Saya tak mampu nak meneruskan telan Extra Virgin Olive Oil (EVOO) tu. Bau dan rasa tu tak boleh lalu tekak dah. Ambil keputusan untuk cuba makan fish oil pula. Fish oil pun banyak manfaatnya juga. Tapi lebih bagus EVOO lah seperti yang disarankan oleh doktor.
sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad, Doktor. Motivator Islamik. Coach Wellness A'aFIYAT
Kami survey fish oil di Watsons. Setelah buat perbandingan dan kira-kira harga, kami beli Fish Oil BiO-LiFE yang lebih berbaloi beli twin pack.


Mengandungi Omega-3 triglycerides 300mg :
Minyak ikan (Fish Oil)
Minyak ikan kaya dengan asid lemak omega-3 (EPA dan DHA) yang menyokong kesihatan jantung, mengurangkan keradangan, serta membantu perkembangan fungsi otak dan penglihatan. Ia menjadi suplemen popular bagi mereka yang kurang makan ikan segar dalam diet harian.Kebaikan minyak ikan (Fish Oil)
1. Menurunkan keradangan
- Kaya dengan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) yang bersifat anti-radang.
- Membantu pesakit arthritis, asma, penyakit autoimun & keradangan usus.
2. Menurunkan tahap kolestrol & trigliserida
- Omega-3 menurunkan trigliserida dalam darah.
- Membantu meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan risiko penyakit jantung.
3. Menyokong kesihatan otak
- DHA adalah komponen penting dalam membran sel otak.
- Meningkatkan daya ingatan, fokus & fungsi kognitif.
- Membantu kanak-kanak (perkembangan otak) & warga emas (lambatkan demensia).
4. Melindungi kesihatan mata
- DHA juga penting untuk retina.
- Kajian menunjukkan omega-3 bantu kurangkan risiko degenerasi makula & mata kering.
5. Menyokong kesihatan sendi
- Mengurangkan kekakuan & sakit sendi, terutamanya pada pesakit rheumatoid arthritis.
- Bertindak sebagai "pelincir semula jadi" untuk sendi.
6. Menyokong kesihatan kehamilan & bayi
- Omega-3 bantu perkembangan otak & mata janin.
- Penting untuk ibu hamil & menyusu bagi menyokong tumbesaran bayi.
7. Kesihatan kulit
- Mengurangkan masalah kulit kering, ekzema & psoriasis.
- Bertindak sebagai anti-radang & melembapkan kulit dari dalam.
8. Meningkatkan mood & kesihatan mental
- Omega-3 terbukti membantu pesakit kemurungan (depression) & keresahan (anxiety).
- Menstabilkan mood & menyokong keseimbangan neurotransmitter.
sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad, Doktor. Motivator Islamik. Coach Wellness A'aFIYAT
Kami survey fish oil di Watsons. Setelah buat perbandingan dan kira-kira harga, kami beli Fish Oil BiO-LiFE yang lebih berbaloi beli twin pack.

Saya consume untuk kurangkan paras kolestrol dan kesihatan mata, Encik Suami pun consume sekali untuk kesihatan kulit disebabkan ekzema. Tu yang beli twin pack terus. Harapnya ada lah perkembangan yang lebih baik nanti. InsyaAllah..Aamiin..
Setakat ni kena konsisten makan lah. Results tu kenalah tunggu jumpa doktor nanti janji temu seterusnya. So far saya okay je telan softgel ni. Lebih mudah nak consume berbanding liquid. Tak ada rasa pelik sebab telan terus kan.
Setakat ni kena konsisten makan lah. Results tu kenalah tunggu jumpa doktor nanti janji temu seterusnya. So far saya okay je telan softgel ni. Lebih mudah nak consume berbanding liquid. Tak ada rasa pelik sebab telan terus kan.
Bau tu adalah bau sikit masa nak ambil dari dalam botol. Itu takpe, masalah boleh dibendung. Janji boleh telan dengan aman.
Cara dan waktu makan fish oil
Untuk dapatkan 1000mg tu, saya consume 3 biji sehari. Makan 1 biji selepas makan. Kena makan 3 kali untuk cukupkan 1000mg tu walaupun tak cukup kurang 100mg.

