlu fikir Fanny. Kita enjoy je tengok show yang mereka persembahankan. hihihi...
حذفWalaupun ambil gambar print screen daripada video je, tetap nampak jelas dan cantik hasilnya Fiza! Percikan api yang mega tu memang nampak wow sangat
ردحذفTerima kasih kak. Best sangat tengok fireshow ni. Tengok live lagi syok nampak percikan api yang cantik.
حذف