Jun 2026 | Hari sabtu, keluarga adik-adik ipar dan mak ke Pantai Teluk Kubor nak mencari remis katanya. Lepas kami selesaikan urusan pagi tu terus lah ke Pantai Teluk Kubor Port Dickson. Mereka dah sampai awal dan tengah meremis (mencari remis).
Ada ke perkataan meremis? Dia macam mencendol (makan cendol) kaedahnya. Pantai ni belakang Eagle Ranch Resort. Ikut je jalan masuk ke sini, terus je sampailah nampak pantai. Jangan pula belok masuk Eagle Ranch tu.
Ramai juga mencari remis kat sini. Sampai hujung sana orang cari remis. Yang paling seronok tu budak berdua ni lah. Dapat main air. Itu yang mereka mahukan.

Dia punya healing, macam dunia ni ana yang punya. Seronok jadi budak-budak. Main je tanpa perlu fikirkan masalah negara. Tengok gambar ni rindu zaman kanak-kanak riang.

Masa kami pergi ni air pasang tinggi sikit, jadi tak nampak luas pantai landainya. Mujur ada banyak pokok tepi pantai ni. Dapatlah kami berteduh bawah pokok. Sunburn 3.0 untuk saya selepas jalan-jalan di Teluk Batik dan Pulau Pangkor.

Saya dan Encik Suami tak join sekali mencari remis. Kami tak bawa baju lebih sebab ada urusan pagi tu. Tak plan juga nak mencari remis.
Jadi pemerhati je tepi pantai tolong jaga anak buah. Kerusi healing tu memang letak dalam bonet kereta. Dapatlah guna untuk duduk kat tepi pantai ni.

Mujurlah tak meragam budak kecil ni. Dah lama tak jumpa, dia tak nak pula dengan saya. Sebelum ni okay je. Tulah kan, lama tak jumpa. Lupa agaknya. Tapi lama-lama okay je.

Adik healing dengan uwan dan Mak Ngah. Pak Ngah tukang ambil gambar. Kami tukang jadi pemerhati je lah ye hari ni. Ampunn...
Kami bawa nasi ayam golek bro dari Seremban. Tak kan tak ada makan-makan kan. Lagipun dah nak tengah hari dah, waktu makan tengah hari. Mesti semua lapar dah berpenat cari remis.
Beli 9 bungkus untuk 9 orang. Senang nak makan dibungkus satu-satu dalam kotak ni. Kami pun tak makan lagi. Bawa makanan ni dapatlah makan ramai-ramai feeling-feeling berkelah tepi pantai gitu kan.

Dah lama tak makan nasi ayam golek bro ni. Dulu selalu juga beli ayamnya. Sekarang dah jual set nasi. Lebih bagus macam tu kan. Tak adalah beli ayam semata-mata.
Ada orang jual aiskrim, anak buah minta beli aiskrim. Belilah juga aiskrim kon ni. Lepas tu terbaca kat thread pasal orang jual aiskrim ni tak hygiene. Kita pula lupa nak tengok haritu hygiene ke tidak. Benda dah lepas pun. Itu last lah beli aiskrim kon ni. Lepas ni tidaklahhh. Titik!


