Suka yogurt? Saya penyuka yogurt tak kiralah perisa apa pun. Kalau makan greek yogurt kena makan dengan buah lah tapi. Baru boleh telan tanpa perlu dipaksa.
Salah satu jenama yogurt yang saya suka, yogurt keluaran jenama Farm Fresh. Sekarang dah banyak produk keluaran Farm Fresh ni selain susu. Butter pun ada!
Greek yogurt ni plain tanpa gula tambahan. Pilihan yang lebih baik sebab lebih rendah gula berbanding yogurt versi campuran buah-buahan.
Greek yogurt kaya dengan protein, kalsium dan probiotik yang baik untuk menyokong kesihatan tulang, otot serta sistem penghadaman.
Antara ciri utama greek yogurt adalah :
Salah satu jenama yogurt yang saya suka, yogurt keluaran jenama Farm Fresh. Sekarang dah banyak produk keluaran Farm Fresh ni selain susu. Butter pun ada!
Greek yogurt ni plain tanpa gula tambahan. Pilihan yang lebih baik sebab lebih rendah gula berbanding yogurt versi campuran buah-buahan.
Greek yogurt kaya dengan protein, kalsium dan probiotik yang baik untuk menyokong kesihatan tulang, otot serta sistem penghadaman.
Antara ciri utama greek yogurt adalah :
- Diperbuat daripada susu segar.
- Tekstur lebih pekat dan berkrim kerana proses penapisan yang mengurangkan whey.
- Biasanya mempunyai kandungan protein lebih tinggi berbanding yogurt biasa.
- Mengandungi kultur bakteria hidup yang baik untuk sistem penghadaman.
- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan buah, granola, oat dan madu.
- Perlu disimpan dalam peti sejuk.

Beli yang besar terus untuk stok beberapa hari. Makan dengan pelbagai jenis buah-buahan pun boleh. Tapi bila dah campur buah-buahan derhaka pula versi diet ye. Kena pilih buah-buahan yang sesuai untuk diet.

29 تعليقات
dah berusia mcm saya ni kene la mulakan diet pemakanan sihat. selalunya tak tau nak makan ape, nak membaca plak malas. mungkin bole cuba dengan yogurt ni dulu...
ردحذفPening kadang nak makan apa untuk pemakanan sihat ni kan. Bolehlah cuba makan yogurt juga.
حذفbukan makanan sihat jer, nak makan hari2 pon mcm dah takde idea nak makan ape
حذفSedapnyaa
ردحذفYe.
حذفHahah kita plak x suka yogurt sbb masam dan kadang rasa pahit 😅😅 ... of coz kalau nak telan yogurt haha amek yg campuran rasa buah hehe... sejenis yg mmg susah nak hadam rasa masam atau kelat yogurt
ردحذفPahit? Macam pelik pulak tu KakRet ada rasa pahit dan kelat. Mungkin dari rasa buahan-buahan tu kot kan..
حذفBagusnya kebaikan Greek yogurt ni untuk sistem penghadaman! Tekstur pekat tu best kalau buat snack sihat. Greek yogurt memang kena gabung dengan buah segar baru makin layan. Yogurt Farm Fresh perisa apa yang paling jadi favorite anda setakat ni?
ردحذفYe, sangat bagus! Semua perisa pun sedap.
حذفkita kenot telan yogurt, tapi yg air yogurt tu suka ja. sbb gula tinggi kot nowh...
ردحذفyogurt ni boleh buat perap ayam bakar juga kan? atau yg perap tu guna yogurt lain?
Ohh macam tu pula ye. Tapi ramai je tak suka greek yogurt ni sebab kurang rasa mungkin. Agaknya lah kan, kalau benda manis memang kita akan suka. Ye betul. Guna greek yogurt ni untuk perap ayam.
حذفBeli plain kemudian tambah buah-buahan better kan sebab beli yang berperisa tu agak manis.
ردحذفBetul sangat ni. Kita boleh tambah buah yang kita suka.
حذفYa pernah makan greek yogurt yang ada perisa. Kalau beli kosong itu selalu masukkan dalam masakan.
ردحذفSedap tak kak Wina kalau tambah dalam masakan. Macam tak pernah lagi guna yogurt dalam masakan.
حذفmy hubby dan ariff suka yoghurt. i plak tak suka, and i know, memang benda ni bagus utk diet. abih camno hahahah
ردحذفHihi..tak boleh nak paksa kan kalau tak boleh masuk tekak. Terpaksalah kita membenci gitu walaupun bagus.
حذفOkey boleh masukkan dalam menu diet Kak SA la kan....kadang buntu x tau nak buat apa...
ردحذفBoleh sangat tu kak. Sesekali tukar menu yogurt pulak. Betul tu, tak ada idea kadang nak makan apa untuk diet ni.
حذفDulu, akak selalu beli greek yogurt, zaman rajin buat overnight oat. Tapi tak boleh maintain makan, sebab kos dan tarikh luput pun cepat, jenama Nestle, tak silap. Sudah ada brand Farm Fresh, ye. Baru tahu, ni. Yogurt memang baik, sebab probiotik. Sedap tengok Fizah campur anggur dan strawberries. 😋
ردحذفSedap kan kalau buat overnight oats tu. Tak ada kerajinan pula nak buat overnight oats. Betul, cepat expired. Tak boleh nak malas buat. Ya, dah lama ada yogurt FF ni Kak Nur. saya campurkan dengan blueberries dan strawberry. Keluarga berries. hihihi...
حذفFarm Fresh dah ada macam - mana produk sekarang yek!
ردحذفYe betul. Dari susu sampailah ke butter. Mungkin ada lagi produk yang lain saya tak tahu.
حذفKedai2 dekat rumah ni tak jumpa produk farm fresh, ada susu je. Greek yogurt memang elok kan
ردحذفMungkin banyak dia letak kat mall besar sikit kot. Betul, greek yogurt memang bagus.
حذفSaya sukaaaaaa kalau yoghurt .. biasa memang selalu beli yg plain kak, tak nak pakai perisa apapun. Krn kandungan gulanya tinggi yg pakai perisa. Kalau nak ada rasa, saya pun LBH suka kah madu 🍯, atau raisins.
ردحذفSebenernya nak beli yoghurt maker. Tp dipikir2 saya tak serajin itu buat sendiri. Bagus beli je 🤣
Betul, yang berperisa tu gula tinggi. So far tak pernah lagi tambah madu atau raisins. Suka tambah buah rasa manis dari buah.
حذفPernah nampak orang buat yogurt tapi rasa tak sanggup juga nak membuatnya. Baik kita beli lagi mudah. hihihi...Kannn...
MA memang x suka yogurt....yg falour pun x suka, apa lagi yg plain ni kan... i is cannot la
ردحذفBetul-betul pembenci yogurt ni. Faham sangat, tak semua orang suka yogurt.
حذف