Jun 2026 | Encik Suami half day dan ada urusan untuk diselesaikan. Habis urusan, jomlah kita breakfast di TokMatt Kopitiam. Asyik lalu je tak pernah nak singgah. Kalau pagi-pagi on weekend tu macam ramai orang dan banyak kereta parkir tepi jalan.

TokMatt Kopitiam ni kedai antik ye. Dekorasi dalamnya dan luar kedai semuanya barang-barang antik.

Ruang makan kopitiam versi vintage old school gitu. Buat pesanan dan bayar terus di kaunter. Ada disediakan buku menu di kaunter.

Kehijauan di luar tu tapi macam semak sikit. Dalam kedai bersih dan selesa. Tak panas sangat.

Sebahagian koleksi antik yang dipamerkan. Banyak betul koleksi barangan antik TokMatt ni ye. Tahun bila punya ni tak tahulah.


Tak lama menunggu, pesanan kami pun sampai. Leka tengok dekorasi barang antik kat dalam kedai ni. Saya pilih nasi lemak rendang kerang. Nasi cukup aroma dan terasa lemak santanya. Rendang kerang pun sedap pedas. Cuma sambal nasi lemak macam manis. Agak spoil sikit disitu.

Encik Suami pilih nasi lemak ayam rendang. Pun sedap juga ayam rendangnya. Tengok pun dah tahu sedap kan. Sambal je lah kena pedas lagi dan lagi.