Apa yang saya baca di Threads, kat botol memang tulis 1000mg tapi kena tengok EPA dan DHA dia. Saya belek di belakang botol tulis
Mengandungi Omega-3 triglycerides 300mg :
- Eicosapentaenoic Acid (EPA) 100mg
- Docosahexaenoic Acid (DHA) 120mg
So, satu kapsul tu hanya mengandungi 300mg sahaja. Kenalah makan 3 biji sehari dapatlah 900mg. Kalau ada kebaikannya, kita teruskan.
24 تعليقات
Saya suka Olive Oil (Extra Virgin Olive Oil) ada 2. Satu letak kat ofis dan satu lagi kat rumah.
ردحذفBagusnya boleh telan EVOO tu. Teruskan konsisten dan mendapatkan manfaatnya.
حذفCie dah lama tak makan fish oil omega brand Shaklee.
ردحذفBrand shaklee pernah cuba beberapa je masa jadi ahli. Sekarang takde dah.
حذفPizzah, samalah kita, tak tertelan dah olive oil tu sebab ia bentuk cecair, kan. Ke.. yg Pizzah makan tu bentuk kapsul. Omega Fish Oil pun ada bau jugak ke, Pizzah? Banyak khasiatnya fish oil tu, kena beli banyak, la kan, sebab nak makan 3x sehari. Suami eczema tu, cuba guna sabun QV, semoga serasi.
ردحذفA'ah bentuk cecair tu. Tak lalu nak telan. huhu...Omega ada bau sikit tapi masih boleh tahan juga bau dia. Tak keterlaluan.
حذفOkay baik, nanti survey sabunnya. Dah cuba bermacam-macam dah, jumpa doktor semua dari kecil sampai dewasa ni haa..masih tak jumpa. Kena try and error kaedahnya.
Terima kasih suggest.
makin meningkat umur ni, kena makan supplement la buat tambah2
ردحذفBetul tu Linda. Kena ada supplement tambahan untuk kesihatan yang lebih baik.
حذفBanyak sungguh kebaikan minyak ikan omega-3 ni, bagus untuk brain health & sendi kan. Memang kena rajin semak label belakang botol untuk tahu kandungan EPA DHA sebenar.
ردحذفYa, banyak kebaikkannya. Betul, kena rajin semak.
حذفNak start juga makan omega-3 sebab bagus untuk kurang inflamation dalam badan. Tapi tulah tak terstart -start lagi
ردحذفBetul, macam-macam khasiatnya. Kena mula sekarang, kalau tidak nanti entah bila nak mula.
حذفrasanya kena konsisten bila amik apa2 supplement pun. MZ pernah try la fish oil, olive oil..both tak dpt turunkan my kolesterol LDL ...may be lps ni nak try read yeast plak sbb tgk viral kat thread
ردحذفBetul tu, memang kena konsisten baru nampak hasilnya. Alamak, tak turunkan juga ye. Red yeast sama ke tidak agaknya khasiatnya dengan red rice. Ada beli juga red rice.
حذفkalau ambil ni tak perlu pantang apa2 kan?
ردحذفSaya tak pantang apa-apa.
حذفKalau saya di sana, saya beli sisa Evoo kakak hahahaha.
ردحذفFish oil juga bagus. Tp Krn saya dah rutin Evoo , fish oil dah tak minum. Pernah sekali duluuuu, tak sengaja pecah tergigit. Ya Allah, amisnya itu sampai nak muntah 🤣🤣🤣.
Kalau dekat boleh je bagi tapi macam segan pula nak bagi yang baki tu. Macam tak sesuai je diberikan pada orang barang yang dah guna. huhuhu...Maaf ye Fanny.
حذفSaya telan terus je softgel tu. Tak berani nak gigit, nanti lansung tak boleh telan.
Beli twin pack kat Watsons ni memang selalu ada promo berbaloi kan Fiza? Softgel Bio-LiFE ni saiz dia besar sangat bila nak telan..Kak SA pun makan fish oil yang sama...akak makan 2 biji ambil waktu malam sekali EPO makan sebiji je..
ردحذفA'ah. Lagi berbaloi kalau beli twin pack ni. Value for money. Ohh boleh juga ye ambil sekali dua biji. Semoga Allah berikan kita kesihatan yang baik. Aamiin...
حذفAkak tunggu review dari Fizah lepas consume fish oil untuk turunkan LDL. Nak try suppliment tapi masih bertangguh-tangguh.
ردحذفKena tunggu bulan 10 nantilah jumpa doktor dan tengok results macam mana. Kalau ok, boleh teruskan. Nanti saya update ye.
حذفAha dalam softgel senang telan daripada cecair.
ردحذفHmm akak ambil EVOO yang berbiji itu jadi tiada rasa tidak sedap itu tapi harga pula yang tidak mesra poket. Hehe nak tahu keputusan kesihatan Aphizha bulan 10 nanto.
Senang sikit nak telan kalau jenis softgel ni. EVOO jenis capsule ke? Ye, harga supplemen macam ni jarang yang mesra poket. huhu..kena beli jugalah untuk kesihatan.
حذفSemoga baik-baik je nanti resultnya.