Remis ni dia ada banyak pattern corak ye. Macam-macam warna ada dalam keluarga mereka. Hasil pencarian, mereka bahagi 3 termasuk saya. Ehh..kita tukang perhati pun dapat. Aduh, dah kena rasa bersalah pula ni sebab tak menolong mencari.
Mereka kata banyak ni dan dah siap asing dah. Hmm..baiklah. Sebelum tu adik ipar ada tanya, makan remis tak? Saya jawab tak pernah makan. Itu yang dia bagi tu. Kira rezeki saya lah tu. Orang memberi, kita merasa.
Dah kemas-kemas barang semua, masing-masing pun gerak ke rumah masing-masing. Saya tak pernah tahu pun nama pantai ni. Tak tahu juga ada remis kat sini. Adik ipar kata dia pun tahu dari TikTok. Dengar nama dia macam seram. Ada kubur ke kat sini?
Air dia taklah jernih sangat tapi bersih boleh mandi. Pasir pun ada kasar ada halus. Pantai bersih cuma hati-hati tepi bawah pokok tu sebab ranting dan dahan bersepah sikit.
Macam tak ramai tahu tempat ni. Sesuailah untuk berkelah tepi pantai sebab dekat je dengan jalan. Parkir pun tepi jalan je.
22 تعليقات
Bahagia tgk ank2 kat tepi pantai
ردحذفMain pasirr.
Cari remis
Tiba terkenang kalu zaman ciknur ktorg main tepi2 pasir sungai
Cari udang2 celah2 batu
Adussshh rinduuuuu
Merekalah paling seronok, main air sambil tu tolong cari remis. Wah bestnya tu cari udang terus. Rindu kenangan lama, kan. Kena datang semula tempat tu dengan anak-anak pula.
حذفAha tidak ramai datang sini maka banyak remis yang dapat dikutip.
ردحذفAlhamdulillah rezeki Aphizha dapat remis walaupun tidak cari. Hehe ini upah jaga Adik agaknya.
Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga. Selain dapat remis, dapat juga spend masa bersama.
حذفwarghhh ada lagi ya eagle rench tuuuu
ردحذفrs mcm dah lamaaaaa wujud
byk nyeee kutip remis... sedap tu kalau buat msk lemak....
Ada tapi mungkin dah kurang hype macam dulu-dulu. Saya pun tak pernah stay sini. Masak lemak pun sedap ek. Saya pertama kali nak makan remis ni pun.
حذفPizzah.... kerja meremis ni perbuatan Kak Amie kalau ke Pantai Jeram atau Panrai Remis zaman remaja purba dahulukala. Seronok meremis di bawah bahang matahari laut, balik rumah dah tak ada rupa orang! Nampak gigi dengan mata putih jew.
ردحذفMesti seronok sangat masa tu kan kak Amie. Dulu tak kisah bab panas ni, yang penting enjoy cari remis. Hihi..kelakar pulak nampak mata putih dan gigi tu. Macam berkubang pulak.
حذفMaksudnya muka jadi hitam legam, hanya nampak warna gigi dengan mata putih sahaja hihihiiik!
حذفHihi..dapat bayangkan rupa dia macam mana. Kalau nak kena marah pun terus tak jadi marah dah.
حذفSama berarti perkataan remis di sana. Di sinipun mencari kerang macam itu. Tp beberapa daerah sebut kerang di atas dengan kerang kelapa. Tergantung daerah . Tapi saya paham maksudnya.
ردحذفSedaap nya makan nasi ayam di pantai begini. Memang macam piknik 😄👍
Comel pula sebut kerang kelapa. Yelah kan, lain tempat lain panggilannya. Ya, ala-ala picnic jadinya.
حذفRemis kalau.kat tempat akak ada orang jual.. murah je dan banyak. Sekarang jarang jumpa pulak.
ردحذفOh ye? Kat mana tu? Ke dia ikut musim jugak? So far tak pernah lagi jumpa orang jual atau di kedai makan.
حذفbest tu aktiviti meremis hehehh :) aiskrim dimakan di tepi pantai memang best sgt sbb mknn sejukkkk
ردحذفBest kalau cuaca ok dan banyak hasilnya. hihi..Cuaca panas makan aiskrim syoklah kan.
حذفammi pun baru tau, tapi sebab dah tau macam kena pergi lah juga. mana tau ada juga rezeki nak meremis
ردحذفBolehlah pergi nanti Ammi. Mana tahu ada rezeki dapat hasilnya banyak juga nanti.
حذفseronoknya cari remis..dulu kecik2 selalu cari kepah kat pantai pasir panjang tu..yg kat Kg Telok tu..Fiza pernah pi rasanya sebab pernah baca...remis ni sedap rebus gitu je titikan serai 2-3 batang...
ردحذفOhh situ. Last pergi situ bulan Jun ke tak silap nak pergi makan kat medan atas tu. Tutup. Ke dah tak ada orang berniaga kedai makan kat situ. Betul, rebus je pun dah sedap.
حذفNasi ayam golek bro. Kenapa cuba satu hari nanti ni.
ردحذفSilakan cuba kalau ke Seremban. Masuk dalam list siap-siap.
حذف