Selain nasi lemak ada roti canai, lontong, mi goreng, mihun goreng dan roti bakar. Next time boleh try menu lain pula. Untuk minuman, saya ambil air suam je dan Encik Suami pesan air teh panas. Air suam tu ambil sendiri di mesin penapis air yang disediakan.
- Nasi lemak ayam rendang RM10
- Nasi lemak kerang rendang RM10
- Air kosong suam RM1
- Teh panas RM2.50
Hari ni dapat berita banyak blog not found. Risauuu...Antara yang terpalit dengan isu ni blogger SK, Cie dan KakMim. Harap ni isu teknikal dan mereka dapat kembali blog mereka. Aamiin...
36 تعليقات
Kopitiam ni milik Tok Mat yang femes tu ke? Menarik la dekat belah Nismilan sana banyak Kopitiam klasik macam ni. Sejuk Kopitiam pagi² memang sesuai menikmati nasi lemak dan secangkir teh panas. Mesti sedap kenyal² rasa rendang kerang tu kan.
ردحذفTok Mat ex-MB dulu ke? Ke ada Tok Mat lain. Saya pun tak pastilah. Tapi sana pun banyak juga kopitiam best-best kan. Syok pagi-pagi dapat makan nasi lemak dan kopi panas. A'ah, kenyal-kenyal sikit kerangnya tapi sedap rendang kerangnya.
حذفAlahaii..kita auto sedih terus nak reply komen ni. Terus kuat dan sabar. Semoga cepat dapat kembali blog. Aamiinn...
Sedap tengok kedua hidangan nasi lemak. 😋 Kedai pun cantik. Akak suka pergi kedai deko klasik macam ni.
ردحذفHa ah, tak silap, blogger Ezna pun blognya hilang juga. Harap kawan-kawan dapat semula blog masing-masing.
Dua-dua sedap, walaupun sambal nasi lemak kurang sikit tapi dapatlah menutupi kelemahan tu dengan rasa rendang yang sedap. Salah satu tarikan kan bila dekorasi antik klasik macam ni.
حذفOhh..ramainya yang blog kena removed. Allahuakbar. Kita nak membantu pun tak tahu macam mana. Semoga mereka dapatlah blog mereka cepat. Aamiin...
Blog kita dah kena delete/block ye ... smpt approve komen² awak semua...huhu sadisnyaaa
ردحذفKakRetttt...baru je saya komen kat blog tadi. Aduhaiii apalah nak jadi ni. Sedihnya lah. Semoga cepatlah dapat blog masing-masing. Aamiinn..
حذفSedihlah camni. huwaaa...
Wha! Ada poster2 klasik! I like!
ردحذفYa, very the classic kan uncle.
حذفBeautiful photos!!! I love the vintage signs! I enjoyed seeing this tour of your visit! Thank you so much for sharing.
ردحذفThank you Linda.
حذفYou're welcome.
Cie suka betul kopitiam style macam ni.
ردحذفVibes macam ni menarik kan sambil menjamu selera tu. Itulah tarikan dia orang suka datang sini selain makanan yang sedap.
حذفsuka la tmpt ni sbb ada view pokok2 tu!! pg semlm memang gempar la ramai hilang blog..pagi ni masih ada yg baru kena..carneyz baru kena pg ni
ردحذفView yang menarik ada kehijauan. Itulah tu. Risau pulak kita kan sebab tiba-tiba je jadi. Semoga tak terjadi lagi dan mereka semua dapat blog kembali.
حذفlama tak makan rendang kerang... sedapnya...
ردحذفalhamdulillah, ada blog yang dah pulih..
ada juga yang masihbelum.. macam blog SR linda nampak ada entry baru dekat reading list, tapi bila buka pautan..tak boleh pula..
moga cepat la pulih
Kannn...bila dah lama tak makan. Sekali dapat makan yang sedap pulak tu. Alhamdulillah..banyak blog yang dah pulih. Lega...
حذفBlog Syaz ye? Dah okay dah boleh buka.
Kopitiam ni bukan milik Tok Mat MB..milik Tokmat lain..hehehe..kak SA dah banyak kali sarapan kat sini..arwah Mak suka makan kat sini...Nasi Lemak sambal paru dia sedap sangat
ردحذفHihi..terima kasih baca komen kami dan terangkan. Itulah selalu baca entry akak makan kat sini. Saya baru pertama kali sampai selama-lama duduk sini. Paru saya tak berapa makan lah pulak. Kalau tidak boleh cuba.
حذفSedap juga rendang kerang kan....selalu makan rendang sambal je. Tempat makan pun nice la.
ردحذفAlhamdulillah. Sedap rendang kerangnya. Boleh repeat. Vibes dia pun best kat sini.
حذفJadi ingat sepupu saya yg buka bisnis furniture antique awal2nya. Lalu berkembang buka restoran dengan dekorasi vintage begini. Memang sukaaa kalau ketemu tempat oldies macam nih. Seolah kita teringat lagi masa2 kecil 🤗😄.
ردحذفDah banyak balik blog teman2 saya di Indonesia. Krn mereka LGS banding saat tahu blognya di delete. Dan 4 jam kemudian di approve oleh google.
Bagus tu kembangkan bisnes buka resto dekorasi vintage. Ramai yang suka konsep macam ni.
حذفSyukurlah tak lama mereka dapat blog masing-masing. Jika tidak, sunyi sepi terus dunia blog. Dah ramai yang tak nak blog dah bila hilang blog.
Banyak betul pilihan menu sarapan!
ردحذفYa, macam-macam adaaa.
حذفKopitiam macam ini mengundang rasa hendak lepak lama-lama sebab vibes klasiknya itu. Rendang kerang itu nampak menggoda sangat. Mengundang rasa hendak cari nasi lemak esok tapi itu la Dr suruh jaga makan pulanya🥲
ردحذفKann..tempat-tempat macam ni syok lepak lama-lama sambil maan tu. Rendang kerang tu sedap! Alamak, kena jaga makan tu kena berpantang dulu KakSarie.
حذفwah..bestnya.. vibe dolu-dolu ni dah makin popular di kalangan orang muda juga.
ردحذفBest vibes dulu-dulu ni. Kembalikan nostalgia. Kira sesuailah untuk semua lapisan umur.
حذفHehe air suam kena caj RM1.
ردحذفBetul tidak seronok kalau sambal nasi lemak manis tapi mungkin makan rendang kerang sahaja.
Ye, ingatkan free. Kena caj juga. Orang berniaga, tak boleh nak benda free kan. Kalau pedas sambal nasi lemak tu mesti lagi sedap. Mujurlah ambil rendang kerang pedas sikit.
حذفlain mcm bunyi nyer tu
ردحذفnasi lemak manis
agaknya nak mk kan garam termasuk gula sikit kot
tu yg ada rasa manis ;-)
Nasi lemak sambal manis gitu. Agaknya nak mesra kanak-kanak kot. Atau mungkin termasak manis hari tu. huhu...
حذفMemang spoil lah kalau sambal NL manis... dia boleh ada rasa manis tapi kena pedas lebih.
ردحذفKannn..biar pedas lebih. Manis tu sikit-sikit boleh lah.
حذفBanyaknya tempat makan/minum best kat N9. Nak kena explore nanti ni.
ردحذفYaa. Sesekali silalah berkunjung ke Nismilan.
حذف