Selamat pagi semua. Sarapan apa di hari cuti ni? Lately rasa macam kurang selera makan. Dahlah tak ada selera makan, nak makan apa pun tak tahu. Selera dah mula menjauhkan diri. Dia macam tu lah. Kejap ada selera, kejap tidak.
Macam teringin pula nak makan lauk-lauk kampung yang jarang masak. Tapi bukan masak sendiri, nak orang lain masak especially family lah. Kadang jemu dengan masakan sendiri. Rindu masakan mak..huwaaa...
Sebelum kita emosi, baiklah kita teruskan dengan cerita si ubi keledek manis ni. Nama dia purple sweet potato. Haritu terbaca blog Carneyz, dia masak keledek guna air fryer. Kebetulan pula malam sebelum tu ada beli keledek ungu ni sebab teringin nak makan keledek manis.
Sebelum ni ada nampak juga di TikTok orang share cara masak keledek guna air fryer je. Baca pula blog Carneyz lepas tu kan, teruslah merajinkan diri masak. Bila dah rajin tu jangan ditangguh-tangguh, nanti dia bertukar hasrat pula.
Saya beli purple sweet potato produk dari Indonesia beli di Jaya Grocer. Saya suka beli keledek manis ungu/ purple sweet potato berbanding isi warna kuning tu. Beli saiz kecil-kecil macam ni senang cepat masak dan sesuai untuk porsi sekali makan.


Masak ubi keledek manis guna air fryer

- Basuh bersih, potong kedua-dua hujung. Toreh melintang untuk memudahkan proses buang kulit nanti. Masak selama 20 minit dengan suhu 200°C.
- Selepas 20 minit, keluarkan keledek.
- Rendam keledek dengan air sejuk selama 5 minit.
- Masukkan semula keledek dalam air fryer. Letak yang bahagian atas tu kat bawah pula. Biar sekata masaknya. Masak selama 18 minit dengan suhu 180°C.
- Keledek masak empuk sepenuhnya.

Masak elok empuk. Sedap makan panas-panas. Terasa manisnya cuma kurang caramelized. Mungkin tu jenis keledek kuning je kot. Tak kisah lah tu, janji sedap di makan. Tapi yang tak bestnya dia macam kering sikit.
Saya lebih suka rasa keledek rebus yang dimasak dengan kaedah tradisional. Rebus macam biasa. Lebih sedap empuknya tu, lebih lembut dan tak kering sangat. Kalau ikutkan tempoh masa masak tu lebih kurang je.
Ikutlah selera masing-masing dengan kaedah yang mana lebih mudah. Saja nak cuba masak keledek guna air fryer. Lagipun dah lama air fryer tu terbiar sepi kan. Eloklah kita bagi dia buat kerja sikit. Tengok keledek ni macam teringin jacket potato lah pula.
24 تعليقات
Baru nak tanya, tak kering ke pakai AF? Memang agak keringlah kan sebab bukan kaedah merebus. Tapi yelah, ikut selera masing-masing.
ردحذفAF akak hampir setiap hari bekerja, selalu buat roti bakar dan ayam bakar.
Betul, kering sikit. Bagus kak Ujie guna selalu. Tak sia-sia membeli tu digunakan sebaiknya.
حذفbole try lah nnt tp kene beli air fryer dulu nampaknye..
ردحذفHihi..rebus je pun boleh. Lagi mudah.
حذفHehehe adoi kena try juga la.. keledek dah ada depan mata ni, tgh cari kerajinan je 😜🤣
ردحذفHaa dah ada depan mata tu, kena buat tu nanti. Jangan biarkan dia sampai bertunas. hihihi...
حذفRindu air tangan mak tu perkara biasa =)
ردحذفTapi idea guna air fryer masak purple sweet potato ni memang memudahkan. Rebus cara tradisional memang terbaik untuk keledek manis, lebih juicy dan tak kering
Bukan perkara biasa sebab mak saya dah tak ada. huhuhu...
حذفMudah jugalah guna kaedah ni. Ye, betul kaedah rebus tu lagi sedap pada saya.
yeay, boleh dicuba nanti. biasanya, kita rebus ja. kupas siap2 terus ngap bila masak.
ردحذفBoleh cuba kaedah ni kalau nak cuba rasa dia macam mana. Pada saya, rebus macam biasa tu lagi sedap.
حذفMinggu lepas guna kaedah yg sama dgn keledek biasa bukan keledek jepun. Tak tau la sama ada keledeknya dah tua atau sebab bukan keledek jepun, jadi bila saya buat kaedah air fryer ni keledeknya tak keluar karamel dan isinya kering. Tak sesedap yg kejadian keledek jepun tu 😅 mungkin saya kena experiment kaedah air fryer ni dengan keledek jepun sekali lagi hehe
ردحذفOhh rasanya ikut jenis keledek juga kan. Kena keledek Jepun juga agaknya kot sebab manis baru caramelized. Ni manis juga tapi tak caramelized sangat. Pelik juga tu.
حذفCuba masak sekali lagi tengok camne pergi dia. heee
Tq Aphizha sebab bagitahu cara AF buat ubi keledek kering. Kebetulan ada keledek ungu itu terfikir hendak buat cara apa yang senang.
ردحذفKalau suka jenis lembut empuk dan tak kering, boleh rebus je Kak Wina. Kalau nak cuba cara macam ni pun boleh.
حذفsedap tu sweet potato..biasa husband rebus ..aritu ada juga die guna air fryer and oven
ردحذفGuna oven macam air fryer juga ke hasilnya kak?
حذفkebetulan i ada beli keledek ari tu..nak balik try lah nanti..ni i kat opis...byk keje urgent plak hari ni
ردحذفMacam right timing pulak kan. Selamat masak keledek balik nanti. Nanti boleh share kejadiannya. hihihi...
حذفKat Tik Tok skrg tgh viral keledek dari indonesia ngan japan...ikutkan nak beli..bila cuba checkout rasa macam x berbaloi..terus kensel...beli je la kat Jaya Grocer nanti..boleh cuba kaedah masak ngan AF ni...
ردحذفA'ah ada nampak orang jual dalam pek ready to eat tu. Kalau nak cuba boleh je beli satu buat rasa-rasa. Teringin juga nak rasa tapi tak beli-beli lagi. Boleh juga tu beli keledek di Jaya Grocer, ada banyak jenis keledek. Selamat mencuba nanti kak.
حذفAda je ubi keledek ini jual kat tik tok produk ready to eat. Dah lama tak makannya.
ردحذفYe, ada jual ready to eat. Saya tak pernah cuba lagi yang tu.
حذفSetujuuuu kak. Saya kalau ubi2 macam ini lebih suka rebus atau kukus. Kalau di air fryer atau goreng, agak kurang lah.. memang tak SE juicy dan selembut kalau kukus dan rebus
ردحذفKaedah tradisional tu lagi sedap kan sebab lagi lembut dan tak kering.
حذف