Sekarang tengah musim buah dokong agaknya kot. Meriah nampak orang jual buah dokong di mana-mana. Selaku peminat buah dokong, takkan tak beli. Encik Suami beli sekilo RM10. Elok peniaga tu bagi dua gugus buah dokong ni.
Suka sangat kalau peniaga bagi macam ni. Buah elok dah tahan lama sebab masih belum terlerai lagi. Cuma dia mahal sikitlah kot sebab timbang dengan tangkai sekali. Ke tak kira?

Manis buah dokong ni ada masam sikit. Ada juga yang belum matang sepenuhnya dan rasa kelat sikit. Tapi sedap je boleh makan.
Dua gugus ni saya makan seorang je. Makan sikit-sikit lah tapi. Encik Suami tak suka sangat, risau sakit perut katanya. Saya makan okay je tak ada pun terus nak membuang. Tapi dulu pernah lah jadi juga, makan je masuk tandas. Kali ni okay pula. Magis betul.

Selepas saya tanya Uncle Google, katanya musim buah dokong ni bulan Jun sampai September. Peminat buah dokong, sila beli tengah musim ni. Antara buah dokong, duku dan langsat saya suka buah dokong, lepas tu duku dan akhir sekali langsat.
Buah langsat banyak getah dan kelat. Duku sedap tapi susah nak dapat.

38 تعليقات
Mahal juga RM 10 sekg.
ردحذفYe wak. Kat sini RM10. Beli jugalah walaupun mahal.
حذفSusah nak beza duku, dokong, langsat. Sedapnya lama tak makan.
ردحذفSenang je nak beza duku tu sebab berbeza dari dokong dan langsat. Buah duku besar dan tebal kulit dia.
حذفSamaaaaa, sayapun lebih suka buah duku drpd Langsat kak. Kalau di Indonesia, duku yg manis itu asal Palembang. Jadi kalau di Palembang dah musim, di bawa ke JKT muraaah sangat. 1 kg cuma Rp5k. Nanti nak cari lah, apa di sini musimnya sama atau tak.
ردحذفLangsat tu masam. Susah nak dapat yang manis. Itu yang kurang suka. Murah sangat tu Fanny, rugilah kalau tak membeli kan. Nanti boleh cari.
حذفWhat a lovely harvest! Thank you so much for sharing these photos and information about this fruit! I hope you are having a wonderful week. :)
ردحذفI just bought it not harvest. Thank you Linda for the compliments. You too, have a wonderful week.
حذفI want to thank you so much for your kind comment on my blog! The yellow flower is a dandelion. It is actually a weed. But I find it sunny and pretty with the yellow. The white tiny flowers in my other photo, I am not certain as to what they are. :)
ردحذفNo problem Linda. Ohhh that's why I've never seen it before. Thank you Linda for letting me know.
حذفBuah dokong ni kalau tergigit bijinya tuh yang buat terkebil-kebil eh ke yang tuh biji buah langsat ye
ردحذفYeee. Kalau tergigit tu naya. Buah langsat pun sama bijinya macam tu tapi isi buah langsat tu masam dan kelat. Dokong ni manis lagi.
حذفfav. suka sangat buah dokong
ردحذفSedap kan buah dokong ni. Manisss...
حذفsedapnyaaa...nampak fresh
ردحذفAlhamdulillah..fresh tu sebab masih lagi ada tangkai.
حذفsedap.. linda pun suka.. tapi, pokok bapak belum ada tanda2 berbuah pula...
ردحذفOhh tak sama musim pulak ye. Tak lama lagi lah tu. Dapatlah makan fresh from pokok.
حذفSedapnya buah dokong! 🤤 macam nak kena pergi pasar chow kit cari buah dokong jugak camni.
ردحذفKann..kena cari ni bila dah musim. Kalau luar musim lagi susah nak dapat.
حذفmasa hari mengundi tu otw balik Seremban dari Bangi adik lelaki ammi nampak org jual dokong dan dia beli. Tp ehhhhh baru perasan sebijik pun kakak dia ni tak merasa. Dia jemput je "ngah ada dokong ni atas meja". Tau-tau hilang smua.
ردحذفAlahaiii sian Ammi. Tak ada rezeki Ammi nak merasa buah dokong. Tapi area sini banyak juga orang jual tepi jalan.
حذفDah lama tak makan buah ini.
ردحذفTengah musim buah ni, bolehlah beli kalau teringin.
حذفAkak suka kalau musim buah macam ni. Dokong sedap. Duku pun sedap. Sedap bila dapat murah dapat makan banyak2
ردحذفKalau datang musim buah yang kita suka. Seronok dapat makan.
حذفUish sedapnya buah dokong manis-masam! Nasib baik perut cooperate kali ni. Encik suami rugi tak join.
ردحذفMemang sedap. Mujurlah perut tak meragam. Dia tak makan, kitalah untung dapat makan lebih. hihihi...
حذفPaling sedaplah kalau dapat buah dokong. Kalau saya, makan rak boleh berhenti hihihi.
ردحذفItulah, dapat yang kecil-kecil sedap tu. Syok je makan tak tahu bila nak berhenti. hihihi
حذفAda satu lagi Fiza, kacukan duku langsat.
ردحذفTapi selalu keliru 😂
Alamak, duku langsat pun ada ek. Yang tu tak pernah jumpa lagi. Apa nama buah tu kak?
حذفDah lama x makan...selain dokong Kak SA suka buah duku yg kulit tebal tu
ردحذفSekarang tengah musim ni banyak orang jual. kot teringin boleh beli. Duku pun saya suka tapi susah nak jumpa kan.
حذفkita kalah dgn buah ni sekarang, makan dua tiga biji rasa mcm nafas tak sampai.
ردحذفsuka juga makan namun kena berjaga-jaga.
Haa bahaya tu. Better jangan makan kalau memudaratkan.
حذفsaya suka buah dokong! dulu2 memang ada pkok dokong ni kat dpn rumah my mom kat kg..now dh tebang semua..tinggal manggis dan rambutan jer
ردحذفAla sayangnya dah tebang. Nak makan kena beli lah macam tu.
حذف