Jun 2026 | Berkenan pula dengan design telekung Siti Khadijah Flair Nawar. Design polar telekung yang berbeza daripada telekung biasa dan minimalist tanpa sebarang sulaman dan lace pada bahagian tepi telekung dan muka.

Telekung bersama beg yang comel. Siri Flair ni memang sesuailah bawa travel atau untuk pakai harian. Ini koleksi ketiga telekung SK saya untuk siri flair ni. Jenis ringan dan selesa pakai untuk solat harian dan travel.

Bahagian muka yang saya suka. Tak ada sebarang kemasan. Lebih selesa. Ngam-ngam muat dengan saiz muka. Beli warna wood mauve sebab warna ni je yang ada stok.
Itupun beli online di website Siti Khadijah sebab kat store Senawang tu tak ada stok. Katanya ni keluaran lama. Ohh saya tak perasan pula sebelum ni.

Warna ni pun okay macam warna dusty purple gitu. Cantik in real. Tak ada lagi telekung warna soft pastel ni. Kain sejuk dan selesa pakai. Kain dia berat sikit berbanding flair aria dan flair zyra. Berbeza sikit kualiti white label (basic) dengan maroon label (premium) yang pernah saya beli.
Black label (Exclusive) je belum pernah cuba. Mesti lagi best kain dia kan. Yang dah lama pakai masih bagus kualitinya. Siti Khadijah pun ada buat kempen tukar telekung lama kepada telekung baru.
Mana yang dah loose getahnya tu boleh tukar baru. Tapi ada syarat tertentu lah. Bagus juga macam tu kan. Beli baru tukar lama gitu kaedahnya.
26 تعليقات
cantik beg dia. senang nak bawa ke mana mana kalau ada beg sekali
ردحذفA'ah. Cantik dan comel. Mostly dah banyak telekung yang dijual dengan beg sekali. Mudah nak simpan dan bawa travel.
حذفTelekung SK memang selesa dipakai. Yang Fizah beli ni, nampak cantik. Akak ada satu saja telekung SK. Teringin juga nak beli yang baru. Sebab yang lama sudah season, warna putih je. Bertahun-tahun dulu beli.
ردحذفYang ni sangat minimalist design dia. Polar pun berbeza. Cantik pada saya. InsyaAllah moga ada rezeki Kak Nur nanti dapat yang baru. Aamiin...
حذفFemes brand ni... sesuai juga buat bagi hadiah!
ردحذفYe uncle. Sesuai sangat. Untung kalau dapat hadiah dari SK ni.
حذفCantik beg telekung tu. Cie ada 1 je brand SK ni.
ردحذفCantik, lain sikit daripada yang sebelum ni sebab menggunakan butang klasik.
حذفTelekung sk memang bestt dan selesa kan sesuai harganya
ردحذفBetul, selesa. Sepadanlah dengan harganya.
حذفTelekung SK ni memang selesa, tahun lepas dapat hadiah sempena perpisahan dari sahabat2 di Sabah. Sesuai sangat utk travel. Ringan dan selesa. Tahun ni pun ada dapat 1 dari kawan sempena pergi haji. Memang sesuai untuk hadiah. Rezeki dapat telekung org bg hadiah. Semoga pahala mereka berpanjangan.
ردحذفAlhamdulillah. Yang penting selesa pakai bila solat tu.
حذفAamiin...
famous brand SK ni :) so far i ada dua psg ie satu hadiah dari my SIL dan satu lg hadiah dari fanny :) dua2 cantik dan selesa sgt
ردحذفYa, brand telekung yang popular. Alhamdulillah best tu dapat hadiah telekung SK. Selesa sangat kan.
حذفtelekung SK memang sedap. padan lah dengan harga nya...
ردحذفlinda ada juga, orang hadiahkan
Betul, sepadan dengan harganya. Alhamdulillah seronok tu dapat hadiah telekung SK.
حذفBagus siap ada bag..senang nak bawak pi travel kan..setakat ni akak guna yg Kak Notie bagi telekung travel...guna gak yang Fanny bagi...
ردحذفMostly telekung sekarang dah banyak jual dengan beg sekali. Betul tu, senang nak bawa travel tak perlu cari beg lain. Alhamdulillah...dapat guna hadiah telekung yang orang bagi.
حذفTak tahu dah berapa banyak mukena SK yg saya ada. Krn kalau utk di rumah yg saya pakai sering ya mukena SK. Sayangnya blm ketemu mukena SK yg utk traveling yg betul2 kecil. Kalau ada pasti saya beli juga.
ردحذفKalau untuk travel boleh cuba beli yang series flair ni ada macam-macam jenis material dan begnya. Tapi dia tak lah kecil sangat lepas lipat tapi masih okaylah bawa travel. Ringan dan selesa. Taklah terbang-terbang macam telekung travel ringan tu.
حذفTelekung SK memang sedap materialnya dan ngam elok di muka kan. Itu yang paling unik dengan telekung SK ni. KSarie ada 2 helai telekung SK. Suka pakainya. Sejuk, ringan dan selesa. Tapi telekung yang Fiza beli ni nampak sweet je. Berkenan pula rasanya
ردحذفBetul, pendek kata selesa! Yang ni memang best sesuai untuk harian dan juga travel. Sila beli. hihi...
حذفCantik warnanya.
ردحذفAkak tengok Emak pakai SK memang tahan lama. Kain memang berkualiti. Memang ingat hendak beli hehe tapi kena guna telekung yang ada yang masih belum pakai.
Warna pastel soft. Cantik, kan. Ye, kain berkualiti tahan lama. Yang saya beli sebelum ni pun masih elok lagi kain dan getahnya. Kalau masih ada yang belum pakai tu baiklah guna dulu.
حذفSuka yang muka jenis ni, minimalis. next time nak cari juga lah... akak ada 2 hadiah dan 2 lagi beli sendiri itupun beli masa ada diskaun😅. Suka fabrik SK ni, rasa sejuk.
ردحذفYang jenis muka macam ni sangat selesa. Suka design minimalist tanpa hiasan. A'ah kadang beli masa diskaun juga lebih berbaloi kan. Setuju, selesa sangat kainnya.
حذف